_______________________________________
Karnival Mesra Majlis Agama Islam Selangor yang sedang diadakan di kompleks PKNS. Shah Alam. Aktiviti ini saya mengetahuinya setelah terbaca promosinya di laman blog Nurhanisalwa.com.
seperti tertera di atas.
Pagi tadi saya bersama keluarga pergilah ke sana. Gerai pertama yang saya singgah ialah gerai Tulisan Khat Cina
(Kali grafi ),
Nurhani Salwa
sedang memberi taklimat.
Kaligrafi ( Khat ).
__________________
Ayat-ayat yang ditulis biasanya terjemahan ayat-ayat tertentu daripada al.Quran, al.Hadis dan kata-kata hikmah yang menjurus kepada kebaikan. Cara ini juga sebahagian daripada kaedah berdakwah.
Salah seorang daripada mereka yang fasih berbahasa Melayu telah memberi penjelasan ringkas kepada saya.
_________________
kemudian ke Klinik Al.Quran di sini saya berada agak lama juga kerana sya diminta membaca Al.quran untuk menilai tahap bacaan saya. Saya tidak keberatan membacanya, bacaan saya itu dinilai oleh seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Beliau ialah Us.Mohammad Nor Salami Hj.Masri, Timbalan Pengurus Masjid Darul Ehsan,Subang Jaya. Beberapa teguran diberikan untuk saya meningkatkan lagi prestasi bacaan. Saya mengucapkan terima kasih dan dengan itu beliau adalah guru saya walaupun cuma beberapa teguran diberikan, walaupun satu huruf seseorang itu mengajar kita beliau adalah guru kita.
Us.Mohammad Nor Salami
Saya membaca surah Al.Mulk ( Tabarakallazi) dari mula sehingga tamat.
Tidak saya sangka selepas itu MAIS bermurah hati memberikan saya cendera hati atau penghargaan. (Terima kasih), bagi saya ini adalah rezeki yang datang tidak disangka-sangka, kita hanya merancang Allah yang menentukan.
Cendera Hati
__________________
Selepas itu saya bergerak ke Gerai Khidmat Guaman Syarie. Pada hari ini saya sangat bertuah kerana dapat berjumpa dengan ( Dua Peguam Syarie dan ). Nurhani Salwa bt Jamaluddin dan Jurish bin Kamaruddin. iaitu rakan bloggers yang sering memberi ulasan di laman blog Kehidupan Bersih dan begitu juga saya sering memberi ulasan di laman blog mereka. Saya ke sana sebenarnya menaruh harapan menemui mereka berdua dan seorang lagi ialah Us.Amin , juga seorang Peguam Syarie , rupanya Us.Amin tidak bersama mereka.
Saya berbual panjang lebar dengan Us. Juraish.
Juraish ( http://juraish.blogspot.com )
Bersama Us.Juraish
Kemungkinan semasa saya sedang berbual dan bertilawah al.Quran ada yang snap gambar saya dari belakang. disnapkan untuk laman blog mereka , saya kurang pasti tetapi rasa macam ada. ( ya betul, itu dia, copy dari blog Hani: baru edit ) kita tunggu dan lawati laman blog mereka terutamanya Nurhanisalwa.com.
Program Derma Darah.
maaf tidak sempat bertaaruf .
Hanya sekadar ini yang saya sempat rakamkan untuk anda.
Sekian. Wassalam.
____________________________
Mereka memberi maklumbalas:
- Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...
Salam Pak Ngah,
Terima kasih datang tadi. Terperanjat juga, tapi seronok sebab selalunya jumpa di alam maya, akhirnya jumpa di alam nyata.. Segak orangnya Pak Ngah kita ni.. hehehe.. Cuma rasa terkilan sebab tak sempat belanja ngeteh tadi. Tak sempat, sebab diminta beri taklimat mengenai bahagian undang-undang MAIS dan klinik guaman syarie yang kami anjurkan sempena karnival mesra MAIS. Insyaallah, nanti saya anjurkan pertemuan lain dengan ustaz Amin sama.. hehe. Terima kasih la sebab datang.. :)Esok datang lagi yer..- __________________________________
- Leenoh said...
Salam.
Di antara kita bertiga Pak Ngah kenal dulu. hehehe menang 2 : 1 . Terima kasih kepada anda semua atas layanan baik yang diberikan.
Selepas selesai nanti, jangan lupa beri informasi lengkap dalam laman blog Hani, Kalau boleh masukkan info mengenai pelukis atau penulis khat Cina ( kaligrafi )yang terlibat sama dalam karnival ini.
tak pernah derma darah. asal je ada kempen kat maktab ni, tak berkesempatan. berat tak cukup.
April 11, 2009 6:23 PM
Salam ijechan.
Banyakkan makan ulam yang rasanya pahit dan minumlah Tea Rooibos. Insya Allah sihat.
April 11, 2009 6:52 PM