Friday, March 5, 2010

Islam - Cara hidup yang sempurna dan lengkap.

Salam semua.

Petikan rakaman kuliah yang dipaparkan di laman www.NikNasri.com

yang menghurai dan menerangkan mengenai konsep Islam atau Islam itu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
Untuk mendengar dan memahaminya.
Sila klik tajuk di bawah ini.


بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, March 4, 2010

Manusia tidak mampu mencari Tuhan dengan akal semata-mata.


Salam semua.

BismillahirRahmanirRahim

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam ini dan selawat serta salam kepada semulia-mulia Nabi dan semua utusan-Nya.

Demikianlah beradab dan sejahtera penganut Islam setiap kali memulakan kalam dan juga di dalam sesuatu perjumpaan mereka akan mengingatkan Allah Yang Maha Pencipta dan Rasal junjungan mereka kerana nikmat Islam itu sangat memberi kesan yang mendalam di dalam jiwa mereka, lantas ucapan terima kasih , kesyukuran kepada-Nya dan doa sentiasa membasahi lidah mereka.

Merujuk kepada mauduk di atas iaitu manusia tidak mampu mencari Tuhan dengan akal mereka semata-mata tanpa mendapat wahyu atau hidayah Allah seperti mana yang telah berlaku kepada Nabi Ibrahim.a.s. yang diceritakan Allah di dalam Surah Al.An'am, Nabi Ibrahim akhirnya berjumpa Tuhan atau mengenali Tuhan setelah diturunkan wahyu kepadanya.

Manusia selain Rasul dan Nabi mereka akan mengenali Allah dengan bantuan wahyu yang dibawa oleh rasul disamping mendapat hidayah dari Allah. Mulianya manusia kerana adanya akal , namun demikian akal tidak mampu menyelesaikan semua masalah manusia, akal tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan lain-lain yang di luar pandangan mata mereka, tegasnya fungsi atau peranan akal adalah terhad. Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia memerlukan Rasul, sebab itulah Allah utuskan Rasul-rasul untuk menyampaikan wahyu atau ajaran-Nya kepada manusia supaya manusia mengenal Allah.


Kesimpulanya;
Untuk mengenal Allah manusia memerlukan akal, wahyu ( rasul) dan hidayah dari Allah. Sentiasalah berdoa supaya Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya sepanjang masa.


-------------------------------------------------------

Renungilah maksud firman Allah ini.



[75]
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
[76]
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
[77]
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.
[78]
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[79]
“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.
Surah Al.An'am.

----------------------------------------------------------


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

Wednesday, March 3, 2010

Perbezaan di antara agama dan addin (Islam).

Salam semua.

Entri kali ini memaparkan rakaman ceramah dari blog www.NikNasri.com.membicarakan perbezaan di antara agama dengan Islam secara terperinci dan halusi. definasi agama dan Islam diperjelaskan.

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekian. Wassalam.

Wajib menuntut ilmu.

Salam semua.

1. Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud;

" Menuntut ilmi itu wajib atas tiap-tiap muslim"


2. Sabda Rasulullah.s.a.w.bermaksud;
"Suatu bab dari ilmu yang dipelajari seseorang, adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya"

3. Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud'
" Tuntutlah ilmu walau ke negara Cina sekali pun".






Sekian.Wallahu aklam.

Penjelasan mengenai dua kalimah syahadah

Salam semua.

Mengenal Allah adalah suatu perkara dan kewajipan yang paling utama di dalam kehidupan manusia, pengenalan itu sudah tentu melalui ilmu pengetahuan, iaitu ilmu pengetahuan yang menyebabkan manusia itu yakin terhadap Allah sehingga mereka tidak lagi akan mensyirikkannya serta ilmu yang sedia ada pula akan menjadi penggerak untuk menuntut dan mempelajari maklumat tambahan supaya ilmu dan pengetahuan mereka sentiasa bertambah dan berkesinambungan.

Apabila manusia mengenal Allah bermakna aqidah atau kepercayaan mereka telah betul dan selamat di dalam mengharungi kehidupan di dunia dan di akhirat. Islam sentiasa mengajak manusia supaya mengenal Allah, setelah mengenal Allah mereka dikehendak membuat pengakuan atau melafazkan dua kalimah syahadah, pengakuan tersebut sebagai paku dan pasak kepada kepercayaan kepada Allah.

Mengenal Allah secara tidak menyeluruh dan juga tidak betul akan terdedah dengan perbuatan syirik , syirik ialah perbuatan yang menghasilkan doa yang amat besar, tegasnya mereka yang melakukan perbuatan syirik, sebenarnya mereka tidak kenal Allah tetapi kelihatan seperti mereka kenal Allah atau masih jahil, maka sebab itulah Islam menganjurkan supaya penganutnya menuntut ilmu
sehingga ke liang lahat.

Mungkin penjelasan melalui video di bawah ini akan lebih menarik lagi.
Silakan........





How to Convert to Islam - How to Become a Muslim - More amazing videos are a click away



Sekian. Wallahu aklam.