Salam semua.
Ahad ( 21.02.2010 )
Ahad ( 21.02.2010 )
Alhamdulillah, dah sampai Kluang .Setelah melalui kesesakan jalan selama kurang lebih 45 minit di antara RR Paguh dan Air Hitam, kesesakan jalan yang menjemukan itu berikutan berlakunya suatu kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta, ketika kami sampai di tempat kejadian beberapa buah kereta tunda telah siap tercegat di tepi jalan dan masing- masing sedang bersiap-siap untuk ditunda, ada juga kereta yang terlibat dengan kemalangan diangkat ke atas kereta tunda, mungkin keadaan kereta tersebut mengalami kerosakan serius.
Klik gambar akan kelihatan lebih jelas deretan kereta yang panjang sedang bergerak umpama pergerakan kura-kura..Jalan dua lorong sudah jadi tiga lorong.Semasa kami bertolak dari Shah Alam jam menunjukkan 3.15 petang, kalau tidak berlaku kesesakan jalan biasanya sebelum jam 7.00 akan tiba di Bandar Kluang. Perjalanan kali ini kami sampai jam 7.38 malam di Masjid Bandar Kluang dan bersolat di situ.
Selepas solat kami terus menyambung perjalanan menuju ke Radix Chicken House dan membeli makanan di sini untuk makan malam.
Bangunan Surau dan Pacific terletak berhampiran dengan Radix House.
Kemudian kami terus menuju ke rumah dan selamat tiba di rumah jam 8.40 malam.
Sekian. Wassalam.
2 comments:
Salam leenoh
pernah makan RFC jer...RCH belum lagi...sedap kot?
Salam YB.
Saya pun baru kali pertama makan Nasi Ayam RCH.
Post a Comment