Friday, August 20, 2010

Sakit Kepala (migraine) - Pengalamanku.

Salam semua.

Tajuk ini disedut dari "entry" yang telah lalu di mana ianya sebagai salah satu tajuk kecilnya sahaja,
dirasakan penting untuk disedut keluar dan dijadikan tajuk besar, mungkin ada yang ingin memanfaatkannya.

Jom baca.
Sakit kepala (migraine).
Sejak belasan tahun saya telah mengalami penyakit ini iaitu dalam tahun 60an sehinggalah sekarang, tetapi pada masa ini rasa sakit itu telah banyak berkurangan berbanding dengan tahun 60an sehingga awal tahun 2000an, dalam jangka masa tersebut saya mengalami "migraine" ini pada tiap-tiap hari. Migrain yang saya alami ini bukanlah jenis yang serangannya kuat, serangannya tidak begitu kuat tetapi berpanjangan, kekadang berdenyut-denyut, kekadang seperti tidak mendapat kepuasan tidur pada malam hari dan kekadang sekadar menghalang rasa mengantuk sahaja. semua keadaan ini menyebabkan sukar mendapat tidur yang nyenyak , malah kekadang tidak dapat tidur sehingga beberapa hari kecuali tidur yang sedikit.Saya mengkategorikan rasa sakit saya ini seperti berikut ; iaitu 40%-31% tertinggi, 30%-21% tinggi, 20%-16% sederhana, 15%-06% rendah dan 05%-01% paling rendah. Saya mengkategorikan begitu kerana rasa sakit kepala pada waktu sebelum ini dirasai setiap hari tetapi tahapnya berbeza-beza. Pada masa sekarang penyakit tersebut berada pada tahap di antara 05% sehingga 00%, ini bermakna ada kalanya sihat walafiat. Alhamdulillah, saya merasakan telah mendapat husnul khatimah ( happy ending) berkaitan situasi tersebut.

Pada hemat saya, penyakit ini berlaku atas beberapa sebab tertentu, lain orang , agaknya lainlah pula sebabnya. Bagi diri saya di antara sebabnya adalah seperti berikut.
Cuaca panas.
Cuaca panas adalah salah satu faktor berlakunya migrain oleh itu pesakit migrain tidak boleh terdedah dengan panas matahari terutamanya di antara jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi. kecuali dalam keadaan sedang membuat senaman. Kalau pada waktu pagi tidak terlibat dengan aktiviti yang boleh menyebabkan migrain, insya Allah pada hari tersebut akan selamat daripada serangan migrain.Makanan yang menghasilkan angin.
Makanan merupakan faktor utama menyebabkan migrain, makanan tertentu apabila dimakan ianya menghasilkan angin (gas) di dalam perut, angin yang dihasilkan itu pula bergerak melawan arus iaitu naik ke atas sehingga ke kepala dan terperangkap di sana dan tidak dapat keluar kerana kepala tidak berpeluh, kalau berpeluh angin akan turut keluar bersama peluh kerana angin lebih halus daripadanya. Kalau angin terlalu banyak di dalam kepala ia memberi tekanan kepada otak ketika inilah berlakunya migrain.
Di antara makanan yang berangin ialah semua makanan kekacang, buah sukun, ubi, santan mentah, pulut, sagu, bali dan lain-la
in.Makanan yang sifatnya panas dan menyebabkan badan menjadi panas.
makanan yang boleh menyebabkan panas badan seperti makanan yang dimasak bersamanya rempah, lada hitam, cili, daging lembu dan daging kerbau atau apa sahaja bahan yang boleh menyebabkan badan menjadi panas.Buang air besar tidak lawas ( Sembelit ).
Buang air besar tidak lawas atau sembelit juga boleh memerangkapkan angin di dalam perut, apabila angin terlalu banyak berada di dalam perut maka berlakulah angin itu bergerak melawan arus seperti diterangkan di atas.Duduk terlalu lama di atas kerusi.
Duduk terlalu lama di atas kerusi atau seumpamanya ketika menulis atau membuat sesuatu kerja boleh menyekatkan laluan angin dan menyebabkan angin bergerak melawan arus. Memandu kereta terlalu lama juga boleh berlaku sedemikian. Bagi mereka yang tidak mengalami migrain, angin di dalam perut mereka bergerak mengikut arus atau laluan yang betul dan keluar sejumlah yang sepatutnya.Beberapa cadangan sebagai langkah untuk mengatasi serangan sakit kepala (migraine) berdasarkan pengalaman saya;
> Cuaca panas yang berlaku di kawasan kediaman kita sudah tentulah tiada siapa boleh mengubahnya. Tindakan yang boleh diambil ialah jangan membiarkan diri terdedah dengan cuaca panas tersebut manakala di dalam rumah eloklah dipasang dengan alat pendingin hawa.

> Makan hendaklah mengikut jadual kerana lambat makan atau makan dalam jumlah yang banyak juga boleh menyebabkan angin. Rasulullah.s.a.w. mengingatkan kita supaya makan apabila lapar dan berhenti makan apabila hilang lapar. Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan angin.

> Kurangkan memakan makanan yang boleh menyebabkan badan menjadi panas. Banyakkan memakan makanan yang sifatnya sejuk seperti sayur-sayuran, ayam, ikan dan seumpamanya.

> Untuk mengelakkan sembelit atau buang air besar tidak lawas. Kita hendaklah banyak memakan buah-buahan, terutamanya sebelum makan malam dan makan tengah hari kerana makanan penyebab lawas buang air besar lebih sesuai dimakan terlebih dahulu. Sembelit berlaku kerana najis yang keras berada di pintu keluar, untuk mengelakkan ini berlaku maka makanla
h buah-buahan terlebih dahulu seperti Islam mengesyorkannya semasa kita berbuka puasa, di mana disunatkan memakan buah korma terlebih dahulu. Pengambilan buah-buahan juga perlu berhati-hati kerana terdapat juga buah-buahan yang boleh menyebabkan badan menjadi panas setelah kita mengambilnya seperti buah durian umpamanya.


> Jangan duduk terlalu lama di atas kerusi atau tempat seumpamanya kerana tabiat itu boleh menyekat angin dan darah daripada bergerak lancar. Ini juga boleh menyebabkan bekalan darah dan oksigen tidak mencukupi di bahagian otak atau sebaran darah dan oksigen tidak menyeluruh. Kalau terasa telah lama duduk, eloklah berdiri dan bergerak dalam jangka masa y
ang agak sesuai, kemudian duduk semula dan begitulah seterusnya.> Ketika sedang sakit, bahagian seluruh kawasan kepala hendaklah dijelum (dijaram) atau dibasahkan dengan air biasa dan dibubuh minyak cap kapak atau apa-apa bahan yang boleh menyejukkan seperti "Johnson's baby cologne" atau seumpamanya. Bahan tersebut dibubuh di kepala, tengkuk dan sepanjang tulang belakang sehingga ke pinggang, pesakit hendaklah berbaring secara meniarap. Insya Allah akan melegakan.
> Amalan bersenam memberi kebaikan kepada semua orang, berlebih-lebih lagi bagi mereka yang sakit migrain ini. Pada waktu pagi sebelum bangun hendaklah membuat beberapa kali pergerakan kepala, kaki dan tangan supaya darah dan oksigen bergerak lebih lancar, kemudian barulah bangun sama ada ke bilik air atau ke mana-mana pun.

> Setiap pagi hendaklah membuat senaman ringan sekurang-kurangnya 20 minit, Senaman yang paling senang dilakukan ialah berlari-lari anak di ruang tamu rumah kita. senaman ini bertujuan melancarkan pusingan darah, terutamanya mencukupkan bekalan darah dan oksigen di kawasan otak.

> Tidur berkualiti (nyenyak) di antara 6 atau 7 jam pada waktu malam. Untuk mencapai kualiti tidur tersebut pesakit hendaklah masuk awal ke tempat tidur kerana apabila rasa mengantuk tabiat menangguhkannya tidak berlaku, sebaliknya terus tidur sahaja.

> Warna dinding rumah juga kadang-kadang boleh memberi sedikit kesan buruk kepada pesakit migrain, warna hijau adalah l
ebih sesuai berbanding dengan warna-warna yang lain.

 Mengambil pemakanan kesihatan juga di antara usaha yang baik ke arah menyingkir penyakit ini. Minuman berherba yang boleh menyejukkan badan juga sesuai untuk diambil, sebagai contoh saya mengambil Teh Dr.Rooibos ( Rooibos Tea). Minuman ini sangat sesuai untuk diri saya kerana ianya boleh menyeimbang dan menstabilkan kewujudan angin di dalam badan.

Air sangat penting untuk semua orang. Pastikan minum air secukupnya mengikut keperluan bukan minum apabila dahaga, Kadar atau jumlah air yang hendak diminum hendaklah ada di dalam perancangan setiap hari dan dapatkan air yang mengandungi banyak oksigen.

Manusia hanya boleh berusaha tetapi Allah yang Maha Berkuasa menentukannya sama ada berjaya atau sebaliknya. Berusaha, berikhtiar, berdoa dan seterusnya bertawakkal kepada yang Maha Berkuasa. Itulah senjata orang-orang mukmin.

( Nasihat ini hanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sahaja bukan berdasarkan kepakaran ilmu kedoktoran yang dimiliki...hehehe ).

Sekian...Wallahu aklam.


3 comments:

Ahmad H Al-Qadah said...

Assalamu'alaikum,

Amalan berbekam juga sangat baik.. Nabi Muhammad s.a.w. juga berbekam.. termasuk bekam di kepala, mengikut bulan dam musim tertentu...

Ahmad H Al-Qadah said...

Berbekam banyak rahsia di sebalik nya.. kini sudah mula difahami secara saintifik.

Leenoh said...

Waalaikumussalam.

Berbekam secara tradisi menggunakan tanduk dan gelas , memang pernah diamalkan, telah lalui beberapa kali pengalaman menunggu darah disedut oleh alat berbekam tersebut.