Sunday, August 22, 2010

Kalau orang Islam bersangka buruk kepada orang bukan Islam dakwah kharijiyah tidak akan berfungsi.

Salam semua.
Kalau kita bersangka buruk kepada orang bukan Islam, dakwah kharijiyah tidak akan berfungsi.

Orang Islam seharusnya bersangka baik kepada orang bukan Islam dan berharap mereka itu akan mendapat taufik dan hidayah dari Allah.di samping kita berusaha dan berikhtiar supaya mereka memahami Islam dengan memberi penerangan mengenai aqidah Islam kepada mereka.

Pada suatu ketika dahulu kita juga tidak Islam, tetapi, oleh kerana pedagang Arab atau pedagang asing yang beragama Islam yang datang ke Tanah Melayu atau Nusantara menyangka baik kepada bangsa kita . Sangkaan mereka bahawa kita akan menerima Islam jika mereka memberi penerangan atau berdakwah dengan datuk nenek kita, akhirnya mereka berdakwah dan datuk nenek kita pun menerimanya. Jika mereka bersikap sebaliknya tentulah kita masih kekal seperti dulu, maka seharusnya kita juga bersangka baik demikian jua.jika tiada sikap bersangka baik ini dakwah kepada bukan Islam tidak akan berfungsi dan juga tidak akan berkembang. tegasnya dakwah kharijiyah atau dakwah di luar lengkongan sendiri tidak akan dilaksanakan atau diaktifkan.oleh itu kita hendaklah bersangka baik kepada mereka , kalau kita tidak bertukar sikap, dakwah kita hanya akan berkembang di dalam lengkongan sesama sendiri sahaja.

Kita juga hendaklah merasai bahawa wujudnya bukan Islam di persekitaran kita menyebabkan kita berkewajipan memberi penerangan mengenai Islam kepada mereka dan tidak membiarkan mereka hanya mengenali kita sekadar luaran sahaja, sebaliknya kita hendaklah berusaha memberi penjelasan dan penerangan supaya mereka faham aqidah orang Islam atau tegasnya memahami konsep Tuhan yang dipercayai oleh orang Islam atau berusaha supaya mereka kenal Allah ( makrifatullah ), Sekiranya mereka tidak menerima seruan kita terpulanglah kepada mereka dan Allah Taala kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa memberi taufik dan hidayah kepada seseorang. namun demikian kita telah pun membereskan tanggungjawab yang dimaksudkan tadi.

___________________________

3:104


[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

( Surah Ali-Imran )

_____________________________



Sekian....Wallahu aklam.

Guru perlu istiqamah mengawal emosi.

Salam semua.

Guru perlu istiqamah mengawal emosi dan hendaklah menyampaikan ilmu dengan
adil.

Menjadi seorang guru yang berjaya bukanlah sesenang bagai disangkakan.Mereka perlu menghadapi berbagai karenah sejumlah besar para pelajar dan karenah pentadbiran serta terpaksa menghabiskan dan menyelesaikan tugas yang membebankan termasuk tugas yang tidak disenaraikan.Karenah tersebut memungkinkan seseorang guru itu terlalai mengawal emosi mereka apabila berlaku provokasi tinggi yang kerap kali berulang tanpa menghiraukan teguran yang telah disampaikan dengan jelas dan terang.Sifat tidak menghiraukan teguran dengan sengaja dan ego oleh para pelajar menyebabkan para guru hilang sabar dan hilang kawalan diri.Bertambahlah lagi kalau diri sendiri juga sedang menghadapi masalah dan bebanan lain yang tidak tertanggung.

Apapun alasan guru terpaksalah juga bersabar dan mengawal emosi supaya tidak melakukan perkara-perkara yang menggugat diri sendiri dan alam pendidikan, guru hendaklah sentiasa berpesan dan mengingatkan diri sendiri bahawa para pelajar perlu dididik, walaupun mereka itu dalam keadaan bagaimana sekali pun, kalau bodoh perlu dipandaikan, kalau jahat hendaklah dipulihkan akhlaknya, kalau malas perlu dinasihatkan supaya tekun dan rajin, kalau miskin perlu diberi pertolongan. Demikianlah sikap guru terhadap para pelajar.Sebab itulah sejak awal tadi dinyatakan bukan senang menjadi seorang guru, kerana guru itu bukan seorang pengajar atau pengarah kepada para pelajarnya tetapi mereka adalah pendidik. Inilah sikap yang perlu dikekalkan kalau ingin kekal menjadi guru tetapi berbeza kalau hanya ingin menjadi pengajar.

Guru adalah manusia biasa seperti orang lain juga mereka juga mempunyai perasaan, perasaan tersebut jika digugatkan dan dicabar oleh karenah para pelajar yang melampau batasan akhlak berulang kali, akhirnya akan mengikis kesabaran dan menjejaskan istiqamah yang selama ini diamal dan dihayati .

Peraturan yang sedia digunapakai lebih banyak menyebelahi para pelajar dan para waris, peraturan tersebut tiada cacat celanya sekiranya semua pihak menghadapi sesuatu kes yang timbul dengan cara bertolak ansur dan adil.

Kini pelajar sesuatu sekolah terlalu ramai, terdapat sekolah yang mempunyai pelajar sehingga mencapai dua ribu atau lebih ramai lagi.Sesebuah sekolah sepatutnya dihadkan jumlah pelajarnya di antara 800 - 1000 sahaja, jika sekolah tersebut mempunyai dua sesi pagi dan petang tetapi, jika satu sesi sahaja sepatutnya tidak melebihi 800 pelajar. Sekolah bukan seperti Pusat Pengajian Tinggi di mana para pelajarnya dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakat yang ramai. kalau mampu dibahagikan atau pisahkan sekolah-sekolah kepada Menengah Rendah, Menengah dan Menengah Atas dirasakan pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lebih baik dan lancar lagi kerana jumlah pelajar yang lebih kecil dan laras dan pola pemikiran mereka juga tidak jauh beza.

Ucapan di tapak perhimpunan mingguan yang disampaikan oleh guru-guru tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana terdapat berbagai peringkat pelajar dari Tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan Enam (Pra Universiti), sekiranya perhimpunan dipecahkan kepada tiga kumpulan seperti disebutkan di atas tadi situasinya akan menjadi lebih baik tetapi akan kembali bermasalah apabila akhirnya mereka akan kembali berada di dalam kawasan yang sama sepanjang hari.

Sekiranya sekolah diwujudkan berdasarkan tiga kelumpok , maka lebih mudahlah bagi pentadbir menggubal peraturan sekolah yang sesuai dengan peringkat usia dan minda para pelajar masing-masing, sudah tentu semua aspek akan menjadi lebih mudah dan sejahtera.

________________________________


58:11

[11]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

( Surah Al.Mujadilah : 11 )

_________________________________

Sekian...Wassalam.

Saturday, August 21, 2010

Puasa melibatkan jasmani dan rohani.

Salam semua.

Puasa melibatkan jasmani dan rohani.

Berpuasa bermakna kita terpaksa menahan diri daripada melakukan semua perkara yang membatalkan puasa, disamping menahan diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa.Sudah tentulah ianya juga diserta dengan niat kerana setiap pekerjaan mestilah disertai dengan niat, iaitu niat berpuasa kerana Allah Taala, kerana menurut perintah Allah bukan ikut-ikutan, sebelum berpuasa wajib mengetahui syarat sah dan perkara yang membatalkan puasa serta mengetahui perkara-perkara makruh ketika berpuasa atau perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Jika situasinya tidak demikian puasa yang dilaksankan akan tidak membawa apa-apa makna baginya. Jadilah ia puasa pak turut sahaja.


Apabila merealisaikannya dalam amalan atau penghayatan ianya melibatkan anggota badan. di antara aktiviti menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa ialah tidak makan dan minum.seseorang yang tidak makan dan minum seharian akan merasai letih dan mungkin lesu, untuk mengelakkan daripada terlalu letih dan lesu, Islam menggalakkan orang yang berpuasa supaya makan sahur iaitu makan ketika selepas dua pertiga malam , mereka yang mengambil sahur pada waktu yang digalakkan iaitu hampir waktu Subuh mereka akan berpuasa dengan sempurna tanpa merasai keletihan atau kurang mengalami keletihan.
Berpuasa sudah tentulah melibatkan minda atau akal, akal atau minda berfungsi mengawasi segala-galanya supaya segala syarat sah puasa dipatuhi dan tidak batal, minda juga dilarang untuk mengkhayalkan tuntutan hawa nafsu terutamanya nafsu seks pada waktu siang hari.Mata dan telinga mesti dikawal supaya tidak melihat dan mendengar perkara-perkara yang dilarang, contohnya mendengar dan melihat perkara yang menaikkan nafsu syahwat, mendengar dengan asyik atau turut serta mengumpat dan seumpamanya.Perkara yang digalakkan untuk aktiviti telinga dan mata ialah mendengar atau melihat al.Quran ( membacanya), mendengar ceramah motivasi ke arah kebaikan juga digalakkan.

Hidung dan mulut, hidung dilarang menghidu atau mencium sesuatu yang dilarang seperti yang disebutkan di dalam panduan berpuasa, mulut dilarang makan dan minum, mengumpat, berdusta dan lain-lain.

Demikianlah anggota badan yang lain seperti kaki, tangan dan kemaluan, semuanya perlu
dijaga supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang,terutamanya menjaga supaya tidak mendedahkan aurat di khalayak ramai Penjagaan ini bermula sejak terbit fajar Sadik sehinggalah terbenam matahari. Maka mereka ini akan bergembira ketika berbuka iaitu sebaik sahaja terbenam seluruh bulatan matahari.

Bayangkan betapa gembira dan sukanya orang yang berpuasa setelah sehari suntuk tidak makan dan minum tiba-tiba sampai waktu berbuka dengan hidangan yang lazat-lazat yang memang disediakan sejak awal petang lagi, ketika ini makanan yang tidak lazat pun menjadi sedap dan lazat.Dua ketika istimewa bagi orang yang berpuasa ialah ketika mereka berbuka dan ketika menemui Allah di akhirat nanti.
___________________________

Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id, Sesungguhnya Allah berfirman:
Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.


_____________________________

Sekian...Wallahu aklam.

Jom... kita buat anjakan cara berhari raya Aidil Fitri.

Salam semua.
Jom...kita buat anjakan cara berhari raya Aidil Fitri.

Pada pagi ini saya terpanggil untuk menukilkan semula apa yang telah diutarakan dan disampaikan oleh Rasulullah.s.a.w. walaupun saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengutarakan perkara ini kerana budaya kita berhari raya telah direalisasikan sejak lama dahulu, ianya melekat kukuh di dalam minda orang kita dan kelihatan sangat sukar untuk dicuit dan diubah budaya tersebut, berlebih-lebih lagi aktiviti ini menyeronok dan melazatkan serta sangat sesuai dan selari dengan nafsu kita, budaya suka berseronok ini melibatkan semua peringkat manusia bukan sahaja remaja, orang dewasa juga mempunyai cara mereka yang tersendiri.

Saya bukan sesiapa yang bernama besar dan berpengaruh, maka saya anggap tulisan ini hanyalah sembang-sembang yang bermanfaat tanpa merealisasikannya, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan daripada bercakap yang bukan-bukan yang mungkin terperangkap dalam kancah umpat-mengumpat yang diibaratkan umpama makan daging saudara sendiri dan yang pastinya perbuatan tersebut pula dapat mengurangkan pahala puasa.

Kembali kepada Al.Quran dan Al.Hadith serta kembali kepada kita-kitab yang digunakan sebagai buku teks untuk pengajaran di masjid dan di surau-surau,juga di sekolah-sekolah, Pusat Pengajian Tinggi dan di mana-mana sahaja, jelas di sana menyatakan bahawa 1hb.Syawal itu disuruh berhari raya malah dilarang sama sekali berpuasa pada hari tersebut. Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut hukumnya berdosa.

Juga jelas dan terang , di dalam pengajaran itu menyatakan bahawa 2hb.Syawal sehingga 7hb.Syawal disuruh berpuasa sunat, walaupun masih boleh berpuasa pada hari-hari selepasnya tetapi ditegaskan bahawa pada tempoh itu adalah afdal ( paling utama), adakah, kalau kita diberi peluang membuat pilihan kita akan memilih yang kurang baik, dalam kumpulan yang begitu ramai memilih yang kurang baik, mengapakah terjadi demikian rupa, cara yang kurang baik menjadi budaya dan mengabaikan cara yang paling baik.

Apa salahnya kita mengurangkan perbelanjaan berhari raya cara yang kurang baik ini dan disimpan atau membuat tabungan wang untuk kita berhari raya besar-besaran pada masa kita menyambut Hari Raya Korban nanti kerana di sana diberi masa lebih panjang iaitu 10hb.Zulhijjah sehingga 13hb.Zulhijjah setiap tahun, wang yang mungkin dibazirkan kerana menyambut Hari Raya Aidil Fitri di luar ruang afdal itu dapat dibawa ke sambutan Hari Raya Korban dan melaksanakan sunat korban di sana, bukankan cara ini lebih bijaksana dan suatu anjakan yang bijaksana juga.

Siapakah yang selayaknya mengajak untuk memurnikan cara berhari raya ini dan seterusnya membuat sedikit anjakan ke arah yang afdal atau lebih utama, sudah tentulah para pemimpin yang beragama Islam, bermula dengan pemimpin rumahtanga, pemimpin ahli keluarga, pemimpin kampung, pemimpin di peringkat daerah, negeri dan seterusnya negara.

Saya percaya anjakan ini akan membawa kepada kebaikan, kesucian ibadat dan dapat mengurangkan pembaziran serta kelekaan dunia, ibadat adalah ibadat, kita tidak mungkin menipu diri sendiri dengan menyatakan kita melaksanakannya kerana beribadat dalam situasi kita mengetahui bahawa apa yang kita lakukan itu tidak merujuk dengan tepat kepada sumbernya yang sebenar. Rujukkan kita telah diusik oleh amalan adat yang telah mengatasi ibadat.

Sekadar lintasan mindaku di kala fajar sadik.


Sekian...Wallahu aklam.

Friday, August 20, 2010

Mendengar bacaan al.Quran pun mendapat pahala (5).

Salam semua.

Kini terdapat berbagai-bagai kaedah mempelajari bacaan Al.Quran ( Tilawah Al.Quran ), jika kita merujuk kepada kaedah lama pendekatannya dengan mengeja terlebih dahulu, sebagai contohnya: alif fathah "a", ba fathah "ba", ba dzummah "bu" atau cara Melayunya alif baris di atas "a", ba baris di atas "ba" dan ba baris di depan "bu". Namun demikian kaedahnya para pelajarnya tidak ramai yang terkandas kecuali mereka yang betul-betul akalnya lemah sahaja yang tercicir atau tidak mampu menguasai bacaan, Sebaliknya pengajaran berbagai kaedah yang digunapakai sekarang ini yang kelihatan lebih hebat tidak mampu menghalang pelajar dari keciciran atau tidak menguasai bacaan.

Adakah kerana kaedah yang digunakan yang menyebabkan mereka tidak mampu membaca al.Quran? . Buat menjawabnya, rasanya bukanlah kaedah yang menjadi penghalang atau menggagalkan pengajaran, tetapi, sebaliknya bilangan pelajar yang terlalu ramai berhadapan dengan guru itulah punca gagalnya pengajaran, keadaan ini menyebabkan setiap murid mendapat purata masa berkualiti bersama guru sangat sedikit, kalau masa diberikan 4o minit dan mengajar 40 murid, apakah aktiviti yang guru boleh buat sedangkan pengajaran Tilawah al.Quran memerlukan talaqqi dan tasmik ( Baca dan dengar ) serta ditambah lagi dengan melihat mulut guru.Masa sesuntuk itu hanya boleh dibaca satu pihak sahaja, sama ada guru sahaja membaca atau murid-murid sahaja yang membacanya seorang demi seorang tanpa apa-apa teguran, kalau ini situasinya pula pengajaran tidak berfungsi.Kalau muridnya membaca serentak beramai-ramai, suara bacaan itu bukan lagi milik individu, pengajaran membaca al.Quran, pendekatannya lebih kepada pendekatan pengajarannya secara individu.

Pada hemat saya inilah sebenarnya punca para pelajar kita tidak boleh membaca iaitu murid terlalu ramai di dalam sesuatu kelas menyebabkan masa yang diperuntukkan itu tidak mencukupi....Wallahu aklam.


Jom. Klik dengar qari terkenal membacanya.

Surah Ar.Ra'd (13) - Qari : Abdul Basit Abdul Samad.
http://173.193.202.116/basit/013.mp3

http://173.193.202.116/basit/013.mp3


Surah Ibrahim (14) - Qari : Abdul Basit Abdul Samad.

http://173.193.202.116/basit/014.mp3



Surah Al.Hijr (15) - Qari : Abdul Basit Abdul Samad.

http://173.193.202.116/basit/015.mp3