Thursday, January 31, 2013

Dacing



Dacing adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan berat atau ringan sesuatu, sepatutnya  dalam situasi dan kadar yang betul dan tepat supaya kehidupan ini bersih dan adil, tetapi, kalau dacing atau alat timbang itu sentiasa berat sebelah atau beralun tugasnya akan menjadi berat sebelah dan tidak adil.

Cuba lihat dan baca serta fikirkan setiap ayat yang tertulis di dalam gambar di atas. Di antara ayat yang tertera di dalam imej itu ialah
_______________________
 " Mahu beri penjelasan berkaitan kekeliruan terhadap perjuangan PAS" dan satu lagi yang sukar dibaca " Sebagai umat Islam kita wajib sebarkan kebenaran dan sebagai negara demokrasi kerajaan perlu beri peluang kepada PAS untuk beri penjelasan kepada rakyat" - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
______________________
Kita seharusnya menjadi dacing sendiri dan  pertimbangkan hal ini dengan adil.
Anda fikirlah sendiri kerana aktiviti berfikir perkara baik itu ada pahalanya.

Sekian...Wallahu aklam.
 

No comments: