Monday, November 16, 2009

Kedah meriah pulak.

gambar hiasan

Salam semua.

Kalau dunia belum kiamat dalam masa 60 hari mulai hari ini. Kedah akan menjadi sebuah negeri yang meriah dan menjadi tumpuan ramai. Sekarang orang Kedah sedang berpesta banjir, berjalan kena randuk air dan selak kain, tangkap ikan dan macam-macam lagi, meriah memang meriah, rasa macam nak balik Kedah pulak hehehe.

10hb. Zulhijjah nanti tentulah meriah pasal Raya Haji dan ibadat Qurban pula sampai 13 Zulhijjah.Ini pun sakan juga, makan daging sampai darah tinggi pun ada. daging rebus cicah air asam memang sedap, hai kalau makan dia, mak mentua lalu kot belakang tembok memang tak nampak punya.

Mungkin belum orang balik mengerjakan Haji dah nak pilihan raya pula di DUN Kota Siputeh atau selepas itu pun boleh jadi, memang depa raya sakan, musim pilihan raya kampung akan jadi pekan, pekan akan jadi bandar. Kalau pasai bendera ni tak larat nak kira, mesti ceria punya, kalau nak tengok pemimpin baik, suka menolong, suka beri bantuan, ha musim ni la.

Aku pun tak tau budaya tu baik atau tidak, tapi itulah senarionya yang aku nampak pada masa yang lalu.

Jangan percaya kesemua cerita tu, aku saja merapu je................................


Klik dan baca:

Kisah kelapa mawar dan kambing boer



Sekian.

3 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam sdr leenoh,

hari senin pi Bedong dengan kawan yang pernah ngajar sama2 di Johor dulu dengan ustaz A.Razak.Jumpa dia.Mintak dia tunjuk rumah bekas anak murid di Sik dulu.

Dia nampak sihat,alhamdullillah.

wassalam.

Anonymous said...

Salam leenoh,
memang pun macam tu,tak salah aih hang kata,dah jadi tradisi bila pilihanraya ramai pemimpin turun masuk lumpur pun sanggup,macam2 bantuan nak bagi,macam2 temapat rasmi sampai ....dah lama dok guna pun nak rasmi lain.....tapi baguis jugak rezeki orang kampung kata..kan.kita tengoklah macamana jadinya!
Tadi nginap mai bedong,dia kata tak kenai hang lagi,lepas itu ana kata kalau pi SA tel la kad hang,Insya Allah boleh jumpa.(arba)

Leenoh said...

Salam Pak Cha dan Arba.

Elok juga hangpa dua buat komen kat sini, boleh aku jawab sekali guih.

Pak Cha, saya pun baru dua tiga hari lepas sms dengan dia , dia sihat alhamdulillah.

Nanti hang pa dua boleh la pi ronda tengok kat Siputeh, betoi ka yang aku kata akan meriah tu.

Dah tua-tua ni jangan la pi malam, pi la siang, saja la tengok-tengok, macam aku ni, duduk jauh, nak ronda kat sana tak boleh dah.

Kalau hangpa mai Shah Alam bagi tau la, aku pi ambik, aku pun mungkin nak pindah rumah pula, tak tau nak agak bila, tapi rumah tu nampak dah siap dah, kalau dah pindah tu selesa la sikit.