السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Pada pagi ini entri saya agak berlainan daripada kebanyakan entri yang telah lalu kerana tiba-tiba sahaja ilhamnya datang, kedatangan ilham tersebut agak mengejutkan, sudah tentu semuanya dalam perancangan Allah. Apakah tanggapan anda jika dengan tiba-tiba anda menerima E-Mail yang sangat menarik isi kandungannya daripada orang yang anda sendiri tidak mengenalinya.
Entri ini semata-mata ingin menguji tanggapan anda terhadap peristiwa yang tidak disangka-sangka datang mengusik jiwa anda. E-mailnya seperti berikut;
(Jangan salah sangka ini hanya ilham dan khayalan sahaja tetapi okay juga kalau nak sangka bukan-bukan pun sebab ini adalah ruangan tanggapan, he3).
________________________________________
Semoga berbahagia dan gembira selalu. Wassalam".
______________________________________________
Cintakan bunga .....bunga akan layu.
Cintakan manusia..... manusia pasti mati.
Cintakan Allah...... Allah kekal selamanya.
___________________________
Jika menerima surat atau Email seperti itu. Apakah tanggapan dan tindakan anda ?. sekarang zaman serba canggih, kekadang tidak berapa lama selepas menerima sms supaya mengemaskinikan akaun bank, tiba-tiba duit di dalam bank menjadi luak dan berkurangan.Cintakan manusia..... manusia pasti mati.
Cintakan Allah...... Allah kekal selamanya.
___________________________
_____________________
Tanggapan dan tindakan:
- Email itu diabaikan.
- Berwaspada dan berhati-hati.
Tidak marah kerana tidak mengetahui hakikatnya.
- Tidak menaruh kepercayaan terhadap mesej email tersebut.
_ Dipercayai itu adalah langkah pertama, sekiranya diberi respon akan berlaku langkah kedua yang mana di dalamnya tersirat rahsia yang tidak diketahui.
- Email seperti itu hendaklah dikategorikan atau lebih selamat diandaikan sebagai perancangan penipuan.
- Email yang menyatakan sesorang itu telah memenangi Cabutan Bertuah dan mendapat hadiah beratus ribu ringgit, adalah juga di dalam kategori penipuan.
__________________
Tanggapan dan tindakan:
- Email itu diabaikan.
- Berwaspada dan berhati-hati.
Tidak marah kerana tidak mengetahui hakikatnya.
- Tidak menaruh kepercayaan terhadap mesej email tersebut.
_ Dipercayai itu adalah langkah pertama, sekiranya diberi respon akan berlaku langkah kedua yang mana di dalamnya tersirat rahsia yang tidak diketahui.
- Email seperti itu hendaklah dikategorikan atau lebih selamat diandaikan sebagai perancangan penipuan.
- Email yang menyatakan sesorang itu telah memenangi Cabutan Bertuah dan mendapat hadiah beratus ribu ringgit, adalah juga di dalam kategori penipuan.
__________________
Sekian. Wallahu aklam. wassalam.
8 comments:
Salam : Waduh Pak Leenoh, tentu bertuah dengan tawaran yang jarang-jarang orang terima. Apa-apa hal pun, berwaspadalah, kerana zaman ini zaman yang agak susah hendak di fahami dan di ta'rifkan. Semua boleh terjadi. Wassalam.
Salam.
Hai hensem,memang patut pakai macam tu untuk jaga kesihatan.
Memang betul kena berjaga-jaga, ketul yang dilihat itu mungkin intan dan mungkin juga serpih kaca yang tajam.
lain macam je ni leenoh..apa2 pun ambillah langkah berhati-hati ye..takut2 terkena..
Salam.
Tanggapannya berhati-hati kerana bimbangkan keburukan. ok kita tunggu yang lain pula.tq
saudara leenoh,nampaknya saudara ada demand tinggi,jaga2lah .....
Ingat pesanan tok guru kita orang yg hendak berjalan menuju keredhaan Allah selalu diuji.Ujian boleh jadi bentuk pujian,kejian,manusia dan jin jelmaan manusia seperti terkandung dalam surah Annas.Inagatlah.....jangan yang dikejar tak dapat yang di kandung pula berporak peranda...he..he..he
Salam.
Saudara jangan salah sangka dan jangan bimbang, itu hanyalah modul untuk mengusik minda kekawan sahaja,
modul itu menyerupai serampang yang mempunyai dua mata.
Mata pertama untuk menguji tanggapan, manakala mata kedua untuk menyampaikan amaran bahawa dunia sekarang terdedah dengan manusia pura-pura, mereka ini melakukan penipuan melalui alam maya.
setakat ini belum berlaku di alam yang nyata, itu hanya alam khayalan sahaja seperti entri yang lalu khayalan Pembinaan Masjid Cina di setiap Bandara Raya di Malaysia.
Cuma olahannya saya mewas-was pembaca dengan memasukkan ayat-ayat yang meragukan sama ada cerita benar atau rekaan. Walaupun dinyatakan bahawa cerita itu sebagai ilham dan khayalan tetapi terdapat beberapa ayat sengaja dimasukkan supaya meragukan. Ternyata ramai yang merasakan ini adalah cerita benar.Mungkin mereka tidak baca betul-betul .
(Sebenarnya rekaan sahaja).
Hai pak ngah dah ade secret admirer tuh!but hati2 zaman kini dah terlalu sukar nak temui kejujuran.Tapi pak ngah tentu dah arif ngan bende2 cam nih.
Salam,Aida.
Tak de, itu cuma rekaan utk mengingatkan situasi zaman kini supaya kita semua berwaspada dengan penipuan maya.
Kalau cabutan bertuah dah banyak kali Pak Ngah terima email.
Alhamdulillah Pak Ngah tidak teruja dengan tawaran tersebut. sebab menyedari hakikatnya.
Post a Comment