Beri laluan untuk iklan sebentar.
&&&&&&&&&&&&&&
**************************
Maksudnya,
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] “Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan;
[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
***********************************************
Kalau merujuk kepada sejarah yang telah berlalu dan sehingga ke hari ini pun orang Kristian tidak pun menggunakan kalimah Allah, malah Kristian genarasi lalu tidak berminat pun menggunakannya, mengapa dengan tiba-tiba mereka mahu menggunakannya, pada hemat penulis tentulah di sana terdapat faedah atau sesuatu peluang untuk mereka . Pada zahirnya penggunaan kalimah tersebut dari segi hukum Islam tiada masalah apa-apa tetapi, jika dipandang dan direnungkan secara mendalam akibatnya akan mengelirukan orang Melayu Islam dan banyak buruk dari pelaksanaan itu akan menimpa anak muda yang belum mendarah daging dengan ilmu atau syariat Islam.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Klik imej untuk besarkan.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Sejak dahulu lagi di negara ini amalan penggunaan kalimah ini hanya dihayati oleh orang Islam sahaja , penganut agama lain tidak menggunakannya ( kalau ada pun hanya segelintir sahaja ), malah hendak menyebutkannya pun tidak pandai dan tidak fasih, kini di pertengahan jalan mereka mahu menggunakannya pula dilihat seperti ada tujuan tertentu dan mengejutkan orang Islam. Mengikut suasana tempat dan tradisi amalan selama ini, orang Islam/Melayu berhak melahirkan pandangan mereka dalam hal ini atau tidak setuju dengannya. Kalau di negara Arab tidak menjadi apa-apa masalah sebab semua orang Arab (Islam/Kristian ataupun lainnya ), sejak awal menggunakan kalimah itu bagi membawa maksud Tuhan mereka. Di Malaysia akan mengelirukan , orang Kristian sendiri pun akan keliru dengan situasi ini.
Mengapakah kalimah Allah sahaja yang hendak digunakan, mengapa tidak seluruh kandungan al.Quran itu digunakan, bukankah lebih baik menggunakan setiap kalimah yang terdapat di dalam al.Quran itu dan hayatinya seperti yang diperintahkan oleh Allah. Jom, kita pakat guna al.Quran sebagai panduan hidup kita dan masyarakat kita.
Ulasan ini merujuk situasi asal di Malaysia dan perlembagaannya bukan di negara Arab atau lainnya.
Sekian...Wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment