Saturday, September 29, 2012

Jangkauan akal manusia terhad.

Salam semua.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
.
______________________________________________



Jangkauan Akal Manusia Terhad 
dan 
berbeza pula di antara satu sama lain.

 Artikel ini hanya membincangkan secara ringkas mengenai kemampuan akal manusia, akal manusia sebenarnya terhad kepada lengkongan yang diizinkan Allah sahaja masih mempunyai ruang yang tidak berupaya dikesan dan diketahui oleh akal. Perkara ghaib dan perkara yang belum berlaku berada di luar pengetahuan manusia, manusia hanya mampu membuat andaian sahaja, kadang-kadang andaian tersebut tidak tepat dan terpesong, atas sebab itulah Allah mengutuskan Rasul untuk membantu manusia. manakala Rasul dibekalkan dengan wahyu. Dengan akal,wahyu, taufik dan hidayah Rasul membimbing manusia ke jalan yang benar.

Klik foto untuk besarkan tulisan.
Merujuk kepada Surah al.Baqarah ayat 216 yang tertera di atas menyatakan bahawa kadang-kadang manusia membenci sesuatu tetapi sebenarnya perkara yang dibenci itu baik untuk mereka dan dalam situasi yang lain pula manusia suka kepada sesuatu tetapi perkara itu pula buruk bagi mereka, walaupun manusia zaman kini mempunyai akses yang luas melalui internet untuk mencari kebenaran dan hakikat sesuatu peristiwa atau kejadian ataupun perlakuan seseorang tetapi di sana masih terdapat penipuan dan kecanggihan propaganda yang mampu memperlihatkan situasi kebaikan kepada keburukan dan sebaliknya. Apabila carian/search itu masuk ke dalam minda, minda  akan proses mengikut proses biasa dan akan menilainya seperti biasa tanpa mengambil kira penipuan yang canggih yang dikuasai oleh pakar propaganda, situasi ini akan menggagalkan carian kebenaran. Keadaan ini boleh berlaku.
Untuk mengesah dan meyakinkan carian itu benar atau penipuan kelas tertinggi, sebagai orang Islam perlu diikuti dengan amalan bersolat Hajat dan bersolat sunat Istikharah memohon dari Allah supaya Allah memberi petunjuk kepada kita sehingga kita dapati dan perolehi yang disangka benar itu sesungguhnya benar - ( bukan yang salah disangka benar, yang jahat disangka baik dan yang baik disangka jahat ), betapa ruginya sekiranya perkara yang celaru dan merugikan ini berlaku kepada kita.  

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: