Saturday, December 18, 2010

Masa paling baik untuk bermuhasabah.

Salam semu.

Pada hematku.

Muhasabah.
Kita sering ungkapkan dan menyebutkan kalimah muhasabah sesama kita tetapi bilakah agaknya masa yang paling sesuai untuk kita berbuat demikian, adakah ketika subuh hari atau tengah malam atau bila-bila masa sahaja ketika ianya terlintas di hati.

Sebenarnya kita boleh bermuhasabah sepanjang masa tetapi bilakah waktu yang paling berkesan supaya ianya terhasil dan akan berlaku perubahan ke arah mahmudah dan positif pada hari esoknya dan hari-hari mendatang.Kalau muhasabah tidak dilakukan kesilapan dan kesalahan kita akan berlaku berterusan, maka kekallah kita di dalam kejahatan. Muhasabah juga memerlukan keihklasan , tanpa emosi dan ego diri.

Sebelum tidur.
Mungkinkah muhasabah diri itu perlu dibuat atau dilakukan ketika bersiap-siap untuk tidur di atas katil atau bermuhasabah sebelum tidur, biarlah pada malam tersebut kita tidak dapat tidur kerana diganggui kekesalan yang amat sangat terhadap kesalahan yang telah kita lakukan, walaupun tidak dapat tidur asalkan keesokannya kita akan mulai dengan kehidupan baru yang lebih baik.Memulakan dengan yang baru yang lebih baik adalah lebih baik daripada meneruskan yang telah lama yang hebat dan gah tetapi buruk dan jahat kerana hebat dan gahnya hanya untuk sementara sahaja.


Hanya setakat ini dahulu.....Wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Singgah membaca tazkirah pagi ini.
Terima kasih.

Cantik kucing.. He..he...

Leenoh said...

Salam.
Kelihatan kucing itu tidur nyenyak, agaknya semua hal dalam muhasabah diri berkeputusan positif...hehe