Saturday, December 29, 2012

Islam menjadi susah apabila tersalah cara menyepadukan dengan budaya bangsa.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
******************************
Orang Islam menjadi susah apabila mereka tersalah menyepadukan ajaran Islam dengan budaya bangsa.

Islam itu sebenarnya mudah dan indah tetapi semuanya itu akan menjadi tidak indah dan susah sekiranya masyarakat kita tidak bijak menyesuaikan budaya dengan ajaran Islam, kalau diperhati dan diteliti akan aktiviti sosial orang Melayu Islam, kita dapati banyak perkara yang menyusahkan masyarakat Islam yang kebetulan orang Melayu, jika orang Islam itu di Malaysia Melayulah menjadi terasnya, buat masa ini.

Islam menjelaskan dan mengajar penganutnya bahawa untuk berkahwin, mas kahwinnya hanya memadai apa-apa yang berharga, manakala majlis untuk meraikannya hanya memadai dengan berkhenduri  seekor kambing sudah mencukupi, itulah asas yang diberikan.Tetapi, apabila merealisasikan kedua perkara ini (khenduri kahwin dan perkara berkaitan) disepadukan atau diasimilasikan dengan budaya Melayu dan ditambahkan lagi dengan pengaruh luar dari budaya Melayu ianya menjadi lebih susah dan rumit.

Kita sudah tentunya mengharapkan mereka yang berpendidikan untuk mengubah budaya yang kurang indah ini kepada budaya lebih tulen keislamannya tetapi itu semua tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kekadang merekalah yang lebih membazir dalam merealisasikannya.

Cuba lihat dengan mata Islam dan iman serta fikirkan satu persatu aktiviti Majlis Khenduri Kahwin orang Melayu, maskahwin, hantaran, khenduri terasnya, hiasan dan buah tangannya.Banyak perkara yang menyusahkan itu adalah item yang diimpot dan bercampur-aduk dengan halal dan haram.

Penulis tidak berhajat untuk menyatakan secara halusi mengenai perkara di atas, cukup ditinggalkan untuk anda memikirnya sambil merujuk kepada ajaran Islam, dalam hal ini adakah Islam yang diutamakan atau budaya yang menguasainya. Adakah kita ingin meneruskan atau cuba memurnikannya supaya setiap amalan kita akan diredai Allah.
Kalau merujuk kepada tajuk artikel ini ianya sangat luas dan masih banyak ruang untuk dilebarkan tetapi saya hanya ingin memperkatakan dan menyentuh apa yang telah disebutkan di atas sahaja.

Sekian...Wallahu aklam.
 

No comments: