Thursday, January 19, 2012

Sejauh manakah kebenarannya kalau melanggar larangan Allah di Tanah Suci Makkah akan menerima akibat/balasan tunai?

Salam semua.

Sejauh manakah kebenarannya kalau melanggar larangan Allah di Tanah Suci Makkah akan menerima balasan tanpa tangguh ( tunai ) - persoalan ini selalu ditimbulkan oleh masyarakat kita sehingga memperlihatkan perbezaan yang amat jauh akibatnya itu berbanding dengan kesalahan yang dilakukan di tempat yang lain. Sehingga menjadikan ketakutan pula bagi sesetengah orang untuk mengeluarkan kata-kata, terutamanya di dalam Masjidil Haram. Soalnya adakah benar situasinya demikian.

Di Makkah juga terdapat ramai pencuri , perompak dan lain-lain kejahatan, ramai juga bakal Haji Malaysia yang kena seluk poket atau dirampas beg mereka dan mengalami kerugian yang tidak sedikit. Adakah penjahat dan penjenayah ini tidak menerima balasan tunai dari Allah, seandainya mereka ini menerima balasan buruk dari Allah secara tunai atau tidak ditangguhkan balasannya tentulah kejadian seperti ini tidak akan wujud berleluasa. Rasionalnya penjahat atau sesiapa sahaja yang melakukan kejahatan atau melanggar perintah Allah ada yang menerima balasan tunai dari Allah dan ada yang ditangguhkan azab balasannya ke suatu masa yang lain, mungkin sehingga tiba akhirat nanti. Rasanya inilah pegangan yang patut dihayati apabila kita mengunjungi Tanah Suci Makkah atau berada di mana-mana.

Kekadang terdapat kecendorongan orang kita mempercayai dan terbawa-bawa dengan berita atau kepercayaan yang dibawa dan diceritakan dari mulut ke mulut tanpa merujuk kepada mana-mana kitab yang disedut inti patinya dari al.Quran dan al.Hadith.

Tidak dinafikan berlaku juga peristiwa aneh dan balasan yang baik atau buruk yang menakjubkan kerana tempat ini adalah tempat istimewa bagi orang Islam dan ramai pengunjungnya, maka
Allah tunjukkan berbagai-bagai peristiwa yang berlaku di kalangan hambanya yang menjadi tetamu-Nya dan di sini juga tempat yang paling mudah doa dimakbulkan Allah.

Semasa penulis menunaikan fardu Haji pernah terserempak dengan bakal Haji dari Tanah Arab sendiri di mana wang mereka dicuri atau diseluk pencuri handal di Dataran Kaabah sedang mereka mengerjakan tawaf. Dua kali penulis terserempak dengan peristiwa di mana bakal Haji yang mengalami kehilangan wang bangun di tengah saf solat menceritakan kepada jamaah lain di sekelingnya tentang hal tersebut, akhirnya jamaah lain menghulurkan derma untuk meringankan kesusahannya . Peristiwa ini berlaku di hadapan dan berhampiran dengan Kaabah, Ini dua cerita yang penulis lihat sendiri, entah berapa banyak sebenarnya peristiwa seperti ini berlaku ...wallahu aklam.

Sekian...Wallahu aklam.

4 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

assalamualaikom Haji,

Moga di kasihi Allah........

Leenoh said...

Waalaikumussalam.

Amiin...semoga kita semua dikasihi Allah dan menyediakan peluang kebaikan dan kebajikan untuk kita.

borhan said...

Saya ada beberapa kisah mereka yg pergi ke mekah,biar saya ceritakan satu persatu...lebih 40thn dulu tok saya ada menerima jin belaan yg asalnya di beli dari makkah,kemudian dia boleh mengubat org,jaga kebun dan sebagainya akhirnya mati anaknya kena ambil baru dilepaskan..
kisah kedua nenek kpd isteri pergi kesana bawa duit yg di simpan dlm telekong dalam tetapi dikepung oleh 4wanita purdah di gunting dan di ambil wang tersebut jumlah ribu2 juga..kisah di tipu org yg kononnya hendak membantu cium hajar aswad dan ditipu,kisah student perempuam semasa tawaf rapat2 dgn mat hitam dan di sedari kemudian ada lendir sperma terlekat di belakang punggung pakaiannya,kisah lelaki aw aw melayu di liwat dlm tandas berhampiran tanah suci dan kisah pelacuran rahsia di tanah suci...
bukan nak sebar keburukan tetapi itulah mentaliti org kita kena ubah kejahatan ada dimana2 walau di tanah paling suci di muka bumi ini

Leenoh said...

Terima kasih Saudara Borhan atas ulasan yang mengukuhkan lagi isi kandungan artikel ini supaya masyarakat Melayu berubah mindanya.

Ilmu adalah teras pembentukan kepercayaan yang betul tanpa ilmu manusia akan terbabas keparcayaannya.