Salam semua.
Awas !!!...Jangan sebar berita palsu.
Peringatan dan amaran Allah dan Rasul-Nya telah pun disampaikan kepada manusia.
Setiap tulisan, percakapan, syarahan, ceramah akan menjadi berita, manakala setiap berita yang disebarkan akan dinilai oleh Allah S.W.T.
___________
Firman Allah.S.W.T.“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong bagi mereka.”
(QS. An Nisa [4]: 145).
__________
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia melampaui batas
__________
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas"
( Hadith Sahih Riwayat Muslim )
أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه خلة منهن كانت فيه خلة من نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا خاصم فجر
"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas"
( Hadith Sahih Riwayat Muslim )
_________
Sekian . Wallahu aklam. Wassalam.
Sekian . Wallahu aklam. Wassalam.
4 comments:
salam leenoh,
orang belum sedar bahasa munafik itu lebih terok dari kafirun.
selamat menyambut Eidil Adha.
wassalam.
Salam Pak Cha & Mak Wan.
Semoga Allah memelihara kita sepanjang masa dan beristiqamah dalam kehidupan bersih.
Semoga anda sekeluarga sihat walafiat
DAN
Selamat Aidil Adha.
Salam Leenoh.
"Selamat Menyambut Eidil Adha 1430H"
Semoga perjalanan Blog Kehidupan Bersih senantiasa bersih-bersih hendaknya.
Salam Zaidi.
Sama-sama.
Selamat Menyambut Aidil Adha.
Syabas, Blog Long Tambang Pulau Betong sentiasa menghayati Kehidupan Bersih dan entri-nya penuh dengan idea yang bernas.
Post a Comment