Salam semua.
Pada malam dan hari yang baik ini dengan tidak semena-mena tercetus di hati saya untuk membuat cadangan terbuka kepada bloggers Islam yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan di laman sesawang ini untuk sama-sama memakmur dan memeriahkan lagi dakwah melalui media ini .
Cadangan ini mungkin dapat memudahkan pendakwah maya ini mendapatkan bahan-bahan ilmiah dari kekawan sejawat dengan masing-masing melabelkan setiap mauduk ( entry ) yang boleh disalin ( copy paste ) oleh kekawan supaya mauduk yang baik itu dapat disebarluaskan dengan lebih cepat, dengan syarat salinan yang dibuat itu menyatakan sumber ambilannya.
Mungkin mauduk-mauduk tersebut boleh dilabelkan seperti dicatatkan " Sebarkan" , "manfaatkan" atau apa-apa katakunci yang difahami supaya pihak yang ingin menyalin itu tidak perlu membuang masa untuk membuat permohonan atau meminta kebenaran.
Cadangan ini mungkin sebagai pembuka minda sahaja, cadangan dan pandangan yang lebih baik hendaklah diutamakan, mungkin cadangan itu tersimpan di dalam sanubari anda.
Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.
5 comments:
Salam semua.
Saya sendiri belum bertindak apa-apa kerana idea baru tercetus sekejap tadi.
Salam Pak Ngah,
setuju sangat, sebab kadang2 kita pun tak sempat menulis..tapi kena la dapat consent dari penulis dulu.
Salam Hani.
Mungkin sesuai dibentuk suatu kumpulan atau ikatan beberapa penulis ( blog ) secara maya dengan itu kita dapat wujudkan "tabung artikel" yang tersimpan di laman masing-masing dan bila-bila masa sahaja masing-masing boleh "copy paste" dan disebarkan.
salam pak ngah...
molek juga tu...
saya tukang copy ajerlah hehehehe
Salam Nageeb.
Dengan cara itu semua orang boleh membantu mempercepatkan sebaran.
Itulah rupa paras kerja ikhlas sebab ini bukan bisnes atau untuk menempah nama.
Mereka yang kurang bahan atau ilmu Islam pun boleh tumpang berdakwah.
Post a Comment