Mengumpul barangan yang boleh dikitar semula untuk mengelak pembaziran
dan mengurangkan pencemaran alam sekitar
Anjuran Muslim Care bersama MPP ZON 3.
____________________________________________
Program bergotong-royong MPP ZON 3.
Mengumpul barang-barang terpakai secara beramai-ramai atau berpasukan ini memberi kesan positif kepada penduduk di persekitaran kawasan operasi , mereka yang terlibat adalah terdiri daripada para pelajar universiti, tentunya mereka itu orang - orang yang terpelajar. maknanya kerja ini suatu kerja atau tugas yang tidak boleh diperlekehkan.
Kesedaran ini sebenarnya sangat akur dengan ajaran Islam, Islam melarang pembaziran dan sentiasa menyuruh penganutnya menjaga kebersihan alam sekitar tetapi masih ramai di antara kita yang masih bercakap tidak serupa bikin, walau pun ceramah demi ceramah dicurahkan di masjid,surau dan lain melalui program berbentuk teori. Ceramah-ceramah kesedaran dan kefahaman Islam yang diberikan mampu memberi kefahaman mengenai ajaran Islam dengan itu orang Islam akan mendapat tasauwur yang tepat mengenai Islam.Ceramah itu akan lebih bermanfaat dan kukuh lagi jika diikuti dengan psikomotor (amalan) dan penghayatan seperti yang dilakukan di dalam aktiviti yang ditunjukkan di dalam imej di atas. Inilah yang dimaksudkan berdakwah melalui contoh dan teladan yang baik. ( Dakwah bil hal )
Mengumpul minyak masak terpakai untuk dikitar semula menjadi bahan lain yang boleh diguna dan dimanfaatkan semula, mungkin suatu perkara baru bagi masyarakat kita, aktiviti ini juga dilakukan oleh kumpulan ini.
Selain menerima pakaian terpakai Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 juga menerima minyak masak terpakai dengan ganjaran 2kg minyak terpakai akan diberikan minyak baru 1kg sebagai galakan kepada orang awam. Penyerahan minyak terpakai tersebut boleh dilakukan di Pejabat MPP Zon 3 , Jalan Jasper bersebelahan Surau At.Taqwa, Seksyen 7 PKNS.Demikian dinyatakan oleh pengerusinya Puan Sarimah bt Lisut dalam ucapan aluannya di Karnival We care baru-baru ini.Hasil daripada pengumpulan barangan tersebut akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukannya.
Sekian - والله أعلم.
No comments:
Post a Comment