Selamat Datang Ke Laman Blog
Kehidupan Bersih
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Janganlah segan silu untuk menjenguk-jenguk hasil penulisan dan pendapat saya melalui lebih daripada 138 topik untuk pilihan anda. Dan sudah tentu saya juga ingin mendengar dan membaca pendapat anda, jadi janganlah lupa untuk memberi komen.
Komen dan ulasan anda sentiasa dihargai.
Sekian. Wassalam.
________________________________
Apa kata kekawanku
- KUNTONG said...
anak sebagai hadiah dari satu ikatan kemesraan yang diredhaai oleh Allah swt.Juga merupakan satu tngjawab kepada bapa dan ibu.Anak wajib mengasihani ibupabanya bila ibubapa sudah tua. Justeru, memisahkan kasih sayang diantara kedua belah pihak adalah satu kesalahan /dosa yang mungkin tidak terampun,andaikata anak-anak tidak mengasihani ibubapanya akibat perpisahan yang tidak dipinta.
- Leenoh said...
Salam Sdr.Kuntong.
Memang benar dan itulah juga hakikatnya. Anak tetap anak, anak tetap anak kepada dua orang iaitu ibu dan bapa dan adalah haram dibinkan kepada bukan bapanya yang sebenar.
Ibu dan bapa adalah pelengkap kpd pendidikan, ibu tidak boleh menjalankan tugas bapa dan begitulah sebaliknya bapa tidak boleh menjalankan tugas ibu.
Oleh itu elakkan daripada perceraian, jangan ego bila bergaduh sebaliknya renungilah nasib anak-anak. wallahu aklam.
- zaidi ali said...
Firman Tuhan yang bermaksud,
"Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes air mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu MEMAHAMI (nya).
(al-Mukmin 40:67)
Sabda Rasulullah s.a.w menyebut bahawa setiap anak yang baru lahir suci bersih dalam keadaan asalnya iaitu Islam.
Sekiranya ibubapanya Islam, maka bayi itu pun jadilah seorang Islam.
Sekiranya ibubapanya yang Islam terus memberikan bimbingan agama yang kukuh, maka akan berterusanlah keteguhan iman anak itu.
Sekiranya ibubapanya yang Islam memberikan bimbingan agama yang lemah maka rapuhlah pegangan keimanan anak itu.
Setiap orang Islam adalah beriman, Cuma bezanya teguh atau rapuhnya iman itu, lemah atau kuatnya iman itu melawan godaan iblis yang sentiasa cuba menyesatkan. Namun begitu faktor penentu ialah akal fikiran yang dapat membezakan antara kebenaran dan kedustaan.
Setiap orang kafir adalah tidak beriman. Faktor pembatal ialah akal fikiran yang dapat membezakan antara kebenaran dan kedustaan. Walaupun lahir sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi, Tuhan masih memberi akal fikiran untuk memahami akan perbezaan di antara kebenaran yang membawa ketenangan dan kedustaan yang membawa keraguan. Mereka masih diberi peluang untuk meninggalkan kekafiran yang meragukan.
~ wallahu a'lam ~- Leenoh said...
Salam Zaidi Ali.
Sudah terang dan cerah, lihatlah kebaikannya dan kutip serta ambillah kebaikan itu untuk dijadikan panduan,
Demikianlah ibarat ulasan anda tidak perlu saya jelaskan lagi.
Terima kasih respon yang sangat baik untuk dimanfaatkan oleh kekawan.
salam...
anak yg baru lahir itu ibarat kain putih, kita ibubapa nie ler yang mencoraknya...moga2 jadi anak yg soleh dan solehan..muda2han..Amin..
April 1, 2009 10:01 AM
dusta itu menimbulkan keraguan...emmm..mendalam maksudnyer..
April 1, 2009 11:42 AM
Salam.Yanmie
Ya setiap saat dan hari kita sebagai ibu bapa memang tdak mengabaikan mereka.
Kalau diabaikan tentulah akan menyimpang ke arah lain.
Semoga anda berjaya mendidik mereka ke arah kemuliaan tersebut.
April 1, 2009 12:24 PM
Sdr.Dee.
Demikianlah pesanan dan peringatan Rasulullah.s.a.w. kepada umatnya.
Memangpun dusta itu menimbulkan keraguan dan membawa keburukan.
Marilah sama-sama kita menjauhinya.
April 1, 2009 12:30 PM
Salam...
Perasaan ragu dan was-was terkadang banyak yang mengalaminya ketika mahu bersolat atau sedang bersolat. Syaitan berusaha untuk memesongkan niat kita supaya terbatal amal ibadah.
Apapun, kita boleh menggunakan kaedah usul fikh yang berbunyi "Al-Yakin layuzalu bisyyak" maknanya setiap keraguan itu kita boleh hilangkan dengan keyakinan. Tetapi dalam hal yang memang kita ragu. Kalau sudah tahu air itu bernajis maka tidaklah sewenang-wenangnya menggunakan kaedah itu. Wallahhua'alam.
April 1, 2009 1:39 PM
Salam Ibnurashidi.
Komen dan ulasan seperti ini sangat-sangat diperlukan oleh sebahagian pembaca, diharap seringlah memberi ulasan demikian di mana sahaja anda berkesempatan, bukan sahaja di laman blog ini.
Ribuan terima kasih atas respon yang bermanfaat dan akan dimanfaatkan. Insya Allah.
April 1, 2009 1:50 PM