Thursday, January 3, 2013

Video dan foto di Ambang 2013 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Beri laluan utk iklan sebentar.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Artikel kali ini saya ingin memaparkan beberapa video dan foto sambutan di Ambang 2013 yang telah pun dua hari berlalu, perkara yang meruntun saya untuk menulis kali ini kerana  tertarik dengan cara dan pendekatan yang dibuat oleh penganjur, aturcara yang disediakan amat berkualiti sekali, jarang diadakan pendekatan seperti ini sebelum ini, di mana aktivitinya disepadukan di antara ilmu, pendidikan dan  hiburan, kehadiran kurang lebih 120 ribu itu menggambarkan masyarakat memang memerlukan aktiviti seperti ini, terutamanya anak-anak muda kita.Pendekatan begini telah diadakan sejak tahun lepas 2012.

Ramai anak muda kita menjauhkan diri dari masjid dan surau di antaranya berpunca dari pendekatan ibu bapa dan masyarakat, yang mana ibu bapa dan masyarakat dewasa mempunyai kuasa menganjurkan sesuatu aktiviti sama ada untuk menyambut kehadiran tahun baru atau lain-lainnya, anak-anak muda hanya mempunyai kuasa memilih sahaja, biasanya mereka akan memilih yang lagha (sia-sia ) yang dihidangkan di hadapan mereka kerana yang lagha biasanya menghiburkan dan sesuai dengan nafsu yang tidak pernah puas dengan hiburan dan berpoya-poya.

Sebab jiwa manusia menggemari hiburan tidak salah menghidangkan aktiviti  berkenaan tetapi hendaklah yang murni dan tidak bercanggah dengan aqidah pegangan kita.

Biarlah foto dan video meneruskan cerita artikel ini  mengenai sambutan Di Ambang 2013 kerana foto dan video lebih fasih dan lancar menceritakannya.
Di masjid diadakan acara ceramah dan solat sunat Tasbih.
Bersedia utk bersolat.
Suasana di Dataran Kemerdekaan.


VIDEO


Selepas solat Maghrib saya bergerak ke Dataran Kemerdekaan
yang lokasinya berhampiran dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.



 


Banyak lagi video dan gambar yang boleh dipaparkan, mungkin akan dimuatkan di dalam artikel yang berikutnya.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: