Wednesday, January 21, 2009

Kembali bicara lagi pasal Amerika.



_____________________________________


Obama, Obama, Obama, Obama.
Manusia berasal dari Kenya.
Obama, Obama, Obama, Obama.
Nama manusia warga Amerika.

Jika mahu disebut sempurna.
Namanya Barack Hussein Obama.
Tempat di Jepun bernama Obama.
Penduduknya rasa bangga bersama.

Pindah randah bukan dihalau.
Mengharungi hidup terpaksa bersabar.
Indonesia negara banyak berpulau.
Di sini pernah Obama belajar.

Presiden Amerika Syarikat ke 44.
Harapan dunia memberi kebaikan.
Baiki negara jatuh merempat.
Angkara Amerika ceroboh sempadan.

Presiden berkuasa membuat angkara.
Angkara heboh sampai kini.
Allah berkuasa ubah Amerika.
Malah seluruh alam ini.

Kulit hitam, kulit putih.
Segalanya hasil ciptaan Allah.
Putih, hitam hanya anugerah.
Bukan boleh tunjuk megah.

KehendakNya tidak mampu diubah.
Mungkin semua mengadap Kaabah.
Dari kapitalis menjadi mudarabah.
Tiada siapa boleh telah.

Yahudi Israel punya jadah.
Palestin,Pakistan,Afghan bermasalah.
Tugas Obama usaha ubah.
Peluang rakyat kukuh syahadah.


Islam mudah untuk difahami.
Untuk manusia penghuni alam.
Penduduk Amerika boleh pelajari.
Luaskan pandangan kenal alam.

Obama, juga semua pemimpin.
Kuasa ditangan bukannya mainan.
Jalankan keadilan sebelum talqin.
Di hujung usia nanti berlampin.

Sharon berehat sambil tersiksa.
Batang kayu ibaratnya badan
Di mana ego, di mana kuasa.
Akhirnya membisu seribu penyesalan.

Di mana ego, di mana kuasa.
Akhirnya membisu seribu penyesalan.
Prihatin orang punya kuasa.
Muhasabah diri sebagai ingatan.

Obama pemuda berkulit hitam.
Anak negeri berkulit putih.
Dia juga anak Adam.
Allah tentukan dia terpilih.

Rasa gembira dan ceria.
Bukan kerana Obama mulia.
Jatuhnya ketua pengganas dunia.
Semoga dunia mendapat bahagia.

Tidak beza hitam putih.
Nalai baik hendaklah disemai.
Marilah menjana kehidupan bersih.
Untuk hidup aman damai.

20 Januari dua ribu sembilan
Angkat sumpah pegang jawatan.
Kini Obama berada di hadapan.
Menjadi pemimpin penuh harapan.

Apakah harapan tinggal harapan.
Atau soldadu balik pangkalan.
Sementara ini tunggu dan berangan.
Marilah kita berdoa kepada Tuhan.

Sementara tunggu dan berangan.
Marilah kita berdoa kepada Tuhan.
Untuk berhasil yang berangan.
Agar dunia menjadi aman.
______________________________________________________

Barack Obama berjanji akan baiki hubungan dengan masyarakat Islam
_______________________________________________________

24 comments:

jannahazwan said...

sejarah obama ada dalam ni rupanya...tadi baru dok cari.

Leenoh said...

Ada sikit ja nak ooi. carilah lagi

Prof Azie said...

Obama ni nampak macam sama je dengan president yang lepas-lepas...takut jadi lagi teruk je

Leenoh said...

Sekarang ini agaknya tempoh masa untuk kita berangan ja,

Apapun sama-samalah kita berdoa kepada Allah semoga kebenaran itu akan terserlah akhirnya.

Wassalam

KUNTONG said...

Diharap Obama tidak seperti yang lepas. Kita tunggu dan lihat.

Wassalam.

Leenoh said...

Kalau dia juga seperti yang telah lepas, kita akan semakin lemas.

Berdoalah agar Allah beri hidayah pada dia, ini bukan satu perkara mustahil.

Apabila Allah kehendaki sesuatu berlaku, Dia hanya berkata jadilah maka perkara itupun jadilah seperti yang dikehendakiNya.

Wassalam.

Anonymous said...

tu la...tempoh untuk kita sedapkan hati sendiri...cuma mampu mengharapkan obama bawa perubahan yang lebih baik kepada keamanan sejagat.

p/s: suka lagu 'obama' kat buletin utama tadi :p

sentosa77 said...

best la puisi ni Pak Ngah, tertarik dgn rangkap yng sebut 'Dia juga anak Adam, Allah tentukan dia terpilih'.. siapa tahu kalau suaatu hari dia memeluk Islam... : )

Leenoh said...

PJ,

Memang sekarang merupakan semacam satu tempoh menunggu bagi seluruh umat Islam di dunia sama ada Obama juga 2x5, 5x2 jawapannya serupa.

Buat masa ini kita bersangka baik dan berdoa.

Wassalam.

Leenoh said...

Insya Allah, itulah doa kita, dah ramai yang kita tidak sangka-sangka tiba-tiba memeluk Islam.Ini berlaku sejak zaman dahulu lagi.

Bukan semua kafir itu mereka kafir selama-lamanya dan sebaliknya yang beriman pun boleh berlaku sebaliknya.

Maka sebab itulah kita disuruh supaya sentiasa berdoa untuk mendapatkan husnul khatimah ( penyudah yang baik ).

Wassalam.

Baka Kelana said...

Mantap sangat syair nya


sayang obama tak peduli pada palestina

Leenoh said...

Kita berharap Obama akan baiki hubungan dengan masyarakat Islam seperti yang dijanjikan.

Wassalam.

Anonymous said...

Indah syair tu!
Al-kisahnya pada tahun 2004 (baru jadi Senator), Obama pernah bersembang dengan rakan abang Long di Langkawi. Memang banyak rahsia dia yang orang ramai tak tahu.

Apapun dia sahajalah harapan kita untuk memertabat kembali maruah Islam di dunia. Sebagai pemimpin dunia paling berkuasa, aku doakan semoga Allah buka hijabmu Obama dan berikan taufiq hidayah semoga dunia kembali aman...once a Muslim, will always be a Muslim.

p/s: Mungkin Leenoh dah tahu kenapa dia angkat sumpah Presiden 2 kali...2 kali pegang "kitab". Sekali di khalayak, kali ke-2 di Whitehouse secara tertutup.

Leenoh said...

Bagi saya cerita pasal angkat sumpah tu. Sdr.Zaidi ali adalah orang pertama yang cerita mengenainya, yang tertutup tu saya boleh agak. kalau begitu harapan kita akan semakin tinggi.

Insya Allah akan berlaku seperti yang diharapkan.

Wassalam.

Anonymous said...

Leenoh boleh tengok gambar Sumpah Tertutup di blog saya.
Sekarang orang2 Amerika dah buat kesimpulan mereka.:

"If the second oath was legally the one that counts, then one can say he was sworn into office without using a holy book!!"

Depa dah kantoi dengan Obama. Bukan cerdik sangat American nie.

Leenoh said...

Saya telah baca blog Zaidi Ali tadi dan buat ulasan ringkas.

Semoga kehidupan kita akan lebih bersih dan suci pada masa akan datang. Insya Allah.

Wassalam

Anonymous said...

Leenoh/Bloggers,
Ada sepotong doa yang diselitkan di celahan bata Tembok Burak, Jerusalem (tempat Rasulullah megikat tunggangan Burak sejurus sebelum peristiwa Israk-Mikraj. Sekarang ditempat yang sama kaum Yahudi berdoa di dinding).
Berbunyi begini:
"Tuhanku..Lindungilah aku dan keluargaku. Ampunilah dosa-dosaku dan tolong hindari aku dari rasa riak dan putus asa. Berikan aku kebijaksanaan untuk melakukan perkara yang benar dan adil. Jadikan lah aku sebagai alat untuk memperlaku seperti mana kehendakMu".

Siapa2 yang arif tentang doa,pendapat anda sangat dihargai:-

Apakah agamanya orang yang berdoa & kepada Tuhan manakah ia bermohon?

Apakah darjatnya sipemohon yang merasakan dirinya boleh diperalatkan oleh Tuhan seperti kehendakNya?

Leenoh said...

Walaupun rangkaikta doanya sangat indah dan mempunyai kualiti dari segi bahasa dan kelihatan baik tetapi aqidah dan kepercayaannya tidak benar serta ingkar perintah Rasul.

Maka doa tersebut tidak membawa apa-apa erti lagi bagi mereka.

Perkara paling utama bagi manusia ialah makrifatullah ( kenal Allah ) selepas itu barulah beralih kepada perkara yang lain seperti ibadat dan seumpamanya.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )

Wassalam.

Anonymous said...

Terima kasih Leenoh atas pendapat yang padat. Saya pun tiada jawapan kepada soalan2 tersebut, sebab itulah saya perlukan pendapat.

Soalan ini pula tiada kena mengena dengan akidah, makrifatullah maupun ibadah.

"Selepas selesai solat subuh di Masjid Zahir di suatu pagi Ahad di subuh pagi Aidilfitri (jemaah hanya 10 orang termasuk seorang imam)...di sebelah kanan aku terpandang seorang lelaki Eropah berketayap putih manakala di sebelah kanan aku terpandang seorang lelaki Cina berketayap hijau. Kedua-duanya kelihatan peramah dan seperti ingin menyapa aku. Terdetik di hati untuk bertanya kedua lelaki tersebut. "Apakah saudara berdua beragama Islam?"....sambil berastaghfar.

Patutkah saya bertanya soalan begitu?

Wassalam.

Leenoh said...

Pada pendapat saya dalam keadaan begitu kita hanya bersangka baik sahaja,

kalau terlintas syak begitu tentulah mengambil masa yang panjang untuk mengetahuinya. Pernah pada zaman dahulu (tak ingat masanya) pernah seorang Yahudi bergaul rapat dengan orang Islam dan sentiasa ke Masjid bersolat jamaah rupa-rupanya beliau telah menggali suatu lorong daripada tempat tinggalnya ke arah Makam Nabi, ini disedari oleh seorang pemimpin yang solih bernama Zainuddin zengki melalui mimpinya setelah diselidik barulah pecah tembelang tersebut.

( Saya minta maaf kerana tidak berapa ingat cerita ini walau bagaimana pun mesejnya difahami )

Wassalam.

Anonymous said...

Sekiranya saya bertanya mereka berdua tadi sekadar untuk kepastian tidaklah jatuh hukumnya cuma mendatangkan aib kepada saya dan juga kepada mereka. Tetapi sekiranya saya berdiam "dengan syak wasangka" samalah seperti mengkafir sesama Islam. Saya bersependapat dengan Leenoh, hanya bersangka baik sahaja.

Tatkala mereka keluar dari masjid saya terlihat seorang lelaki Arab (rakan mereka yang baru sampai ke masjid)dan juga Si Cina tadi terkumat kamit beristighfar berkali-kali. Bila ditanya, Si Arab menyesal kerana menghukum Si Eropah itu Yahudi hanya kerana nota sepotong doa yang ditinggalkan Si Arab di celahan bata Tembok Burak semasa beliau pergi berdoa bersama Si Cina. Si Cina pula menyesal kerana memberi nota itu kepada Si Arab tanpa penerangan sebenar. Si Eropah mendapat kemuliaan darjat yang tinggi di sisi Tuhan kerana keteguhan makrifatullah, istiqamah dan niat yang betul sehingga berupaya berdoa walaupun di tempat suci Yahudi dan juga ganjaran berganda kerana diperalatkanNya untuk memberi kesedaran kepada manusia hinggakan beliau disangka Yahudi kafir...Wallahu aklam.

Leenoh said...

Terima kasih di atas ulasan lanjut yang penuh info itu.

Kalau ada berita terkini tentang dasar baru Obama diharapkan tidak lupa dimasukkan di dalam ruang komen ini.

Wassalam

Anonymous said...

salam,

saja nak singgah. saya pelajar dari mesir. saja nak drop by and ask you to youtube 'the arrivals' , 'phase 3' dan 'the divine book'.

harapan saya agar documentary ini lebih tersebar luas dan moga kita sama-sama dapat keberkatan Allah s.w.t

mintak diberi ulasan juga atas documentary tersebut.

wsalam.

Leenoh said...

Salam.

Saya belum membaca atau menontonnya, harap maaf.