Wednesday, March 3, 2010

.Memahami hakikat kehidupan.

Salam semua.

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah menciptakan alam ini dengan segala pengisiannya adalah untuk kehidupan manusia, semua yan
g terdapat di dunia adalah untuk manfaat manusia maka sesuailah manusia diamanahkan supaya mentadbir dan menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dari awal manusia di peringatkan bahawa kehidupan dunia bukan seperti syurga tetapi ianya merupakan tempat ujian.

ujian utama ialah sama ada manusia mengakui Allah itu Tuhan mereka atau mengambil benda lain sebagai Tuhan mereka. Mereka yang mengakui dan mempercayai Allah itu Tuhan yang Maha Esa maka mereka memperolehi nikmat Iman dan Islam, namun demikian mereka belum terlepas dari ujian Allah kerana dunia ini adalah tempat ujian, jika manusia tidak diuji mereka akan lupa akan pengakuan dan syahadah mereka. setiap ujian yang dihadapi dengan betul mengikiut ajaran Allah mereka akan terlepas dari dosa dan sebaliknya mendapat pahala pula.

Mereka yang mengambil selain Allah sebagai Tuhan dan penyerahan ibadat mereka, mereka itu adalah orang-orang yang gagal ujian, bagi mereka tanpa pertolongan sedikit pun di akhirat nanti, kekallah mereka di dalam seksaan api neraka.

Merujuk kepada ujian Allah, kita dapati tiada seorang individu pun yang terlepas dari menghadapi ujian. Malah Rasul-rasul pun menghadapi ujian, mungkin timbul pertanyaan mengapa begitu, itulah kehendak Allah, itulah perancangan Allah dan itulah juga ketetapan Allah. Itulah hakikat kehidupan yang perlu difahami.

Sekiranya kita berfikir sepatutnya begitu dan begini, itu adalah kehendak kita, kehendak kita mustahil mengatasi kehendak Allah, kehendak kita hanya terlaksana dengan izin Allah atau kehendak yang sama dengan Allah atau umpama doa kita yang dimakbulkan. kita berdoa untuk mendapatkan kejayaan akhirnya kita mencapai kejayaan, kita berdoa supaya tanaman kita hidup subur dan hasilnya bertambah, akhirnya harapan itu tercapai, semuanya terikat dan tidak terlepas dari pentadbiran Allah sesaat pun.

Manusia menghadapi ujian berbeza di antara satu sama lain. ada yang ditimpa kemalangan, kehilangan anak, kematian orang yang dikasihi, kerisauan, murung, kemiskinan . kefakiran, penyakit kekal, penyakit sementara, kecacatan dan berbagai-bagai lagi yang tidak mampu disebutkan di sini.

Namun demikian kita dibekalkan dengan cara dan kaedah untuk mengatasinya, Allah mengutuskan Rasulullah.s.a.w. menjelaskan kepada kita tentang hakikat hidup di dunia ini , menjelaskan kepada manusia bahawa dunia ini hanya sementara, hanya pinjaman dan hanya tempat ujian seperti disebutkan di atas.

Dunia ini umpama penjara berbandingan dengan syurga, di dunia terdapat suruhan dan larangan, ianya tidak seperti di syurga, di syurga bebas, tiada suruhan dan larangan. Kehidupan di syurga umpama lagha di dunia, keadaannya penuh ceria, suka, gembira dan keseronokan yang tidak berkesudahan, dilayan oleh bidadari yang cantik dan segak, sebab itulah manusia di dunia ini berangan-angan dengan mengumpamakan setiap keseronokan yang mereka nikmati di dunia itu seperti syurga, walaupun mereka sedari bahawa keseronokkan di syurga amat jauh bezanya dengan keseronokan di dunia ini kerana keseronokan di dunia berakhir dengan keletihan, kesusahan, kehilangan sebahagian rezeki, mengundang penyakit dan lain-lain.

Dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. umat Islam dibekalkan dengan panduan supaya mereka menjalani hidup dengan cara yang betul dan mendapat kesejahteraan yang kekal. Di antara panduan yang hendak dipaparkan di sini ialah membudayakan solat hajat dan solat istikharah. kita umat Islam adalah wajar membudayakan solat hajat dan solat Istikharah di dalam kehidupan harian.

Di dalam kehidupan harian tidak dinafikan bahawa kita mempunyai banyak hajat yang belum tertunai seperti anak bersekolah belum tamat, belum mendapat pekerjaan, belum bertemu jodoh, kita sendiri belum cukup sihat, belum sempurna rezeki dan berbagai-bagai lagi yang perlu kita menadah tangan memohon kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kita juga kekadang terkeliru dengan beberapa pilihan untuk membuat keputusan, maka dua situasi inilah memerlukan kita beramal dengan solat sunat Hajat dan solat sunat Istikharah.

Apabila kita melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti kita telah memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk kita.

Solat sunat Hajat dan solat Istikharah pada asasnya cara melaksanakannya adalah sama sahaja, cuam niatnya sahaja yang agak berbeza iaitu Sahaja aku bersolat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala manakala solat Istikharah " Sahaja aku bersolat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"

Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.


'Maksud doa solat sunat Istikharah:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Boleh klik sambung baca di bawah ini
SOLAT SUNAT HAJAT
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


_______________________________
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".
Surah An.Nahl .
[125]

_______________________________

Sekian. Wallahu aklam.

Tuesday, March 2, 2010

Memakmurkan masjid.

Salam semua.



9:18

Maksudnya
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjad i dari golongan yang mendapat petunjuk.
Surah At.Taubah [18]




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Macam-macam ada....
Rujuk : http://www.turntoislam.com/

Jesus in Islam

http://video. google.com/ videoplay? docid=4757022845 544241963# docid=5824503235 708840999


Sekian. Wallahu aklam.

Islam.....Macam-macam ada....


Macam-macam ada....
Rujuk : http://www.turntoislam.com/

Jesus in Islam

http://video. google.com/ videoplay? docid=4757022845 544241963# docid=5824503235 708840999


Sekian. Wallahu aklam.

Monday, March 1, 2010

Islam untuk semua manusia. ( An-Naas )

Salam semua.

Islam untuk semua manusia malah untk semua makhluk yang berakal.

34:28


Sahih International
And We have not sent you except comprehensively to mankind as a bringer of good tidings and a warner. But most of the people do not know.

Yusuf Ali
We have not sent thee but as a universal (Messenger) to men, giving them glad tidings, and warning them (against sin), but most men understand not.

Tafsir al-Jalalayn
And We did not send you except to all (kāffatan is a circumstantial qualifier referring to al-nās, ‘mankind’, and is made to precede [li’l-nās] because of the importance attached to it) of mankind [both] as a bearer of good tidings, to believers, of Paradise, and a warner, to the disbelievers, of chastisement, but most people, such as the disbelievers of Mecca, do not know, this.

Malay
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
Surah Saba' ( ayat 28 )

2:21
2:21

Sahih International
O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous -

Yusuf Ali
O ye people! Adore your Guardian-Lord, who created you and those who came before you, that ye may have the chance to learn righteousness;

Tafsir al-Jalalayn
O people, of Mecca, worship, profess the oneness of, your Lord Who created you, made you when you were nothing, and created those that were before you; so that you may be fearful, of His punishment by worshipping Him (la‘alla, ‘so that’, is essentially an optative, but when spoken by God it denotes an affirmative),

Malay
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
Surah al.Baqarah (ayat 21)
2:22

Sahih International
[He] who made for you the earth a bed [spread out] and the sky a ceiling and sent down from the sky, rain and brought forth thereby fruits as provision for you. So do not attribute to Allah equals while you know [that there is nothing similar to Him].
Yusuf Ali
Who has made the earth your couch, and the heavens your canopy; and sent down rain from the heavens; and brought forth therewith Fruits for your sustenance; then set not up rivals unto Allah when ye know (the truth).

Tafsir al-Jalalayn
He Who assigned to you, created [for you], the earth for a couch, like a carpet that is laid out, neither extremely hard, nor extremely soft so as to make it impossible to stand firm upon it; and heaven for an edifice, like a roof; and sent down from the heaven water, wherewith He brought forth, all types of, fruits for your pro vision; so set not up compeers to God, that is partners in worship, while you know that He is the Creator, that you create not and that only One that creates can be God.

Malay
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah- buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Surah al.Baqarah ( ayat 22)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Macam-macam ada....
Rujuk : http://www.turntoislam.com/

Jesus in Islam

http://video. google.com/ videoplay? docid=4757022845 544241963# docid=5824503235 708840999


Sekian. Wallahu aklam.

Jangan umpamakan parti politik sebuah Pasaraya.

Salam semua.

Pendapat yang akan diajukan ini mungkin sesuai bagi sesetengah pihak dan tidak sesuai langsung bagi pihak yang lain, apapun ini cuma suatu pendapat hasil dari pemerhatian terhadap kehidupan harian di Malaysia khusus mengenai politik berparti.

Kekadang politik berparti dinilai oleh seseorang umpama pasaraya di mana di dalamnya dimuatkan dengan berbagai barangan yang berharga dan berjenama terkenal termasuk emas dan perak berada di sana, jika seseorang memilikinya sudah tentulah orang itu akan mendapat kesenangan di dunia serta mendapat kekayaan yang boleh dibanggakan, di sana juga akan terukir nama yang masyhur, sudah tentulah tempat itu dikunjungi ramai selagi barangannya sentiasa dipenuhi.

Politik parti yang pada asalnya sebagai medan dan landasan perjuangan tidak lagi dianggap oleh semua politus demikian, sebaliknya setengah dari mereka menganggap menyertai politik umpama membuka gedung atau pasaraya kerana di pasaraya wujud perniagaan dan keuntungan peribadi yang dapat membantu keluarga.Oleh itu mereka harus bekerja bersungguh-sungguh untuk menang di dalam pilihan raya.

Niat yang tersemat d
i dalam hati politikus itu tiada siapa dapat kesan melainkan mereka yang cerdik dan bijaksana, diri ahli politikus berkenaan tentulah dari awal mengetahuinya kerana manakan manusia boleh berbohong kepada diri sendiri. Dalam hal seperti inilah yang dikatakan orang bodoh makanan orang cerdik kerana mereka yang kurang pintar akan tertipu dengan kempen-kempen dan janji-janji untuk membela bangsa, agama dan negara. Pada hal mereka tidak pernah susah dan tidak pernah berkorban untuk negara. Bila tercium kesusahan mereka akan mengundurkan diri dengan segera dan memberi berbagai alasan yang kelihatan menasabah dan sesuai .

Sebaliknya merekalah yang sentiasa dan sepanjang masa menikmati madu negara kerana mereka memilik
i lidah yang istimewa dan pintar berputar, maka mereka kelihatan umpama pemimpin yang sentiasa mengambil berat terhadap mereka di bawah kepimpinannya. Pada hal apabila diri sendiri ditimpa kesusahan dan masalah mereka akan meninggalkan pasaraya itu dengan berpindah ke pasaraya yang lain yang dapat mengekalkan keuntungan untuk dirinya, maka terpinga-pingalah pengikut dan penyokong mereka di kampung mahu pun di bandar.

Persoalannya apakah yang akan terjadi kepada negara pada suatu hari nanti sekiranya pemimpin yang bersikap demikian menguasai parti politik, rakyat tidak akan terdidik dengan budaya yang murni dan sihat kerana pendidik selayaknya dari pemimpin yang berakhlak. Akhlak tidak wajar ditukarkan dengan harta kekayaan dan pangkat
kebesaran.

Pulau Pandan jauh ke tengah.
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah.
Budi baik dikenang jua.


&&&&&&&&&&&&&&

Kalau nak alihkan cerita alih ke sini atau ke sini .
atau di sini pun ada cerita.

Akhir sekali mungkin di sini.

&&&&&&&&&&&&


Sekian.Wallahu aklam.