Sedidik-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Mengapakah imam yang ditunjukkan di dalam gambar di atas berdoa mengadap makmumnya, tentu ada sebabnya yang tertentu, Ini dilakukannya, sudah pasti beserta dengan ilmu.
Beberapa andaian yang dapat diandaikan;
- Terdapat ibubapanya atau ke atas di kalangan makmum tersebut.
- Atau terdapat gurunya di kalangan makmum yang ramai itu - atau - ( Orang yang lebih mulia mengikut penilaian syarak )
Situasi yang lain;
Situasi biasa kedudukan imam beralih ke kanan sedikit , tetapi, jika di Raudah imam beralih ke kiri kerana di situ terdapat makam Nabi.( Perbuatan demikian itu dapat mengelakkan daripada membelakangkan Nabi )
kalau anda mempunyai pengetahuan berkaitan dengan info ini , tetapi tidak memberikan komen. Ini bermakna anda berada di dalam keadaan bersalah,
Ini bukan ugutan tetapi fikirlah sendiri...............ya fikirkan............silakan.
bergurau saja. hehehe.
JURAISH AL-MUHAMI said...
Memang ada hadith pasal imam memalingkan muka ke arah kiri (ketika di masjid Nabi) atau kanan (tempat lain) selepas solat.
Mengenai imam menghadap ke arah makmum, saya tak pasti. Tapi saya setuju dengan andaian tersebut. Qiyas yang sama dengan keadaan di Masjid Nabi. Imam tidak wajar membelakangkan orang yang lebih mulia drpdnya.Imam patut menghadap mereka yang dimuliakan.
Tapi soalan teka-teki saya: Masa bila imam boleh atau disunatkan menghadap ke kiblat ketika berdoa tanpa menghadap ke arah makmum, atau ke kiri atau ke kanan?
- Imam berdoa mengadap ke kiblat ketika;
- Bersolat di kaabah,
- Mengimamkan solat Jenazah.
Sekian. Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).
Wassalam.
Wassalam.
14 comments:
Betul sekali sahabat
Dari sedikitlah jadi banyak
Yang penting kita mau berusaha dan bekerja
Terima kasih atas ulasan itu.
Semoga Allah memberkati saudara,
Insya Allah.
Wassalam
menarik info ni. sebelum ni tak tahu pun saya :)
leenoh,
aku pun tak tau juga.Yang aku tau bila berdoa imam tu kena berat sikit ke kanan.Itu pun sunat saja.
Kalau tak rosakkan akidah tak perlu kita pertikaikan.
Yang nak pertikaikan ialah terang2 kita tak mau laksanakan hukum Islam.Bila orang hina Islam kita marah,tapi kita ni tak hinakan Islamkah ?
Sdr. Faisal,
Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.
Insya Allah.
Sdr. Pak Cha.
Saya saja tinggalkan ruang untuk kawan-kawan tambah, mungkin mereka ada banyak lagi info-nya.
wassalam.
Pak Ngah,
Nanti saya cuba check kalau2 ada dalil dari hadis yang boleh membantu, sebagai tambahan info. Anyway, info yang baik.
Hani.
Terima kasih. Itu adalah cadangan yang baik, berdakwah perlu ada jaringan yang mantap.
wassalam
Tahniah, persoalan yg jarang kita fikirkan, tapi mustahak untuk di ketahui dan di pelajari.
Wassallam.
Amalan sunat sahaja, dalam pada itu mungkin terdapat pendapat yang lain lagi, Ini yang lazim kita amalkan.
Wallahu aklam
sy pun x tau..tp skrg dh tau..baguslah imam ngadap makmum bila berdoa ni..
Imam mengadap makmum ketika tertentu sahaja,
Ini hanyalah sunat.
Wassalam.
Memang ada hadith pasal imam memalingkan muka ke arah kiri (ketika di masjid Nabi) atau kanan (tempat lain) selepas solat.
Mengenai imam menghadap ke arah makmum, saya tak pasti. Tapi saya setuju dengan andaian tersebut. Qiyas yang sama dengan keadaan di Masjid Nabi. Imam tidak wajar membelakangkan orang yang lebih mulia drpdnya.Imam patut menghadap mereka yang dimuliakan.
Tapi soalan teka-teki saya: Masa bila imam boleh atau disunatkan menghadap ke kiblat ketika berdoa tanpa menghadap ke arah makmum, atau ke kiri atau ke kanan?
Sdr. Juraish Al-Muhami.
Terima kasih kerana saudara tidak membiarkan saya bersendirian.
Saya juga terjumpa dalam tiga keadaan tersebut jua.
Wassalam.
Post a Comment