Saturday, September 1, 2012

Video suasana kemeriahan di dalam dan di luar Masjidil Haram.

Salam semua.
Informasi ini bertujuan semata-mata ingin membantu bakal haji supaya merasai dekat dan tidak terasing dengan Tanah Suci Makkah, rasa keakraban ini akan menambahkan semangat dan menghilangkan kerisauan bakal haji. Semakin banyak info semakin mudah urusan hajinya nanti.

Beri laluan untuk iklan sebentar.



________________________________________________________




Pergi awal ke masjid untuk melakukan ibadah sunat sementara menunggu tibanya waktu solat fardu, rakaman ini dibuat ketika saya juga berjalan menuju ke masjid.

Bersolat di tingkat atas sekali ketertibannya agak kurang, kedudukan saf jamaah lelaki dan wanita terkadang tidak terkawal.

Ramai yang membeli makanan berbentuk biji-bijian untuk burung-burung ini - Beberapa wanita berkulit hitam duduk menunggu pembelinya di medan tersebut.


Kaabah penuh sesak dengan orang yang sedang bertawaf, walaupun kelihatan sesak tetapi jangan takut untuk turun tawaf kerana setiap saat terdapat kumpulan yang siap bertawaf dan mereka bergerak keluar menjadikan terdapat ruang kosong.

Suasana di dalam masjid.

Sekian...Wallahu aklam.


No comments: