Thursday, December 16, 2010

Tatkala berkuasa lari ke sana dan lari ke sini, tolak sana dan tolak sini.,

Salam semua.

Tatkala berkuasa lari ke sana dan lari ke sini, tolak sana dan tolak sini.

Muhasabah.
Manusia memang pelupa "annaas",lupa akan segala janji dan amaran Allah serta lupa akan tanggungjawab sebagai manusia di atas muka bumi ini, dalam hal ini
semua manusia adalah sama tabiat dan tindak-tanduknya, cuma yang berbeza hanya tentang kurang atau lebihnya sahaja, semuanya terlibat tanpa kecuali, bukan hendak tujukan kepada sesiapa tetapi hakikatnya artikel ini ditujukan khas kepada semua manusia, terutamanya kepada penulis sendiri.

Cuba bayangkan kembali ketika kita berkuasa atau tatkala kita kuat atau bertenaga, kita boleh bergerak pantas, malah berlari pun laju, bercakap pun lantang, makan pun berselera dan semuanya berjalan lancar tanpa apa-apa kebimbangan.

Menyesal hanya buat sementara.
Apabila diserang demam atau sakit gigi berdenyut-denyut ataupun kesakitan lain yang seumpamanya, segalanya beralih menjadi serba tidak kena dan tidak menentu. Berlebih-lebih lagi kalau demam yang sangat tinggi atau kuat serangannya,kerisauan akan melanda sehingga terasa dan terlintas di minda bahawa Izrail sudah mulai bergerak dari destinasinya ke arah pembaringan kita, terasa agaknya sudah sampai di balik tabir atau di persekitaran rumah , hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja untuk menunaikan tugasnya...Nantilah... Kalaulah aku sihat dan kuat semula , aku akan membuat anjakan dan mulai hidup baru dengan melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Rasa kesal yang mendalam terhadap pengabaian yang telah berlalu kerana banyak kewajipan tidak ditunaikan dan bertambah lagi dengan melanggar larangan-Nya, semasa sihat dulu tidak memanfaatkan sebaiknya nikmat sihat tersebut.
__________________________________________

....Jom...Kita bayangkan kembali semasa kita sakit dahulu, bukankah terasa semacam sudah hampir mati......sakit, lemah badan, menggigil, tidak kuasa bangun, bila berdiri pening dan akan rebah jika dibiarkan, sanak-saudara dan kawan-kawan pun datang menziarah...mana tahu kalau-kalau tidak sempat bertemu lagi selepas sakit itu....
__________________________________________

Sebaik sahaja sihat semula semua perasaan itu hilang ghaib entah ke mana pula perginya.Kehilangan perasaan tersebut kerana kita telah beransur-ansur lupa sedikit demi sedikit, akhirnya kesemuanya hilang dan kita pun lupa terus dan tiada lagi kerisauan, keresahan dan kekesalan yang mendorong kepada mentaati Allah itu. Maka perbuatan yang dikatakan menyesal itu berulang lagi dan dibuatnya lagi, demikian amal kebaikan itu sentiasa sahaja ditangguh dan terus tertangguh, jika dilakukannya pun hanya sedikit jua. Berlaku sedemikian rupa kerana tenaga dan kuasa sudah kembali dan dimiliki semula.


Lintasan minda.
Apakah yang difikirkan pula oleh mereka yang telah melakukan dosa besar atau beberapa dosa besar yang terdapat rangkaian dan rentetan tindakan susulan bagi mempertahan dan menyelamatkan diri.Apakah agaknya yang difikirkan ketika mereka sudah uzur dan lanjut usia, jika ditakdirkan segala dosa itu telah pun dipohon ampun dan bertaubat dengan Allah, tetapi tidak mampu pula pergi memohon maaf daripada mereka yang terlibat. Apakah gamaknya yang dibayangkan pada setiap hari yang dilaluinya sebelum datangnya ajal.


Bagi mereka yang tidak bertaubat rasanya mereka ini tidak memikirkan apa-apa hanya menunggu nasib di akhirat sahaja.Hidayah dan taufik yang dikurniakan Allah menyedarkan manusia untuk bertaubat dan memohon ampun, apabila dua elemen penting ini tidak dikurniakan Allah, bermakna Allah tidak menyukai mereka dan mungkin Allah menyediakan tempat mereka di neraka...Minta dijauhkan Allah.

Kuasa dalam pemerintahan.
Demikianlah kuasa dari aspek tenaga jasmani manusia, tentulah berlainan pula kuasa yang dimiliki di dalam pemerintahan, mereka yang merasai dirinya berkuasa akan melakukan apa sahaja yang dihajati semahunya. Cuba ingatkan sejenak ketika Sadam Husein berkuasa di Iraq dahulu, begitu gah kelihatannya tetapi apabila dikalahkan oleh tentara Amerika Syarikat laknatullah yang merampas dengan ganasnya negara Iraq yang tidak kena menegena dengan negara mereka. Sadam kelihatan lemah dan terhina di negaranya sendiri, kelihatan jelas perbezaan di antara tatkala berkuasa dengan ketika tidak berkuasa. Demikianlah kuasa yang dimiliki oleh manusia ianya hanya pinjaman.

_________________________________________________________


Menutup aurat itu wajib bukan sahaja ketika bersolat.Untuk mendapatkan maklumat klik
_________________________________________________________


Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam....

Membaca N3 ini entah kenapa minda saya terus teringat seorang yang gah dinegara kita. Walau dah macam nak dijemput Izrael tapi bila dah sembuh balik seperti asal. Menyakitkan hati rakyat....

Peluang taubat masih ada....

Leenoh said...

Salam...

Mungkin itu juga di antara dugaan untuk kita yang marhaen ini.