Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya 1434H dan info - (video)

Selamat Hari Raya Adha - Hari ini Selasa 10 Zulhijjah 1434 bersamaan 15 Okt 2013 umat Islam yang tidak mengerjakan Haji merayakan raya korban mulai 10 sehinggalah 13 Zulhijjah, dalam tempoh itu mereka bertakbir sama ada beramai-ramai atau berseorangan.Manakala mereka yang mengerjakan Haji pula berwukuf pada 9 Zulhijjah di Padang Arafah dan seterusnya pergi ke Mina, dalam perjalanan ke Mina mereka singgah di Muzdalifah untuk mengutip batu, batu  untuk kegunaan melontar di jomrah nanti, mereka berulang-alik dari khemah ke jomrah (tempat melontar) untuk membuat lontaran mulai 10 Zulhijjah sehinggalah 12 atau 13 Zulhijjah, kemudian barulah balik ke Makkah untuk menyelesaikan kerja Haji yang belum siap lagi, setelah semuanya selesai mereka melakukan Tawaf Widak dan balik ke kampung atau negara masing-masing.


Pada tahun ini kita dimaklumkan melalui media tempatan kita sendiri bahawa beberapa hari yang telah lalu telah berlaku banjir di Padang Arafah, ini berkemungkinan tapak khemah dan kawasan santai peserta Haji tidaklah terlalu kering kontang seperti kebiasaannya.

Bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji disunatkan berpuasa  pada hari Wukuf di Padang Arafah dan 10 Zulhijjah pula berhari raya dengan menyempurnakan solat sunat Hari Raya Adha dan bertakbir serta melakukan ibadat korban, tempoh masa ibadat korban dan bertakbir mulai 10 sehingga 13 Zulhijjah.
Sekian...Wallahu aklam...والله أعلم

No comments: