Friday, May 11, 2018

Pilihan raya ke 14.

Pilihan Raya ke 14 (PRU 14) dipilih pada 9.5.2018. Setelah pilihan raya dijalankan keputusannya dimenangi oleh Parti Pakatan Harapan.

Wednesday, April 11, 2018

Kedudukan Pru 14

Kedudukan PRU 14

Parlimen dibubarkan 7 April 2018.

Penamaan calon 28 April 2018.

Tarikh undi awal 5 Mei 2018.

Tarikh undi umum 9 mei 2018.


Sekian .

Saturday, March 31, 2018

PRU 14

السلام عليكم

Sudah lama kita tidak bersua kerana cukup lama aku tidak bermain dengan blog ini, Tajuk yang terakhir adalah  Masjid Cina, kini tergerak di hati hendak menulis pula kerana agaknya Facebook sudah lama aku bermain dengannya sekarang hendak beralih angin pula,  hendak tulis dalam blog pula.
Tapi apakah tajuk yang sesuai yang hendak ditulis, sebenarnya aku tiada satu pun yang pakar dalam tulisan ini dan bahasa pun kalang pukang sahaja, yang aku tulis juga kerana beranggapan asalkan orang faham itu sudah cukup.
Sekarang ini hari-hari orang bercakap soal politik, agaknya tidak lama lagi hendak pilihan raya, mungkin tidak sempat bulan Mei 2018 berakhir akan berlakulah pilihan raya iaitu PRU 14.

Kalau kita hendak buat apa-apa pun buatlah dengan ikhlas dan telus.  Beristikharahlah dahulu 
sebelum melakukannya. Semoga kerja kita diberkati الله.

Sekian...والله أعلم

Saturday, February 3, 2018

Bacaan al Quran

Check out Al Sudais Qur'an No Internet on Google Play! https://play.google.com/store/apps/details?id=com.andromo.dev445584.app548479

Thursday, January 25, 2018

Thursday, January 18, 2018

masjid cina

Masjid Cina.
Masjid Cina adalah suatu cadangan yang mungkin dapat direalisasikan oleh badan yang perihatin dengan perkembangan Islam terutamanya di kalangan orang cina di negara ini dan Islam sebagai Addin Rahmatal Lil Alamin (Addin menjadi rahmat untuk sekalian alam ), juga bagi menghapuskan anggapan bahawa  Islam itu adalah hak orang Melayu sehingga mereka memanggil Cina itu bermaksud sebagai orang bukan Islam. Pada hal Cina itu adalah bangsa, Cina ada yang Islam, Budha, Kristian dan lain-lain.  Malah di dunia ini cina lebih ramai Islam berbanding dengan Melayu.

Dengan tertubuhnya Masjid Cina akan terdidiklah orang Melayu bahawa Cina itu nama bagi sesuatu bangsa bukan nama bagi agama.Masjid ini perlulah menjadi pusat bagi  orang Cina yang baru memeluk Islam dan perlu anggota tadbir terdiri dari sebahagiannya orang Cina Islam.
Masjid ini tidak perlu kepada nama Masjid Cina tetapi memadai rupa bentuknya dan kesenian ukirannya  menggambarkan kecinaan.

Suasana ini dapat juga menjadi tarikan kepada  orang Cina yang belum lagi   memeluk Islam . Ini berarti suatu tanggungjawab kita telah dapat diselasaikan iaitu berdakwah kepada orang bukan Islam.

Sekian. Wallahu Aklam.

Tuesday, January 16, 2018

Assalamualaika ya Rasulullah

https://youtu.be/QLXZ4G3Dg8c

Sunday, December 31, 2017

Al Mulk

I'm listening to: Listen Al Sudais Qur'an MP3

Tuesday, December 26, 2017

SELAMAT TAHUN BARU.

Selamat Tahun Baru 2018.

Semoga pada tahun baru ini Aku dan Anda Sekalian semakin kuat imannya,sihat dan sejahtera selalu.

Selamat Tahun Baru.


Thursday, January 1, 2015

Suasana malam anugerah.


Salam.
Anugerah Johan Utama Minizeebee,N 




































 Sekadar itu.

Wednesday, December 31, 2014

Melawat ke JMB B1-7 di kawasan MPP Zon 3

As-Salam.











Sekian.

Pertandingan Blok Tercantik - MiniZeeBee

As.Salam.

Sekadar ini.

Enam orang saudara baru

As-Salam.

Sekian.

Pembentangan MiniZeebee 2014

Cuba perhatikan apakah rahsianya.




Malam Kemenangan Mini Zee Bee 2014

Pada malam kemenangan JMB B1-7 , Jln Plumbum , Seksyen 7 , Shah Alam mewakili MPP Zon 3 , Shah Alam.
Sekian.

Pertandingan Zon Bersih Mini 2014

Saya menurunkan beberapa video yang menjadi contoh ikutan .

Sekadar ini.

Monday, August 18, 2014

MASIHKU INGAT



 


Mereka yang seangkatan denganku tentu masih ingat dan juga terkenang masa dulu.

Dalam tahun awal 60an padi ditanam hanya setahun sekali, benih padi daripada padi berat, berat bukan bermaksud berat timbangan tetapi membawa maksud lambat berbuah, ditanam dalam bulan Mei bulan November @ Disember barulah boleh dituai buahnya, tuai dengan tenaga manusia, padi @ berasnya jauh lebih b
erkualiti berbanding beras yang dijual di pasaran sekarang, sekarang walaupun dijual dengan harga mahal sekilo di antara RM4.00 - RM5.00 lebih, itu pun terkadang nasinya tidak sedap dan cepat basi.Kadang disyaki sengaja dicampur adukkan dengan beras yang tidak berkualiti bagi mendapat keuntungan yang banyak, beras yang dibeli daripada pengeluarnya yang sama ,kadang-kadang elok, kadang tidak. agaknya zaman ini semakin ramai orang tidak jujur dan amanah.

Orang zaman dulu petani-petani makan beras @ nasi hasil tanamannya sendiri, zaman tanaman dua kali setahun ini mereka tidak lagi makan beras tanaman sendiri kerana padi dituai dengan menggunakan mesin tuai, selepas dituai pada ketika itu juga dimasukkan ke dalam lori dan terus dibawa ke kilang untuk dijual.

Pada masa dulu petani menuainya sendiri dengan anak beranak mereka, selepas dituai padinya disimpan di dalam jelapang, dijual hanya sekadar keperluan kewangan semasa sahaja yang lainnya dibiarkan di dalam jelapang, terdapat juga sehingga menjadi usang padi tersebut. Bagi petani yang miskin padinya tidak sempat usang, sebenarnya padi si miskin hasilnya tidak mencukupi untuk kehidupan setahun mereka, pada hujung tahun mereka terpaksa berhutang untuk menafkahkan keluarga mereka sehingga terpaksa menjualkan hasil padi mereka yang belum tuai, pakai agak-agak sahaja jumlah banyaknya itu, maklumlah buahnya masih di pokok, memanglah orang tengah makan kenyang sampai temuak, orang miskin terpaksa ikat perut buat beberapa bulan sebelum padi yang baki itu masak.

Penulis sendiri mengalami situasi itu akhirnya terpaksalah menanam padi ringan maksudnya padi yang tidak ambil masa yang panjang untuk berbuah dan masak, padi ini akhir bulan Oktober @ awal November akan masak dan boleh ditunai dan dijual, pendapatan dari jualan inilah dibuat belanja sementara padi berat masak.

Ayam, itik, kerbau dan lembu diternak secara kecilan untuk melepaskan kesengsaraan belanja ketika sangat terdesak, ayam jarang disembelih untuk makanan keluarga, ayam dibiarkan hidup dan dijual untuk mendapat wang perbelanjaan seharian ianya juga menjadi sumber bantuan sebab itulah mereka sanggup makan makanan yang kurang berzat, itu semua mereka tahu dan sedar tetapi apa akan daya mereka.

Dalam pada mereka makan makanan yang kurang berkualiti tetapi mereka berpeluang makan beras yang berkualiti tidak seperti orang sekarang, petani dulu akan menjemurkan padi sehingga cukup kering sebelum dijadikan beras, kemudian mereka menumbukkan padi itu dengan mengunakan lesung tumbuk yang dibuat khas atau lesung endek yang lebih canggih sedikit. Menggunakan lesung khas itu kualiti beras terjaga, warna beras kekuningan. jika kekunagan itu terhapus bermakna beras itu tiada lagi kualitinya, tiba suatu ketika kilang beras pun wujud ketika itu petani akan makan kedua-duanya ikut mana yang sempat tetapi bagi ibu yang baru bersalin mereka dilarang makan beras yang dihasilkan oleh kilang atas sebab kurang zat @ kualiti dan dipercayai kesihatan mereka lambat pulih.


Kalau hendak dikisahkan memang panjang, biarlah sekadar ini dahulu.

والله أعلم

Sunday, August 3, 2014

Keganasan terhadap Palestin @ Gaza.

Apakah perasaan kita apabila saudara kita diperlakukan begini rupa, dikurung di dalam tembok besar dan disekat pergerakan mereka, pada hal mereka tinggal di negeri mereka sendiri sejak sekian lama, apakah kita tidak terasa hendak menolong @ membantu mereka sekadar kudrat yang kita mampu, Paling tidak menghulurkan derma sambil berdoa semoga mereka mendapat pertolongan Allah dan berjaya di dalam perjuangan suci mereka.

Alhamdulillah, kalau telah berbuat demikian, itulah bukti kita orang yang beriman, mengasihi saudaranya seperti mengasihi diri sendiri, itulah juga cetusan iman dalam diri.

                                        #########





Maksud ayat 14 dari Surah Al-Hasyr;

( Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik ) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).


اللهم انصر الإسلام والمسلمين في غزة وفى فلسطين وفي كل مكان وفي كل زمان . 

والله أعلم

Thursday, July 24, 2014

Lintasan hati di dalam penerbangan.

Degup  jantung dan lintasan hati   di dalam penerbangan.
  

( gambar hiasan )

Ketika berada di dalam penerbangan kebanyakan orang Islam akan teringat Allah kerana situasinya mengingatkan mereka kepada risiko yang mungkin dihadapi, lantas kita akan berdoa berkali-kali memohon supaya sampai ke destinasi dengan selamat.

Semasa berada di atas bersama dengan awan biru keadaannya tidak ubah seperti burung yang sedang terbang keluar dari sarang mencari rezeki tetapi kapalterbang bukanlah burung, burung ciptaan Allah yang istimewa, sebaliknya kapalterbang hanya hasil gubahan manusia yang tidak sempurna, boleh berlaku kerosakan ketika sedang dalam penerbangan dan seumpamanya. Hati akan terbayang bermacam-macam maka berulanglah doa yang dibaca @ didoakan tadi.

Kadang-kadang terfikir makbulkah doa ini dalam keadaan manusia di sekeliling dan berhampiran berpakaian seumpama berbogel dan ditambah pula - jika - dihidangkan dengan minuman yang nyata dilarang Allah.

Bagaimana hendak hadapi kecemasan dalam keadaan demikian. Seolah-olah persediaan untuk penyudah yang baik ( حسن الخاتمة ) tidak disediakan. Orang yang beriman akan kecewa dan bimbang situasi begini. Mereka sebolehnya mengharapkan suasana dan persekitaran yang baik semasa berada pada situasi berisiko tinggi kerana keburukan dan kemaksiatan yang ada boleh disingkirkan, eloklah disingkirkan.


Kecemasan tidak dapat diduga dan dijangka serta kematian pula boleh berlaku di mana-mana  dan bila-bila.

Wednesday, June 11, 2014

Ramadan...أهلا و سهلا يا رمضان المبارك

السلام عليكمPhoto: ‎أهلا و سهلا يا رمضان المبارك.
Selamat datang Ramadan al.Mubarak,  kini Syaaban telah berada di akhir nisfu awal terdapat di antara kita telah menyediakan persediaan untuk mengelakkan kemungkinan tidak selera makan pada waktu sahur.

Usaha itu tentunya suatu tindakan yang baik dan proaktif.

Terdapat individu , termasuk penulis sendiri  merasakan ikan kering seperti  talang, kurau atau ikan pekasam dapat membuka selera dan sesuai masakannya  untuk kegunaan di waktu sahur.

Minyak sapi juga mampu membuka selera di waktu sahur terutamanya yang berwarna putih.

Makan sahur sangat penting bagi orang yang hendak  berpuasa, hukumnya pula sunat, waktunya selepas tengah malam,  masa yang afdal @ paling baik untuk makan  ialah di akhir waktunya iaitu hampir masuk waktu Subuh. Mereka yang bersahur di akhir waktu sahur mendapat pahala lebih banyak berbanding dengan mereka yang bersahur lebih awal dan mereka yang bersahur juga akan menjalani ibadat puasa itu dengan penuh semangat dan kekuatan. Mereka tidak merasai letih dan lapar melainkan pada waktu lewat petang.

Difahamkan bahawa Ramadan tahun ini (1435H)   umat Islam akan terpaksa  berpuasa dalam keadaan suhu terpanas , keadaan ini  katanya tidak  berlaku sejak 25 tahun lalu. Ramadan itu sendiri bermaksud panas, situasi sebenar cuaca itu tidak menghairankan umat Islam,  malah mengesahkan putaran bulan itu tepat seperti dijanjikan,  walaupun terkadang terdapat juga hujan di dalam bulan Ramadan tetapi cuaca panasnya membahang juga.

اللهم بارك لنا فى شعبان و بلغلنا رمضان.
والله أعلم.‎

أهلا و سهلا يا رمضان المبارك.
Selamat datang Ramadan al.Mubarak, kini Syaaban telah berada di akhir nisfu awal terdapat di antara kita telah menyediakan persediaan untuk mengelakkan kemungkinan tidak selera makan pada waktu sahur.

Usaha i
tu tentunya suatu tindakan yang baik dan proaktif.

Terdapat individu , termasuk penulis sendiri merasakan ikan kering seperti talang, kurau atau ikan pekasam dapat membuka selera dan sesuai masakannya untuk kegunaan di waktu sahur.

Minyak sapi juga mampu membuka selera di waktu sahur terutamanya yang berwarna putih.

Makan sahur sangat penting bagi orang yang hendak berpuasa, hukumnya pula sunat, waktunya selepas tengah malam, masa yang afdal @ paling baik untuk makan ialah di akhir waktunya iaitu hampir masuk waktu Subuh. Mereka yang bersahur di akhir waktu sahur mendapat pahala lebih banyak berbanding dengan mereka yang bersahur lebih awal dan mereka yang bersahur juga akan menjalani ibadat puasa itu dengan penuh semangat dan kekuatan. Mereka tidak merasai letih dan lapar melainkan pada waktu lewat petang.

Difahamkan bahawa Ramadan tahun ini (1435H) umat Islam akan terpaksa berpuasa dalam keadaan suhu terpanas , keadaan ini katanya tidak berlaku sejak 25 tahun lalu. Ramadan itu sendiri bermaksud panas, situasi sebenar cuaca itu tidak menghairankan umat Islam, malah mengesahkan putaran bulan itu tepat seperti dijanjikan, walaupun terkadang terdapat juga hujan di dalam bulan Ramadan tetapi cuaca panasnya membahang juga.

اللهم بارك لنا فى شعبان و بلغلنا رمضان.

والله أعلم.