Sunday, June 17, 2012

Program Cintakan Masjid - Video

Salam semua.

Dalam usaha menjinakkan masyarakat dengan masjid.  Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor  mengadakan Program Cintakan Masjid pada 26/27 Rejab 1433 bersamaan 16/17 Jun 2012 berbagai acara disediakan, alhamdulillah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

 
Persiapan akhir untuk acara malam.
  
Persipan akhir untuk siaran langsung - TV ALHIJRAH
Pengkisahan Sirah Nabi secara berlagu.

 
Di penghujung program
  
Acara malam ini berakhir di sini.
.

Saturday, June 16, 2012

TV ALHIJRAH sedang beroperasi di Program Cintakan Masjid - video

Salam semua.

TV AlHijrah sedang beroperasi mungkin siaran langsung/ rakaman (tidak pasti), apa pun yang sedang berlaku mereka semua sedang  menjayakan Program Cintakan Masjid yang dianjurkan oleh Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam. Selangor.

Tarikh : 26/27 Rejab 1433 - 16/17 Jun 2012.

 

Jika anda klik youtube di penjuru kanan (bawah), anda akan dapat banyak lagi video yang dipaparkan untuk anda. kemudian klik leewantam yang tertera di atas video (kiri) akan muncul semua video leewantam.

Video -Bergotong-royong menjayakan Program Cintakan Masjid - video

Salam semua.

 Melawat ke gerai-gerai yang mengambil bahagian bagi menjayakan program ini. Selepas solat Maghrib akan diadakan jamuan untuk para jamaah yang turut menjayakan aktiviti memakmurkan masjid ini.

Galeri Gajirkaligrafi -Video.

Salam semua.

Dalam menjayakan Program Cintakan Masjid berbagai aktiviti dianjurkan untuk faedah pengunjungnya - Program dianjurkan oleh Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aiz Shah ( Masjid Negeri ) Shah Alam.
Gajirkaligrafi juga turut serta dalam menjayakan Program Cintakan Masjid .

 Perkhidmatan yang disediakan oleh galeri ini di antara:
- Lukisan kaligrafi on canvas.
- Nama dalam tulisan Jawi.
- Seni Khat Tradisional.
- Design Logo.
- Abstrak.
- Kelas Tulisan Khat hujung minggu.
- Bengkel Tulisan Khat.
- Pameran dan Ekspo.

Lokasi asal geleri ini.
No. 32 GF. Jalan 7/7A . Seksyen 7.
43650 Bandar Bangi Baru.
http//galirkajigrafi.blogspot.com

 

Friday, June 15, 2012

Dijemput ke Program Cintakan Masjid - video

Salam semua.

Tuan Sheikh Mustafa Imam Masjid Negeri Shah Alam menjemput anda semua ke Program Cintakan Masjid dan Program memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj. Berbagai acara disediakan termasuklah bersama TV ALHIJRAH, Selangor berselawat, acara sukan dan lain-lain.

Tarikh : 26/27 Rejab 1433H - 16/17 Jun 2012.