Wednesday, February 17, 2010

Balik Kampung - Dalam Perjalanan - 01

Salam semua.



Beberapa hari sebelum (Sabtu 13.02.2010) saya merancang hendak balik ke kampung dan bertolak jam 5.00 pagi dan bersolat Subuh Di RR Paguh, memang benar manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan.

Sebenarnya kami hanya berjaya bertolak dari rumah jam 5.30 pagi dan sampai di Tol Air Hitam sudah masuk Waktu Subuh dan singgah bersolat Subuh di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam.




Alhamdulillah selamat sampai di Shah Alam jam 9.00 pagi, ahli keluarga yang lain sedang menunggu untuk bertolak ke Alor Setar, jam 10.00 pagi barulah kami pun bertolak ke Alor Setar.
Gulai daging kambing campur rias pisang.

Ikan terubuk dan haruan kering ( goreng).

Sampai di kampung tepat jam 7.00 malam. badan rasa amat letih, adik ipar dan anak saudara telah pun menyediakan berbagai jenis makanan yang kebanyakannya jarang diperolehi di Shah Alam.

Kesesakan jalan raya berlaku sebaik sahaja kami belok masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan di Tol Rawang, kesesakan ini berterusan sehingga Tol Simpang Pulai untuk mengelakkan kesesakan yang lebih meruncing jalan yang mempunyai dua lorong dijadikan tiga lorong dengan membenarkan penggunaan lorong kecemasan dan dikawal oleh pihak yang berkuasa.

Untuk mengelakkan dari kesukaran mendapatkan makanan kami mengambil keputusan masuk ke bandar raya Ipoh dan makan tengah hari di sana serta menunaikan solat di Masjid Sultan Azlan Shah.

Imej-imej di dalam kawasan masjid.

Selepas solat dan berehat kami pun bertolak balik ke utara dalam keadaan yang selesa dan tiada lagi kesesakan. Alhamdulillah.

Sekian. Wallahu aklam.

2 comments:

KUNTONG said...

Mudah2an selamat prjalanan gi dn balik.

Leenoh said...

Salam Kuntong.

Alhamdulillah, setakat ini dah selamat balik ke Shah Alam.

Ahad insya Allah akan balik ke Kluang semula,

Terima kasih kerana tolong doakan keselamatan kami.