Sunday, December 6, 2009

Ikut cakap ibu bapa tidak semestinya baik.

Salam semua.


Ikut cakap ibu bapa tidak semestinya baik.

Pengucapan yang digunakan di dalam masyarakat Melayu kekadang tersasar daripada maksud sebenar yang dikehendaki atau maksud asalnya. sebagai contoh " ikut cakap ibu bapa " perkataan ikut di sini bermaksud ikut dan patuh terhadap larangan atau suruhan. Sekiranya ibu bapa terdiri daripada orang jahat maka jahatlah hasilnya, jika ibu bapa itu baik orangnya maka baiklah hasilnya.

Kekadang terdapat ibu bapa yang memiliki akhlak yang lebih jahat daripada akhlak anak-anaknya, situasi ini tentulah akan merugikan anak-anak sekiranya prinsip tersebut dipatuhi.

Taat ibu bapa semestinya baik.

Orang Islam hanya disuruh atau diperintahkan supaya mentaati ibu bapa. Taat yang dimaksudkan ialah patuh hanya pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah, sekiranya perintah atau suruhan ibu bapa telah melanggar perintah Allah maka ketika itu tidak lagi anak-anak disuruh mentaati atau mematuhinya.Tegasnya perintah ibu bapa tidak berupaya mengatasi perintah Allah.

Sekiranya berlaku perintah itu perintah yang berupa maksiat atau perintah yang melanggar perintah Allah dan diikut serta dipatuhi oleh anak-anak, maka kesemuanya termasuk ibu bapa telah memilih jalan yang tidak selamat dan di hujung jalannya nanti akan menerima padahnya yang disediakan oleh Allah melain mereka mendapat keampunan.

#####

Firman Allah bermaksud:
"(Lukman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui".
(Surah Luqman - ayat 16)

"Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)".
(Surah Luqman - ayat 17)
#####

Mesej entri ini menjurus kepada konsep taat perlulah difahami dengan betul dan tepat. Untuk mencapai kehidupan yang bersih daripada segala onak kesilapan dan kesesatan semua pihak memerlukan ilmu dan amal.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:

Mak Su said...

saya selalu ingatkan anak2, no 1 ialah Allah, no 2 ialah Rasul, no 3 ialah mak, no 4 ialah ayah. selagi mak tak suruh benda2 yang melanggar suruhan no 1 dan no 2; maka ikutilah cakap mak... saya harap saya berada di kedudukan yang betul. memikul amanah itu sangat berat

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Mak Su telah mendidik anak supaya taat ibu bapa, itulah jua yang disuruh oleh Allah dan Rasul-Nya,

Saya harap saya juga termasuk dalam golongan Mak SU.