Tuesday, December 25, 2012

Ibuku sayang.


Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

  Saya terbaca tulisan  Mohd. Sayuti Omar (MSO) di facebook nya seperti tertera di bawah ini, lantas terpanggil untuk saya menulis secara ringkas saranannya. Jom kita baca apa yang beliau katakan, 
" Cerita atau gambar insan yang paling banyak diposkan oleh rakan FB ialah gambar anak, cucu, isteri dan juga teman-teman baik. Jarang saya lihat yang post gambar ibu atau ayah (kalau masih ada), dan mencerita kisah-kisah mereka. Kenapa? Ada setengah orang malu untuk memaparkan wajah ibunya, apa lagi kalau ibunya orang kampung, darat dan tidak reti cakap orang putih atau kekok pegang sudu dan garfu". 
Pelajari bahasa Siam.
Saya akan mulakan cerita ringkas mengenai ibu saya di sini, Kampung saya adalah sebuah kampung tradisi sawah yang lokasinya tidak berapa jauh dari bandar kurang lebih 13-14km sahaja untuk pun ikut jalan raya, kalau ikut jalan pintas lebih dekat, namun demikian pada zaman dahulu, 40 atau 50 tahun dahulu ianya dirasakan sangat jauh, dalam setahun hanya sekali atau dua kali sahaja berkesempatan pergi ke bandar. Di kampung ini penduduknya seratus peratus orang Melayu, tetapi yang anehnya bahasa rasmi yang digunakan oleh penduduk di sini ialah bahasa Siam yang lazim digunakan di Kedah. Ketika itu orang dewasa tidak menguasai bahasa Melayu, bercakap Melayu dengan telor Siam.
Ibu saya berasal dari kampung lain yang jaraknya dari kampung ini kurang lebih 7- 8km, bertutur dalam bahasa Melayu yang fasih dan tidak menguasai bahasa Siam seperti bapa saya, semasa awal perkahwinan ibu saya yang berpindah tinggal bersama bapa di kampung ini, beliau cuba mempelajari bahasa Siam untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat di sini, itulah niat asalnya tetapi disebabkan beliau tidak mampu menyebut dengan fasih bahasa Siam yang baru dipelajarinya itu dan diketawakan orang, akhirnya beliau abaikan niat itu sehingga kini beliau tidak boleh berbahasa Siam yang dimaksudkan itu tetapi beliau tidak boleh dipermainkan kerana semua kalimahnya difahami walau pun tidak pandai menyebutnya.
Berkomunikasi dengan bapa.
Apabila ibu sudah faham bahasa Siam, lantas bapa saya mengambil jalan mudah dengan menggunakan bahasa Siam ketika berkomunikasi dengan ibu, dengan cara itu lebih mudah bagi arwah bapa kerana beliau tidak lancar berbahasa Melayu . Pelik dan anih, orang kampung ini bukan orang yang berhijrah dari Siam (Thailand), malah memang berasal di kampung ini sejak dahulu lagi, ada juga yang berasal dari sana tetapi sangat sedikit golongan itu. Bagi mereka yang jarang atau tidak pernah melihat situasi begini  akan terasa pelik dan anih kerana ketika bapa dan ibu berbual, seorang akan berbahasa Siam dan seorang lagi berbahasa Melayu, seumpama itik berbual dengan ayam he he.
Persekolahan.
Ibu saya tidak pernah menjadi murid mana-mana sekolah tetapi belau pandai membaca al.Quran, malah menjadi guru pula kepada beberapa jiran-jiran  yang memerlukannya, saya sendiri mempelajari baca al.Quran dengan ibu, setelah pandai membaca barulah pergi belajar daripada orang lain, guru Quran di kampung itu, iaitu bapa saudara saya sendiri. Ibu bukan sahaja pandai membaca al.Quran dia juga pandai membaca Jawi,ketika itu kitab-kitab semuanya menggunakan tulisan Jawi. Ibu pandai membaca al.Quran, perkara itu tidak menghairankan kerana beliau berguru tetapi usaha untuk boleh menguasai Jawi itu beliau usaha sendiri dengan membanding-bandingkan tulisan Arab/al.Quran dengan tulisan jawi dan dibantu oleh kawan-kawannya, beliau hanya belajar membaca oleh itu tidak tahu menulis. Kini ibu telah berusia 83 tahun.
Sekadar ini dahulu.
Sekian...Wallahu aklam...Wassalam.
 

No comments: