Tuesday, February 2, 2010

Usiaku semakin pendek.


Salam semua.

Cuma suara muqaddimah.

Aku berpuisi lagi,

aura puisiku datang lagi,
ketika aku mengingatkan masa lampauku,
masa lampau yang telah berlalu meninggalkan sejarah suka dan duka.

Kini aku ingat masa hadapanku,
aku fikir masa hadapanku ,
hanya sedikit lagi sahaja sisa yang berbaki ,
jaraknya pula semakin mengecil,
maka aku istilahkan sebagai usiaku semakin pendek.

Antara ingatkan hidup dan ingatkan mati,
molek disepadukan di dalam minda,
barulah dapat menjulang slogan kesederhanaan ,
slogan kejayaan,
kerana itulah kenyataan.

Bukankah hidup ini hanya menumpang.



Usiaku semakin pendek.

Bila muncul 1431 hijrah,
Bila tiba 2010 masihi.

Aku teringat;
Segalanya bergerak ke hadapan.
Segalanya bergerak hanya sehala.
Tiada laluan pergi dan balik.

Bila aku melihat ke belakang ,
bermula di tempat permulaanku.
Aku rasa sudah jauh aku tinggalkan.

Bila aku memandang ke hadapan.
berakhir di tempat yang aku tujui.
Aku rasa sudah hampir tiba.

Bila aku fikir tempat permulaan,
aku rasa sudah cukup dewasa.
Bila aku renungkan tempat yang ditujui.
aku rasa keliru bilakah waktu ketibaan.
Adakah sudah hampir tiba.

Rupanya aku bukan semakin berusia.
usiaku tidak banyak lagi yang berbaki.
Usiaku semakin pendek.

Bukan aku sahaja alami.
semua manusia mengalaminya.

Baik janin mahu pun bayi.
kanak-kanak mahu pun budak-budak.
remaja mahu pun pemuda.
remajawati mahu pun pemudi.
muda mahu pun tua.
lelaki mahu pun wanita.

Bila habis yang berbaki pergilah mereka.

Pergilah mereka meninggalkan segala.

Sekian. Wallahu aklam.




8 comments:

Nl said...

salam pak ngah...
aura puisi tu huhuhuu


saya pun dah lama tak datang aura berpuisi hehehehehe

hebat pak ngah yer hmmmmmmmm

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Hanya sekadar syok sendiri je...he3

KUNTONG said...

Salam :

Kalau orang berbakat macam anda,memang mudah untuk berpuisi.
Teruskan.

Leenoh said...

salam Kuntong.

Setiap 5 minit "dieditnya" walau pun telah diposkan ke alam maya supaya tak nampak sangat hentam kromo tu.

Hahaha hentam sajalah, lama-lama kot-kot boleh jadi pandai.

Temuk said...

Salam Sdr Leenoh
Itu nukilan yg amat menghibakan. Memang telah jauh penitian kita. Penghujungnya entah apalah rupanya. Semoga Allah memberi kebaikan kpd kita semua, di sini & di sana.

Leenoh said...

Salam Temuk.

Aamiin ya rabbal 'alamin.

Ya semoga kita semua selamat di sini dan di sana.

zai said...

Entri yang sangat menginsafkan..

Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan tentang betapa hampirnya kita kepada MATI...

Leenoh said...

Salam Zai.

Menasihati orang lain masih dalam linkungan mendidik diri dan menasihati diri kerana rasa bimbang tiada siapa terkecuali.

Semoga kita sentiasa mendapat pertolongan- Nya.