Salam semua.
Panas hilang, redup pun datang.
tidak sempat beri belakang, hujan pula turun.
kambing mengembek lari pulang.
ayam riuh naik reban.
Hujan turun berkoyan-koyan.
turun dari bukit mencari lubang.
penuh lubang, bergerak lagi ke hadapan.
jalan tersekat, bertemu jalan melentang.
Air terkumpul kerana lambat bergerak.
akhirnya melimpah menjadi banjir pula.
semua lokasi air berarak.
dari hulu sampai ke kuala.
Sampai masanya negeriku pun banjir.
negeri kesanganku Kedah lani.
sebelumnya tiada siapa pun terfikir.
berlaku banjir sampai macam ini.
Riuhlah rakyat memohon pertolongan.
pemimpin turun meredah kampung.
walaupun terasa sakit badan.
kesusahan rakyat perlu ditampung.
Itulah ujian Allah datangnya tiba-tiba.
mulai awal November 2010.
ingatkan Allah janganlah lupa.
di dalam bala ada hikmah.
Pertolongan diberi janganlah diheboh.
nanti mengikis rasa ikhlas.
itu bukanlah budaya orang solih.
biar Allah sahaja yang membalas.
4 comments:
semoga cepat kembali sprti sedikala.
Salam....
Kunyit, halia dan lengkuas
Perencah buat hidangan raja
sebelah saja liputan meluas
sebelah lagi dikata tak bekerja
Air melimpah bagai lautan
sana-sini menjadi onar
tak mengapa tiada liputan
Allah melihat siapa yang benar
Salam Kuntong.
Terima kasih...dah surut... cuma bau dan kesannya masih ada...semoga mereka terlibat gandakan kesabaran.
Salam Kakzakie.
Tak mengapa tiada liputan.
matari terbit cerah jua.
bekerjalah dengan roh ihsan.
Maha Berkuasa Allah jua.
Bekerjalah dengan roh ihsan.
agar hilang riak dan sombong.
sentiasa ingat Rasul berpesan.
jaga kebenaran ketika bersembang.
Sentiasa ingat Rasul berpesan.
tanam ikhlas di sudut hati.
baru sempurna jadi insan.
menghayati Islam yang sejati.
Baru sempurna jadi insan.
disayangi Allah, juga makhluk.
di akhirat nanti menuai balasan.
keadaannya tenang bertemu Khalik.
Post a Comment