Monday, January 7, 2013

Aku rindu padamu ( puisi )

Beri laluan untuk iklan sebentar.

_________________________________________________________


Aku rindu padamu.

Perantaraanmu aku kenal Allah.
Dengan perantaraanmu aku kenal alam ini.
Dengan bingkisan yang engkau bawa kukenal diriku.
Dengan dakwahmu aku terselamat dari menjadi kafir.
Dengan kitab yang engkau bawa aku menjadi muslim mukmin.

Semuanya itu kehendak Allah.
Semuanya itu hidayah dan taufik Allah.
Semuanya itu takdir Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Rasulullah.

Bila teringat semuanya itu.
Rasa rinduku padamu membara.
Rinduku tidak dapat disembunyikan lagi.
Bila ceritamu dibacakan dadaku sebak.
Mataku mengalirkan air rindu.
Aku masih terbayang engkau dipembaringan indah.
Aku rindu dan ingin bertemu denganmu.

Ketika pertemuan dulu, aku juga menangis.
Menangis kerana bersyukur dan rasa terima kasih padamu.
Mengangis kerana aku gagal patuh sepenuhnya nasihatmu.
Mengangis kerana aku kalah dengan ujian dunia fana.

Pemberianmu padaku tiada yang cacat celanya.
Pemberianmu padaku semuanya sempurna dan kamil.
Kerana kelemahanku lantas ianya menjadi cacat dan tidak sempurna.
Tiada daya dan upayaku untuk menyempurnakannya.

Aku hanya mengharapkan keampunan Allah.
Ya Allah ampunkanlah segala dosaku.
Ya Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan bapaku serta keluargaku.
Ya Allah ampunkan segala dosa muslimin dan muslimat.

Ya Allah berilah peluang padaku.
Biar pun peluang ini peluang terakhir.
Untuk aku bertemu sekali lagi dengan kekasihMu.

Sekian...Wallahu aklam.





No comments: