Hakikat kejadian manusia: Allah jadikan manusia terdiri daripada unsur roh dan jasmani, roh dikatakan dicipta terlebih dahulu sebelum jasmaninya.Huraian mengenai roh sangat rumit untuk difahami dan tidak mampu dipanjangkan ke pengetahuan orang lain, hanya memadai untuk dihayati diri sendiri, selebihnya terserahlah kepada Allah kerana perkara itu adalah pekerjaan Allah yang menjadi amat rahsia bagi manusia.Manakala jasmani manusia lebih memahaminya berbanding dengan hakikat roh .
Jasmani manusia dapat dirasa,disentuh dan dipegang, manakala roh hanya dapat diketahui oleh mereka yang sempurna akal sahaja. Jasmani dijadikan daripada tanah, demikianlah yang telah diterang di dalam al.Quran. Orang yang telah mati setelah dikuburkan dalam tempoh tertentu, jasmani ( badan ) manusia akan kembali menjadi tanah, hakikat ini diterima dan dilihat sendiri oleh manusia tetapi kejadian roh tidak mampu dijelaskan secara terpeinci. Disebabkan terdapat unsur roh dalam diri manusia maka wujudlah perasaan di dalam hati atau minda mereka.Perasaan pula bermacam-macam, suka, duka, sayang, marah, merajuk dan seumpamanya.
Selain daripada manusia Allah juga mencipta jin syaitan atau iblis di dunia ini. Iblis syaitan dimungkinkan oleh Allah meresap ke dalam hati atau minda manusia dan boleh hidup dalam badan manusia, jika mereka kehendaki untuk berbuat demikian, tanpa izin Allah makluk ciptaan-Nya tidak akan bermaya. kerja iblis syaitan tiada yang baik melainkan kejahatan semata-mata.
Marah melampau dan keterlaluan. Apabila seseorang itu marah secara melampau terhadap individu yang lain atau tersirat di hati secara keterlaluan, keadaan demikian dikatakan telah dipengaruhi iblis syaitan kerana manusia tidak selayaknya memarahi kelibat seseorang manusia di atas dunia ini, walaupun seburuk mana atau sejahil mana manusia itu kerana kelibat tersebut adalah ciptaan Allah, memarahi kelibat tertentu secara melampau bermakna memarahi Allah sebagai Penciptanya, seolah-olah kemarahan itu menyatakan bahawa Allah tidak patut mencipta kelibat tersebut, kemarahan melampau juga secara tidak langsung telah mengambil alih situasi membelakangkan larangan memutuskan silaturrahim sesama Islam, Ujian Allah sebenarnya datang dari berbagai sudut, jika manusia gagal menanganinya, iblis syaitan akan mengambil kesempatan menewaskannya dengan menjana sifat marah dalam diri manusia, marah ibarat api yang sedang membara, hanya air yang dapat mengalahkannya, sebab itulah ketika marah disyorkan mengambil wuduk, sekiranya marah aktif berterusan maka terciptalah kucar-kacir dan huru hara di dalam kehidupan manusia, di mana kita akan turut terlibat dalam sumbangan sebahagia keburukan itu. Senjata yang paling ditakuti dan berkesan untuk mengalahkan iblis syaitan ialah solat yang dikerjakan dengan ikhlas dan sifat sabar yang dihayati sepanjang masa.
Marah hanya pada sikap: Tidak dinafikan bahawa Allah jualah yang mengurniakan sifat marah kepada manusia tetapi kemarahan perlu ada batasnya yang tertentu.Marah boleh disasarkan kepada sikap dan sifat yang buruk yang ada pada seseorang bukan kelibatnya, memutuskan silaturrahim sesama Islam adalah dilarang sama sekali di dalam hukum dan ajaran Islam.
Berdoa untuk kebaikan sesama Islam. Sekiranya kita masih wujud kelibat yang dimarahi dan berbaki beberapa individu lagi, seeloknya dibuat muhasabah sama ada kemarahan itu patut diteruskan atau dihentikan segera.( kemarahan yang berterusan sesama Islam tiada di dalam ajaran Islam ). Buatlah muhasabah itu ketika dan waktu yang sesuai supaya hasilnya berbaloi. Disyorkan masa dan waktu untuk bermuhasabah itu ketika hendak tidur pada waktu malam sekalipun ianya akan mengganggu tidur kerana ketika itu seorang itu tidak mampu membohongi diri sendiri bahawa dirinya di pihak yang benar, kalaupun di pihak yang benar, Allah tidak mengizinkan kemarahan yang dimuatkan dalam acuan kita sendiri tanpa merujuk kepada ajaran Allah, kerana Islam menggalakkan kita bermaafan sesama Islam.Anggaplah mereka yang bersalah itu jahil dan tidak mendapat taufik dan hidayah dari Allah, Berdoalah sentiasa untuk kebaikan diri kita dan kebaikan dirinya,( sebelumnya saya terlebih dahulu berpesan kepada diri sendiri ) sekuarang-kurangnya doa tersebut seperti berikut yang sering kita doakan tetapi mungkin tidak membayangkan kelibat yang dimaksudkan, " Allahummaghfir lil muslimin wal muslimat" yang bermaksud " Ya Allah ampunkanlah sekalian orang muslimin dan muslimat", doa ini sudah tentu termasuk orang yang kita marahi.
Mengimbau peristiwa yang lalu. Tajuk "Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah" tertera dengan jelas pada pagi ini di laman http://www.Malaysiakini.com setelah membacanya saya teringat pula suatu peristiwa yang telah saya alami pada masa yang lampau ketika itu saya baru sahaja bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah yang dikira terkenal juga di selatan Tanah Air.Apabila saya membaca topik tersebut minda saya mengimbau kembali peristiwa yang telah lalu itu.
Pada zaman itu para pelajar sekolah tidaklah senakal pelajar sekarang, sudah tentunya mereka tidak pandai menggunakan telefon bimbit, jauh sekali facebook dan laman blog kerana ini semua belum lagi wujud pada ketika itu.Pasar Raya, Pusat Hiburan dan lain-lain yang mempengaruhi mereka ke arah gejala negatif pun belum banyak di persekitaran mereka. para pelajar itu sendiri pun tidak seramai sekarang ini.Tetapi, pada kami selaku pendidik pada ketika itu minum sambil berjalan pun telah dianggap kurang sopan dan dipanggil memberi nasihat supaya makan dan minum secara beradab. Hal seperti ini sekarang telah menjadi kebiasaan, tiada siapa akan menegurnya kerana masih ada perbuatan melanggar adab sopan yang lebih besar dan teruk lagi.
Garis panduan secara lisan. Walaupun disiplin pelajar masih dikira baik pada zaman itu tetapi langkah mendidik dan mengawal disiplin tetap diwujudkan sepanjang masa mereka berada di sekolah dengan memberikan garis panduan tertentu kepada para pelajar supaya diikuti dan dipatuhi.
Berbalik kepada peristiwa yang dimaksudkan; Setelah Penyelia Petang melihat para pelajar agak ramai ke tandas semasa penganjaran dan pembelajaran sedang berlangsung, beliau merasakan perlu diadakan garis panduan tambahan secara lisan, beliau mengarahkan kepada setiap guru supaya tidak membenarkan pelajar ke tandas ketika pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan dan nasihatkan mereka supaya ke tandas terlebih dahulu sebulum masa persekolahan dimulakan atau ketika rehat mereka hendak memanfaatkan masa rehat itu sebaik-baiknya.
Semua guru patuh dengan arahan tersebut, maka tandas pun menjadi lengang, Setelah arahan dikeluarkan Penyelia Petang sentiasa memantau keberkesanan arahan tersebut, memang berkesan, para pelajar tidak lagi mengambil kesempatan ke tandas untuk melakukan perkara lain pada masa selebihnya di tandas dengan bual-bual , bermain-main dan sebagainya, sedangkan pengajaran sedang berjalan tanpa kehadiran mereka di dalam kelas, jika dilatih dengan cara yang tegas dan istiqamah insya Allah akan memberi kesan yang baik kepada mereka, terutama mengenai pengurusan masa mereka.
Kewajipan bersolat diabaikan. Persekolah sidang petang semestinyalah akan melalui kewajipan bersolat Zohor dan Asar bagi para pelajar Islam kerana 90% para pelajar sekolah mengengah telah baligh ( sampai tuntutan wajib bersolat ), setelah persekolahan sampai setengah tahun akhirnya mereka semua telah baligh. Sebagai pendidik mereka berkewajipan melihat situasi ini secara positif dan mahmudah, tidak patut membiarkan para pelajar tidak melakukan solat sedangkan para pendidik mengetahui keabaian tersebut. Pada ketika itu Kementerian Pelajaran masih mengabaikan kewajipan tersebut sehinggalah wujud Kurikulum Baru yang dikenali sebagai KBSR dan KBSM, di mana elemen ini dimasukkan ke dalam kuriulum tersebut, tetapi sebelumnya diabaikan.
Kewajipan pendidik. Saya selaku pendidik melihat dan merasai kelemahan tersebut, oleh itu terpaksa bertindak sendiri dengan menggunakan budibicara sendiri dengan memberi peluang kepada para pelajar pergi menunaikan solat secara bergilir ketika pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Pada hal garis panduan secara lisan yang dikeluarkan oleh Penyelia Petang melarang para pelajar keluar dari bilik darjah, walaupun untuk ke tandas melaikan pada masa rehat sahaja, Pada hemat saya larangan itu tidak patut meliputi atau melibatkan para pelajar ke Musalla, iaitu sebuah bilik yang tersangat sempit yang terletak di bawah tangga yang hanya sesuai berperanan sebagai sebuah setor barangan yang hampir lupus sahaja.Rupanya dalam minda Penyelia Petang untuk pergi bersolat pun tidak tercuali walaupun pemergian mereka untuk menunaikan kewajipan yang amat besar itu dengan penuh sopan dan berdisiplin. Untuk meringkaskan cerita salah seorang pelajar telah didenda oleh Penyelia setelah pelajar tersebut selesai berwuduk dan dalam perjalanan ke Musalla ( bilik solat ), kemudian pelajar tersebut balik ke kelas dengan berlenangan air mata tanpa berkesempatan menunaikan solat yang amat dituntut itu.
Bertazkirah- berhujah panjang. Setelah melihat situasi demikian darah saya tiba-tiba sahaja mengalir kencang ke arah kepala dan minda pun menjadi panas, kepanasan itu telah mempengaruhi saya ke bilik Penyelia dan masuk tanpa ketuk lagi , di sana saya terpaksalah memberi tazkirah atau hujah panjang kepadanya berkaitan kes tersebut, walaupun saya lebih muda daripadanya kerana keadaan memaksa semua unsur lain terpaksa saya ketepikan, sebelumnya saya memerhatikan Penyelia Islam ini tidak pernah menunaikan solat Zohor, ini dapat saya buktikan kerana kami sampai ke sekolah setiap hari sebelum tiba waktu Zohor, saya pernah terserempak dengan guru-guru lain yang menunaikan solat Zohor dan Asar di Musalla tetapi tidak pernah dengan Penyelia oleh itu saya membuat andaian bahawa beliau tidak menunaikan solat Zohor pada hari persekolahan,Solat Asar mungkin beliau menunainya di rumah, wallahu aklam, sepatutnya beliau menjadi contoh kepada guru-guru dan para pelajar yang di bawah pimpinannya .
Rasa bersyukur. Saya berasa bersyukur kerana selepas peristiwa itu beliau selalu ke Musalla dan bersolat bersama saya dan guru-guru lain, Garis panduan tersebut akhirnya dibuat sedikit anjakan di mana para pelajar Islam dibenarkan menunaikan solat asalkan mereka menjaga disiplin yang telah ditetapkan, dua minggu kemudian saya dipanggil oleh Pengetua bertanyakan hal berkaitan dengan kemudahan tempat solat para pelajar ( kisah bertemu dengan pengetua ini akan dimuatkan di dalam artikel yang akan datang ).
Berbalik kepada berita yang menyatakan "Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah" dalam isu ini saya merasakan hampir sama situasinya dengan apa yang dialami , cuma isunya terpencil dan tidak ketahui ramai, peraturan dan undang manusia sentiasa terperangkap dengan kelemahan, yang mana ianya boleh ditafsirkan berbagai-bagai kerana undang-undang yang disediakan tidak mencakup perkara-perkara yang sepatutnya diliputi, mungkin manusia menyerapkan bersama kepentingan mereka di dalam peraturan atau undang-undang tersebut, seumpama larangan keluar kelas yang telah didedahkan di atas, larangan dicipta dan dibuat tidak mencakup keseluruhan aktiviti yang sering dilakukan para pelajar di sekolah sehingga menyebabkan larangan itu seolah- olah mengatasi perintah Allah.
Ada lagi bala yang lebih dahsyat. Pada pagi ini sebaik sahaja selepas solat Subuh saya terasa ingin berkongsi maklumat bersama kekawan, malam tadi saya mendapat beberapa maklumat dari ahli keluarga yang tinggal di dalam kawasan Bandar Raya Alor Setar, menceritakan tentang kesusahan yang sedang mereka alami bersabit dengan bencana banjir yang sedang melanda Kedah sekarang ini, berita hanya dapat diterima melalui sms ( hantaran mesej ringkas ) sahaja, facebook terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana bekalan eletrik telah dipotong untuk menjaga keselamatan orang ramai supaya mereka terselamat dari terkena kejutan eletrik akibat banjir. Malah air paip pun telah dihentikan buat sementara kerana air yang dibekalkan telah dicemari.
Semalam ( Rabu ) mereka terpaksa kembali hidup dalam keadaan kesusahan yang jarang mereka lalui, semua bekalan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk menjadi cair dan rosak, air untuk mandi, masak dan minum terpaksa membeli air botol dari Pasar Raya yang masih boleh ke sana kerana terdapat juga Pasar Raya yang tidak boleh lagi dikunjungi kerana disekat oleh banjir.Bersyukurlah mereka yang tidak terlibat dengan bencana banjir ini dan bagi mereka yang ditimpa bencana ini masih boleh bersyukur kerana anda terlepas dari bala yang lebih besar.
Demikianlah bala yang Allah turunkan tiada siapa boleh menghalangnya, semuanya ini adalah ujian, ujian sejauh mana manusia mengingati Allah,sejauh mana mereka bersabar dan sejauh mana mereka bermuhasabah diri dan insaf terhadap kesilapan yang telah lalu. Walaupun segalanya datang daripada Allah tetapi hasil kerjatangan manusialah fenomena cuaca berubah bersabit dengan kegondolan bukit, penebangan hutan dan lain-lain aktiviti manusia yang tidak mesra alam yang dilakukan oleh manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri.
Pada hemat saya: Salah satu sebab senang berlakunya banjir di bahagia utara Kedah kerana air dihalang laluannya oleh Lebuh Raya Utara-Selatan, beberapa tempat laluan tradisi air tidak dikekalkan dengan membuat terowong di bawah Lebuh Raya tersebut, sebaliknya terowong dibuat di tempat yang lebih tinggi menyebabkan air terkumpul dengan banyaknya di kawasan tradisinya sebelum beredar ke terowong yang berhampiran, sekali gus air terkumpul dengan banyaknya dan barulah air itu mengalir ke seberang Lebuh Raya dan mengalir dengan banyaknya menuju ke laut, Pakej air yang banyak dan bertali arus inilah menjadikan banjir, air ini akan bergerak ke mana sahaja tempat yang lebih rendah kerana itulah tabiat semula jadi air yang Allah jadikan, iaitu itu mengalir dari bukit ke kaki bukit, dari kaki bukit akan mengalir pula ke kawasan yang lebih rendah dan seterusnya menuju ke laut, sekiranya di dalam perjalanan itu terdapat sekatan air akan naik semakin tinggi sehingga mendapat laluan baru dan terus mengalir, semasa air itu semakin naik itulah berlakunya banjir atau air menenggelami kawasan yang tidak pernah ditenggelaminya.
Manusia seharusnya memerhatikan tabiat air, bukit bukau dan hutan belantara, melihat peranannya terhadap kesejahteraan alam ini, pada asalnya semua kejadian alam itu dijadikan Allah untuk kebaikan kehidupan manusia tetapi, sekiranya disalah urus peranannya akan menjadi sebaliknya.
Mengambil kesempatan: Dalam keadaan genting begini rupanya ada juga kumpulan manusia yang mengambil kesempatan bermegah-megah pula dengan usaha pertolongan yang diberikan dengan membandingkan kelemahan orang lain semata-mata mengambil peluang menunjuk-nunjukkan kebaikan yang telah mereka sumbangkan, perbuatan seperti ini tentulah kurang manis untuk dijadikan pendidkan atau contoh kepada masyarakat awam, terutamanya kanak-kanak, perbuatan itu juga memperlihatkan terdapat udang di sebalik batu bersabit dengan pertolongan mereka. Kalau mengikut prinsip Islam cara demikian hasilnya sia-sia untuk diri sendiri, cara pertolongan yang menguntungkan hendaklah memberi pertolongan dengan ikhlas iaitu melakukan pertolongan itu semata-mata kerana mematuhi perintah Allah, di mana Allah memerintahkan manusia supaya berbuat demikian.
Banjir di Kedah dan Perlis. Minggu pertama di dalam bulan November 2010 hujan turun buat beberapa hari di seluruh Malaysia Barat , kadarnya berbeza di antara satu negeri dengan negeri yang lain, Kedah dan Perlis turun dengan kadar yang banyak sehingga menyebabkan banjir dan penduduk di beberapa lokasi yang terlibat terpaksa berpindah ke penempatan khas yang disediakan oleh pihak berkuasa atau ke rumah sanak saudara yang tinggal berhampiran. Mengikut berita Astro Awani jam 6.00 petang 3 .Nov. 2010 jumlah mereka yang tepaksa berpindah mencecah 20 ribu orang, tidak termasuk yang berpindah ke rumah sanak saudara. Kejadian banjir yang agak besar telah berlaku beberapa kali di Kedah dan Perlis, beberapa tahun dahulu sering berlaku di daerah Baling di mana mereka menerima air tempias dari Kelantan tetapi sekarang keadaannya telah berubah, hujan memang turun di dalam negeri Kedah itu sendiri, duhulu pernah berlaku banjir di Kedah dan Perlis , di mana airnya bercampur dengan air yang datangnya dari Thailand. Ulasan ini hanya berdasarkan pengetahuan am yang tidak sohih, sekadar memperolehinya melalui mulut ke mulut sahaja atau berdasarkan sembangan dan perbualan orang ramai pada ketika berlaku banjir dahulu. Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak dinafikan kehadiran banjir akan membawa kebaikan dan keburukan, keburukan menguasai 90% daripadanya berbanding dengan kebaikan, kebaikannya menyedarkan manusia supaya insaf dan bersyukur pada nikmat dan kesenangan yang banyak diterima pada masa yang lalu, selepas ini tanah akan menjadi lebih subur dan kesilapan penyediaan perparitan akan diperbaiki serta membuat pembangunan dengan lebih berhati-hati lagi.Manusia yang berfikir akan mengakui bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.
Banjir di Perlis. Imej dari FB.Syura Ali's/Fb Salmiah.
Keburukannya sangatlah banyak, tanaman sara hidup dan sampingan musnah dilanda banjir, barang-barang peralatan di dalam rumah seperti perabot, sofa, permaidani dan lain-lain yang tidak sempat diselamatkan akan rosak termasuk kenderaan yang terperangkap di dalam banjir, hatta terdapat juga mereka yang kehilangan ahli keluarga dan haiwan ternakan kerana dibawa dan ditenggelamkan oleh banjir. Bayangkan betapa banyaknya kerugian yang dialami, bagi mereka yang tidak mengalami musibah ini akan terasa juga kesusahan itu tetapi berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Membawa penyakit. Apabila air naik memenuhi daratan sehingga beberapa inci atau kaki tingginya, air tersebut akan bercampur aduk dengan kekotoran, bahan-bahan yang kotor dan najis, termasuk air najis manusia yang bergerak keluar dari tempat takungan, semuanya itu akan membawa penyakit kepada manusia dan haiwan, apa yang berlaku tidak dapat dikawal lagi, manusia hanya mampu melihatnya dan menunggu hujan berhenti dan banjir surut.
Banjir Kelantan/Kedah ( 3 .Nov. 2010 ).
Awasilah kanak-kanak ketika banjir. Kanak-kanak dan remaja, malah orang dewasa sekali pun suka bermain air ketika berlakunya banjir tanpa menyedari kekadang air yang mereka berendam di dalamnya itu air telah bercampur dengan najis dan berbagai kekotoran yang boleh menyebabkan mereka mengidap berbagai penyakit yang kita sendiri tidak mengetahuinya, terutamanya penyakit yang berjangkit, penyakit tersebut mudah berlaku kepada mereka yang bermain dengan air kotor yang disebabkan oleh banjir. Orang dewasa sepatutnya tidak memandang ringan dalam hal ini, awasilah anak-anak dan remaja supaya tidak bermain dengan air banjir.
Sedang saya menulis artikel ini ( Rabu, jam 7.40 malam - 3 .11. 2010 ) mendapat sms menyatakan kawasan Anak Bukit, Alor Setar, air semakin meningkat dan bekalan letrik pun telah dipotong untuk menjaga keselamatan orang ramai.di kawasan Alor Merah masing-masing telah bersiap siaga, barang-barang dipindah ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.manakala
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas ditutup buat sementara kerana air sedang naik hampir satu meter. Pengguna dinasihatkan menggunakan Lapangan Terbang Langkawi atau Bayan Lepas. Pulau Pinang.
Gigih berpolitik sebelum memilih parti yang sesuai. Hari ini aku ingin menulis artikel mengenai politik yang berstatus kampungan atau setaraf dengannya, aku menyatakan demikian kerana pengetahuanku mengenai politik tidak sampai ke pentas yang lebih tinggi, aku hanya seorang pemerhati yang sentiasa berada dalam keadaan atau jarak yang jauh dari pentas sebenarnya.Aku bukanlah ulat buku atau lain-lain ibarat yang menunjukkan seseorang itu rajin membaca dan memiliki banyak maklumat. Atas situasi demikian dan kadar pemerhatian itulah juga aku akan tulis topik ini.
Mencari kedudukan yang lebih selesa. Manusia zaman ini mencari kedudukan diri dan berikhtiar meletakkan diri di tempat yang agak tinggi dengan berbagai cara, mereka yang melibatkan diri di dalam politik berparti agak jelas wawasan mereka, tetapi, selain itu terdapat juga mereka yang aktif berpolitik tanpa parti, mereka ini kelihatan seumpama tidak berpolitik dan tidak minat dengan politik. Pada hal mereka sebenarnya sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengisytiharkan parti politik yang mereka akan pilih.manakala dalam tempoh itu mereka pulon dan bersungguh-sungguh memperkenalkan diri kepada khalayak, sambil menjana dan membina tokoh diri yang telah pun menampakkan riak dan bayangan sokongan yang semakin ramai dan peminatnya yang semakin bertambah, setelah mereka rasa um dan aura tokoh di dalam diri telah mencukupi , mereka akan beralih pula kepada pemilihan parti, semua parti politik akan dikaji untuk menilai dan membuat penentuan, parti yang dirasakan boleh menjadi batu loncatan, maka parti itulah yang akan dipilihnya, mereka akan memanjat batu itu dan akan berada di atas batu itu buat seketika sambil menunggu masa dan ketika untuk melompat ke atas sehingga mendarat di puncak yang diidam-idamkan.
Cakap dan nasihat mereka sebelum ini. Setelah sampai di puncak, cakap dan nasihat mereka sebelum ini sebenarnya ibarat gula-gula dan jadam, gula-gula yang boleh memberi tenaga dan jadam yang mampu menjadi ubat yang mujarab kepada rakyat yang masih daif dan lemah dalam berbagai aspek.Ubat tersebut hanya mujarab buat seketika sahaja, manakala rakyat daif tadi akhirnya menjadi batu loncatan yang setia tanpa menyedari bahawa kepala mereka sedang dipijak oleh seseorang untuk naik ke atas, ke tempat yang tinggi dan selesa, bak kata pepatah "orang bodoh, makanan orang cerdik". Bukanlah suatu kesalahan cara berikhtiar yang demikian, asalkan tidak berusaha menarik turun orang yang sedia berada di atas yang sedang bekerja dengan baik dan jujur, jauh sekali bersenang lenang di sana.Sekiranya orang tersebut telah pun sampai ke puncak matlamat dan berlegar di puncaknya sekian lama dan besenang lenang di sana serta tidak melihat langsung ke bawah, mungkin orang tersebut sesuai ditarik turun ke bawah digantikan dengan orang lain pula yang lebih baik dan cukup auranya.
Cakap beralih tajuk. Setelah menjadi ahli parti tertentu atau berparti, mungkin nada ucapan dan tajuknya beralih pula kepada tajuk baru yang seratus peratus atau sebahagiannya bertentangan dengan ucapan dan karangan yang terdahulu, umpama cicak yang akan berubah warna kulitnya mengikut tempat kediaman mereka. Kalau warna kediaman mereka hitam, hitamlah warna kulit mereka.kalau kelabu maka kelabulah warnanya.Bukanlah cicak-cicak ini tiada pendirian, sebaliknya itulah cara dan kaedah cicak-cicak itu menjaga keselamatan diri dan senang bagi mereka mencari rezeki kerana musuh sukar mengesan mereka.
Mereka yang memeluk, mendakap dan memegang Islam dengan kuat. Sesiapa sahaja yang memegang, memeluk dan mendakap ajaran atau dasar Islam dengan kuat dan erat, mereka tidak akan bertukar nada atau topik, walaupun telah berubah tempat atau beranjak lokasi kerana Islam tidak berada di luar jasmani, malah ianya berada di dalam dada dan hati, ke mana seseorang itu pergi, pemergiannya akan bersama Islam kerana ianya telah mendarah daging. Kecuali, jika islamnya terpaksa berada di hujung lidah kerana di dalamnya dipenuhi dengan kebendaan.