Monday, July 21, 2008

Kehidupan bersih (2).




Berjumpa lagi,
maaf penjelasan saya yang telah lalu dan akan datang tidaklah sehebat mereka yang ahli dalam penulisan dan mereka yang memiliki kepakaran di dalam sesuatu bidang tertentu sebaliknya saya adalah seorang awam yang hanya bersandarkan kepada ilmu yang sedikit dan pengalaman yang telah lalu.

Pada hemat saya setiap orang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman yang baik dan makruf kepada orang lain mengikut kaedah dan cara yang disukai masing-masing untuk menjuruskan diri sendiri dan manusia supaya mengamalkan kehidupan yang bersih dan suci di sisi Allah.

Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kekotoran,kerosakan dan kejahatan di atas muka bumi ini. Untuk menjana kehidupan yang bersih tidak mungkin tercapai hanya dengan ilmu yang tinggi sahaja kerana sejak zaman dahulu sehingga sekarang kita dapati kerosakan dan kejahatan yang besar dilakukan oleh orang yang berilmu pengetahuan tinggi.

Orang yang berilmu juga bergaduh dengan jiran, bergaduh dengan isteri di depan anak-anak, bercakap bohong, hasad dengki, khianat, riak, sombong dan seumpamanya di mana perbuatan tersebut sepatutnya tidak berlaku pada pemilik ilmu tetapi hakikatnya berlaku berterusan sejak dahulu sehingga kini,

Walau pun kita menguasai ilmu secara sempurna sama ada dari segi kognitif, afektif, psikomotor, penghayatan dan seumpamanya. untuk mencapai kehidupan yang bersih dan suci di sisi Allah seperti yang telah disebutkan pada pertemuan yang lepas kita bukan sahaja memerlukan ilmu malah kita juga memerlukan Iman, Islam dan Ihsan. Empat mauduk penting ini mesti dikuasai dan disepadu serta dihadzamkan dalam diri manusia . ( bersambung pada pertemuan yang lain )





Sekian.Wassalam.

No comments: