Tuesday, January 22, 2013

Bertalaqqi dengan Sheikh Muhammad Abdul Khalil - Imam Masjid Qoba. Madinah.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
 
##############################

 
Artikel ini ingin mengambil kesempatan untuk menonjolkan seorang imam dari Madinah yang mengunjungi Shah Alam untuk sama-sama kita memakmurkan masjid yang kini masih berada di bandaraya Shah Alam ini.
Kehadiran beliau  bersama seorang lagi iaitu ( Sheikh Rayyan bilal Masjid Sheikh Muhammad Ayub mantan imam Masjid Nabawi) telah memberi peluang anak-anak muda duduk di hadapannya bertalaqqi al.Quran. Walau pun para imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tidak kurang kemahiran dan kebolehan mereka tetapi cara ini telah mewujudkan suatu motivasi tambahan  kepada anak-anak muda yang sedang dibimbing oleh ustaz-ustaz kita di sini.

Cara dan pendekatan seperti ini mungkin sekali sekala Sheikh Abdulkarim Omar al.Makki salah seorang imam masjid ini dan kawan-kawannya dapat meneruskan aktiviti tersebut. Melihat kepada ramai anak muda kita yang berani bangun dan pergi duduk di hadapan imam ini malam tadi adalah suatu tanda baik bagi jenerasi mereka.
Berikut adalah cabutan video yang dapat melanjutkan lagi cerita ini.


V1
.. 
V2
 V3
Sekian...Wallahu aklam.

No comments: