Beri laluan iklan sebentar
_______________________________________________________________
Merujuk kepada tajuk artikel yang berbunyi " Dalam Facebook macan-macam ada, mengumpat ada, fitnah pun ada "
Memang benar di dalam facebook macam-macam ada seumpama blog atau laman sesawang juga. terpulanglah siapa yang menguruskannya, di dalamnya akan ternukil mengikut objektif pengurus atau pemacunya. Hakikatnya itulah yang sedang berlaku dan wujud di dalam facebook, twitter dan laman sesawang. Bagi mereka yang berilmu tidaklah mensia-siakan masa dengan mereka- ciptakan fitnah atau mengumpat sesuatu pihak yang akan menghasilkan dosa kering.
Mereka yang berilmu dan berakhlak mulia akan menyampai dan meyebarkan ilmu dan maklumat kepada pembacanya dengan harapan masyarakatnya menjadi pandai dan cerdik dan hidup aman bahagia di dunia dan di akhirat. Para ilmuan berakhlak menguruskan perancangan jangka panjang untuk bangsanya.
Mereka yang berilmu dan berakhlak mulia akan menyampai dan meyebarkan ilmu dan maklumat kepada pembacanya dengan harapan masyarakatnya menjadi pandai dan cerdik dan hidup aman bahagia di dunia dan di akhirat. Para ilmuan berakhlak menguruskan perancangan jangka panjang untuk bangsanya.
Fitnah dan mengumpat ini disebut secara terus terang di dalam al.Quran dan al.Hadis tentang keburukan dan dosa orang yang melakukan perbuatan tersebut.
Firman Allah di dalam Surah al.Baqarah ayat 217 seperti berikut;
Firman Allah di dalam Surah al.Baqarah ayat 217 seperti berikut;
Maksudnya;
Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati;
katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi
perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan
kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke
Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ,
(semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan
(ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan
(semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang
kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu
dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan
sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya
(ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang
demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di
akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya
(selama-lamanya).
Perbandingan berdosa dan hinanya mengumpat itu seperti disebut di dalam Surah al.Hujurat ayat 12.
Maksudnya;
Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan
dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya
yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya
yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani.
Berbalik kepada pokok perbincangan, Facebook, twitter dan laman sesawang boleh dimurnikan sekiranya ramai di kalangan orang berilmu dan berakhlak melibatkan diri dengan menaburkan ilmu mereka di dalam media tersebut dengan cara itu akan dapat menenggelamkan sebahagian karut-marut yang disepahkan oleh golongan tidak berakhlak dan bermoral.
Apa pun tanggapan kita terhadap media tersebut di sana masih banyak kebaikan yang sedang tumbuh subur, terpulanglah kepada penggunanya untuk klik perkara yang membawa kebaikan atau keburukan.
Sekian...Wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment