Tuesday, November 17, 2009

Mensyukuri nikmat ( ni'amat ) Allah.

Salam semua.


Mensyukuri nikmat ( ni'amat ) Allah.

Pada Sabtu malam 14 November 2009 yang telah lalu, saya menghadiri Forum Hal Ehwal Islam yang dilangsungkan di Dewan Bawah Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam. Selangor.

Ketika saya sampai Us.Othman bin Ibrahim sedang memberi tazkirah, beliau sedang menjelaskan mengenai perlunya kita mensyukuri nikmat Allah dan sentiasa muhasabah diri supaya kita dapat mengenali diri sendiri dan hakikatnya yang sebenar, kalau tidak manusia sering melupai Allah yang mencipta mereka dan sekalian alam ini.


Katanya sesungguhnya manusia pada hakikatnya tidak mempunyai apa-apa. Segala apa yang mereka miliki hanyalah pinjaman, bukan milik kekal mereka, malah dunia ini pun dunia pinjaman.

Manusia mempunyai rumah besar, kereta besar, pelajaran tinggi, badan yang sihat dan bermacam-macam lagi tetapi semuanya itu adalah pinjaman, Allah pinjamkan kepada mereka.

Semasa masih ada dan memilikinya mereka patutlah bersyukur kepada Allah, sebuah rumah besar tidak akan dapat dibangun dan didirikan, sekiranya Allah tidak mencipta simen, kayu, batu, air, api, besi dan seumpamanya. Manusia sebenarnya tidak mencipta atau membuat rumah, kereta dan lain-lain tetapi mereka hanya sebagai penggubahnya sahaja bukan pencipta. Penciptanya adalah Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dan memiliki sifat-sifat kesempurnaan-Nya yang lain.

Badan manusia terdiri daripada kaki. tangan, kepala, dada, kemaluan, jantung, hati, bulu, rambut dan lain-lain, semuanya itu adalah harta pinjaman.Semua anggota tersebut amat bernilai tetapi manusia sering melupainya, mereka tidak merasai bahawa semuanya itu sangat bernilai melainkan setelah mereka tidak lagi memilikinya. sepatutnya sejak dari awal kita hendaklah mensyukuri semua nikmat tersebut dengan mentaati Allah dan rasul-Nya.

Sambungnya lagi.
Betapa berharga dan bernilainya sebatang kaki tetapi manusia tidak memikirkannya dan tidak menilainya semasa mereka sedang menggunakannya, cuba bayangkan kalau kita sudah kehilangan sebatang kaki, bukan dua batang kaki, bukan anggota lapan kerat tetapi, hanya kehilangan sebatang kaki sahaja, manusia akan mengalami kesusahan yang tidak dapat dibayangkan.


Tegasnya lagi.
Saya telah pun kehilangan sebatang kaki, sekarang saya tidak boleh lagi bergerak seperti dulu melainkan dengan bantuan kerusi roda dan seorang pembantu. Bersyukurlah kepada Allah dengan mentaati-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.


@@@@@@@

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi:

Bermaksud :“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu: ”Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, ingkar, sesungguhnya Azab-Ku amatlah pedih”.

Firman Allah Taala :
الذي جعل لكم الأرض مهدا، وسلك لكم فيها سبلا، وأنزل من السماء ماء، فأخرجنا به أزواجا من نبات شتى، كلوا وارعوا أنعامكم، إن فى ذلك لأيات لأولى النهى. (طه : ٥٣-٥٤ )


Terjemahan :
"Allah telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan, dan yang telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan, dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam. Makanlah dan peliharalah binatang-binatang ternakan kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal".


Firmannya lagi :


هو الذي جعل لكم الأرض ذلوﻻ، فامشوا فى مناكبها وكلوا من رزقه، وإليه النشور.(الملك : ١٥)


Terjemahan :
" Dialah Allah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah disegala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekinya. Dan hanya kepadanya jua kamu kembali setelah dibangkitkan.

@@@@@@@

Us.Othman bin Ibrahim adalah sahabat lama penulis, beliau merupakan seorang pendakwah bebas sejak tahun 80an lagi yang sering bersama Dato' Dr. Hassan Mohd.Ali. pada suatu ketika dahulu dan sekarang pun masih berterusan. Beliau juga seorang yang mahir dalam memberi bimbingan dan latihan pelaksanaan ibadat Qiammul Lail.


Walaupun dalam keadaan berkerusi roda beliau masih sanggup datang dari Sg.Petani ke Shah Alam semata-mata ingin meneruskan aktiviti dakwahnya.

Syabas Man.
Engkau memang hebat. Insya Allah ganjaran baik sedang menunggu anda.




Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

6 comments:

Mak Su said...

penting utk kita sedar dan mensyukuri nikmat, supaya kita tidak termelantun terlalu tinggi bila sesekali kita diuji sedikit.

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Betul-betul,Tapi Mak Su kekadang saya terlupa,sebab itu saya sering mengingatkan orang lain supaya saya tidak terlupa.

Ya lah ingat mengingat akan memberi manfaat kepada kita sendiri juga.

Memangpun Allah memberi gelaran kepada manusia itu sebagai melupa.

tinta kasturi said...

salam pak ngah

dunia ini sementara..

Leenoh said...

Salam Kasturi.

Ya dunia ini sementara tetapi kekadang kita leka dan terlupa.

Semoga Allah kukuhkan iman kita.

Nl said...

salam pak ngah...
bari hari ni saya buleh masuk blog pak ngah ni..........


owh, itulah ustaz yang pak ngah ceritakan dulu......

dia mmg hebat...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Ya. Dialah orangnya.

Kenapa dgn laptop Naqeeb, Dia demam kot. kan sekarang ni selalu hujan. jangan biarkan dia main hujan.

Dah lama tak buat entri baru Pak Ngah pun hampir lupa.....hehehe.

Satgi Pak Ngah pi melawat.sekarang ni nak keluak pi makan dulu.