==================
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
lagu sekolah, lagu negeri , lagu kebangsaan.
Doa berkumandang diudara.
Tangan diangkat, mohon dimakbulkan.
Khamis - 05-05-05.
Hari ini, Hari Istimewa.
Pengacara mewar-warkan kepada seluruh warga.
Di majlis perhimpunan tempat biasaku.
Warga dewasa di atas pentas.
Kerusi diatursusun indah.
Sebuah meja penuh hadiah kenangan.
Anak muda di bawah pasang telinga mendengar madah.
Tukang ucap pertama dan kedua.
Ucapkan terima kasih padaku.
memuji-mujiku memaniskan adab majlis.
Umpama menteri menunggu suatu perasmian.
Ucapan bagaikan mewakili semua tempat.
Semua tempat yang pernah Aku bertugas.
Aku dijemput untuk berucap.
Sangat banyak cerita dan pesanan yang hendak kusampaikan.
Aku keliru ketika memilih.
Lantas Aku tidak memilih, kuucapkan apa yang diilhamkan.
Sekali sekala Aku sebak kerana mainan kenangan.
Aku rasa banyak lagi kuperlu laksanakan.
Kurasa masa masih panjang untukku.
Rupanya saat itu Aku berada digarisan penamat.
Masa berlalu tetap berlalu dan pergi.
Masa tidak sedikitpun menaruh kasihan padaku.
Kumemohon maaf pada Allah dan pada semua hamba-Nya.
Dengan merendahkan diri Aku akhiri kalam majlis.
Aku undur dan duduk semula.
Aku dijemput terima hadiah-hadiah.
Berbungkus, berbongkah, berkotak dan berbagai.
Tiada bahasa yang boleh kuucap.
Hanya bersyukur dan berterima kasih.
Sebuah Van disediakan.
Hadiah dihantar sampai ke ruang tamu.
Aku bergerak pulang melalui laluan lazim.
Kiri kanan laluan dipenuhi anak muda.
Melambai, senyum, sebak, syahdu dan segala.
Sukar diucapkan melalui bahasa harian.
Sebelum itu,
Aku diminta menyudahkan mercu tanda Taman Hidayah.
Taman Hidayah pemanis surau SMKTAR.
Hari itu Aku bak menteri sehari.
Sebuah kereta menunggu untuk Aku naiki.
Aku diminta duduk di bahagian belakang.
Setelah lambaian terakhir, kereta pun bergerak perlahan.
Bergerak perlahan keluar pintu pagar sekolah.
Tanpa ragu-ragu pemandu terus memacunya.
Memacu ke arah Bandar Sungai Petani.
Itu adalah penilaian dan penghargaan manusia.
Antara realiti, hakiki dan lakonan.
Penilaian Allah masih kabur, Penilaian hakiki belum pasti.
Hanya berdoa dan berharap akan keredaan-Nya.
Sekian, Wassalam.
12 comments:
seronoknyer dapat hadiah....
ramai yang sayang tu...
Salam Naqeeb.
Kekadang hadiah terpaksa diberikan bila sampai ketikanya.
Manusia hidup dikandung adat. adat baik atau adat karut. pandai-pandailah memilihnya.
salam kembali pak Ngah...
errr saya nak pilih adat yang baik2 ajer.... huhu
Salam Naqeeb.
Alhamdulillah.Itulah dorongan hati yang beriman. orang beriman benci kejahatan.
Salam Leenoh.
"Sehari yang amat bermakna adalah lebih baik dari sekurun bertakhta."
Salam Zaidi.
Sengaja dicatatkan di laman ini untuk melayan emosi, disamping mencatatkan sejarah diri, kiranya laman ini berpanjangan boleh juga disemak oleh anakcucu tersayang bila ianya betul-betul menjadi sejarah.
Salam Leenoh.
Betul tu Leenoh. Warisan Kehidupan Bersih dan Warisan Long Tambang.
Salam Zaidi Ali.
Kehidupan Bersih dan Long Tambang penerus wawasan Islam kepada anakcucu menaruh harapan ganti, semoga kesinambungan istiqamah sampai qiamat.
Assalamualaikum Leenoh.
Jasa dikenang. Mudah-mudahan ilmu dari lidahmu dimunafaatkan kerana itulah bekalan kita . Insyaallah ingatan rakan dan murid mencerminkan keikhlasan menerusi hadiah yang dihulur. Bukan mudah untuk menjadi menteri sehari ketika kita dewasa biarpun kita pernah menjadi raja sehari ketika remaja. Nikmat menjadi menteri sahari tidak semua boleh dirasai oleh semua penjawat awam. Sekali lagi dengan tahniah.
Waalaikumussalam Mansaari.
Memang benar kata-kata saudara itu.Majlis tersebut telah berjaya mengusik jiwa saya sehingga timbul rasa terharu dan amat gembira serta memberi kenangan manis yang tidak pernah terduga sebelumnya. Peristiwa pagi Khamis (05-05-05) itu akan menjadi mercu kenangan manis di dalam kehidupan saya.
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi baik warga STAR. Memang tepat kata pepatah " Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa".
Sesungguhnya budi baik warga STAR dan PIBG.STAR telah terpahat kukuh di dalam ingatan dan kenangan saya.
Salam pak Ngah,
Tajuk entry, "AKu bak menteri sehari".. rasanya aku bak Raja Sehari pun sesuai gak, cuma tak ada paluan kompang jer.. heheheh..:)
Salam Hani,
Kompang pun ada. cuma seorang lagi tu tak ada di sebelah,he3.
Insya Allah Pak Ngah doakan nanti Hani yang jadi. Insya Allah berbaik sangka. kata orang masin mulut. Allah makbulkan doa Hani nanti.
Post a Comment