Thursday, September 13, 2012

Doa untuk diturunkan rezeki dari langit dan dikeluarkan dari bumi - jika ada di situ.


Salam semua.


Beri laluan untuk iklan sebentar.

__________________________________

Bersolat dan diiringi dengan doa adalah lebih berkesan daripada hanya berdoa sahaja dan tentulah akan lebih berkesan lagi, jika diikuti dengan usaha dan ikhtiar, kemudian menyerahkan segalanya kepada Allah. Solat yang dimaksudkan di sini ialah solat sunat Duha di mana waktunya ialah ketika matahari tinggi segalah ( kira-kira mulai  jam 8.00 pagi- Malaysia ) sehinggalah sebelum gelincir matahari ke barat ( sebelum jam 12.00 t.hari ).
Solat ini dilakukan seperti solat sunat lain juga pada asasnya iaitu dikerjakan sebanyak dua rakaat - rakaat pertama dibaca selepas surah al.Fatihah surah as.Syam dan pada rakaat kedua selepas al.Fatihah dibaca surah ad.Duha , kalau tidak menghafaznya bacalah mana-mana  surah asalkan mengikut tertibnya.Terdapat ulamak menyatakan Nabi Muhammad.s.a.w mengerjakan solat Duha ini dua rakaat pada awal waktu Duha, kemudian mengerjakan pula empat rakaat di tengah waktunya. Sebanyak-banyak yang dikerjakan Rasulullah.s.a.w delapan rakaat, dalam pada itu terdapat juga  disabdakan baginda ialah dua belas rakaat ( 2 rakaat degan  1 salam ); apa pun kalau tidak berdaya mengerjakan semua. jangan pula ditinggalkan   semuanya.
( Sebahagiannya dirujuk dari Kitab Fikih Sunnah ms.64 -69 )
 Wallahu aklam.

 

Sehingga berjumpa lagi ....Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz...
Saya baru saja mengamalkan solat dhuha 2 rakaat setiap hari.. Alhamdulillah.. Allah nak tunjuk.. dalam bulan ramadhan lalu.. anak saya telah mencuri duit saya ratus-ratus jugak... dia ambil semasa saya ke masjid untuk tarawikh.. besoknya ustaz di sekolah telah melihat kawan anak saya membawa duit yg banyak.. setelah diselidik.. duit tu datang dari anak saya.. director besarnya.. abang budak ni... PK telah telefon saya dan waris budak tu... perkara ni selesai tanpa rekod.
Saya rasa mungkin berkat solat dhuha yg istikhomah telah membuka rahsia yg tersimpan. Alhamdulillah... Moga Allah terus melindungi kami sekeluarga.

Leenoh said...

Wsalam.
Alhamdulillah, rezeki datang dalam berbagai bentuk dan jenis.