Thursday, November 27, 2008

AKU MASIH MENCARI

AKU MASIH MENCARI

Di manakah mereka, Di manakah anda.

Lokasi ingatanku bersama anda.
Hulu dan hilir, bandar dan desa.
Datang mencari ilmu semat
di dada.
(Gambar - keluarga Shaharudin Hj.Sidek )
Pontian Kecil, Pontian Besar,
Gelang Patah. Bukit Besar,
Bukit Ramun, Mersing,
Air Hitam , Kluang,
Kota Tinggi, Kulai,

Endau, Air Baloi.
Kulai dan Skudai.

AKU MASIH MENCARI ANAK-ANAKKU.

Wan Nik Muda, Shaharuddin Sidek, Miskam, Ahmad Istat, Zakaria Sarman, Nordin Sarijo, Abd.Rahman Ahmad, Mohd.Tuah Sabtu, Kamaruddin Mersing, Mustafa Aris, Azlan Abd.Hamid, Abd.Rahman Hasan, Abd.Rahim Kadri, Roslan Jailani. Mohd.Kamsani, Sehat. Banian, Mustafa Ain.Nurul Huda Pontian, Marhalim Samori.

Jaya Salam, Pontian ???

Omar Ahmad. Rohani Dal. Anuar Abd.Rahman.Norhuzaili Kota Tinggi.Abd.Aziz Abd.Rahman, Mohd.Rafie Abd.Razak. Muhammad Jamhari, Mahmud, Nordin, Syed Husein dan ...........................................

Ramai Lagi dan Ramai Lagi,

Di manakah anda,
Siapakah masih ada, siapakah yang tiada.
Pantai Lido, Bukit siren, masih dalam ingatan,
Kampung Baru, Sungai Chat, duduk berjiran

Kampung Mohd.Amin tempat kediaman.
Jalan Kapt.Mohd.Amin jalan laluan.
Mijor Paiman tinggal sebilik.
Pak Saidi Jiran yang tua,
En.Ibrahim jiran terdekat.
Cikgu Kalthom dan keluarga En.Ah Kaw sangat prihatin.
Asrama jadian alat serba kekurangan.
Akulah bapa, akulah ibu.
Akulah kawan, akulah guru.
Mijor Paiman sama-sama membantu.
Abd.Rahman Hj.Daud abang angkat yang pandai memasak.
Khadijah Jidon kakak angkat yang cergas dan lincah.

Maktab Sultan Abu Bakar ( EC ) ,
Gedung berbagai pengetahuan dan Ilmu.
Di sinilah berakar, di sinilah berpasak.
Di sinilah benihnya kusemai dan kutanam.
Aku tinggalkan ketika berbunga.
Entah berbuah, entah tidak.
Aku semai islami dan kutanampun islami.
Tetapi di tengah-tengah ladang sekulari.
Kini aku mencari inginkan kepastian.
Hidup islami atau hidup sekulari.

Masih kuingat,

Bandar Jay Bee menjadi tumpuan.
Hari minggu mereka berpergian.
mencari bekalan untuk harian.
Pada diriku mereka pohon keizinan.
Keluar asrama sekadar berurusan.

AKU MASIH MENCARI DAN MENCARI

Insya Allah suatu hari akan aku temui.

Sekian...Wallahu aklam.

6 comments:

jannahazwan said...

Semoga abah bertemu dengan anak2 murid abah...yang abah dok cita selalu.amin.

Leenoh said...

Insya Allah,
Tuhan itu Maha Berkuasa, berusaha dan berdoa, lambat laun akan berjaya.

Wassalam.

Yunus Badawi said...

Leenoh org Johor ke? Kami sekeluarga pernah tinggal di Tmn Nong Chik pd 1992 -1993.
Temi kasih kerana sudi melawat laman blog saya.

Leenoh said...

Saya berasal dar Kedah, tempat-tempat yang disebut itu adalah tempat kenangan dan nama yang disenaraikan itu adalah anak murid saya yang berasal dari tempat-tempat tersebut. ( pernah tinggal di JB )
Wassalam.

Anonymous said...

Assalammualaikum Guru Leenoh ku yang ku hormati dan disayangi serta keluarga yang dicintai,

Alhamdulillah di pertemukan kita di dalam ruangan ini. Saya memang masih tercari2 dimanakah Guruku ini.

Saya adalah anak murid Cikgu yang bernama Shaharuddin Sidek.

Cikgu Leenoh, hasil anak didik Cikgu ramai yang telah berjaya dan mendapat tempat di Jabatan 2 Kerajaan dan Swasta.

Saya Alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak (3 perempuan dan seorang lelaki) Farah Hani (17), Farah Liyana (13), Farah Nadiah (10) dan Muhammad Farid (8). Isteri saya Zaharimah Abdul Kadir seorang Doktor, Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

kali terakhir saya berkomunikasi dengan Cikgu ialah tahun 80an ketika saya menuntut di London dalam bidang Kejuruteraan Awam.

InsyaAllah banyak lagi kita boleh mengimbas kembali zaman silam kita bersama.

Kepada anak2 Cikgu Leenoh, Abah anda telah banyak menabur jasa dan bakti yg tidak dapat dinilaikan kepada anak2 bangsa di Johor,kebanyakkan malah semua anak didik Abah (Cikgu Leenoh) menjadi orang yang berguna dan berbakti Kepada Ugama Bangsa Dan Negara.

Semoga kita berhubung semula serta mengeratkan lagi tali silaturrahim kita yang terpisah lama sejak 1976 (32 tahun).

Salam hormat dari saya,
Anak murid setia Cik Gu

Ir. Haji Shaharuddin Hj Sidek
Pengurus Besar
Pantai Medivest Sdn Bhd

h/p : 019-3291975
email: shaharuddin@medivest.com.my

Leenoh said...

Waalaikumussalam.
Alhamdulillah, Tuhan itu Maha Berkuasa kalau Dia izin usaha baik yang kita lakukan insya Allah berjaya.
Allah telah menggerakkan hati awak untuk membaca dan melayari blog saya dan berkat pun tiba.
Insya Allah esok (sabtu) saya akan balik ke Alor Star dan selepas itu jika diizinkan Allah kita boleh berjumpa atau datang ke rumah saya di Subang Jaya. itu pun kalau awak tinggal berdekatan.

Terima kasih , kerana telah memberi respon tersebut, saya amat bersyukur kepada Allah walupun hanya baru berutus surat melalui blog dan email.

Sampaikan salam saya kepada anak-anak dan isteri serta ibubapa jika mereka masih ada.

Berjumpa lagi. Wassalam.