Wednesday, September 29, 2010

Jangan robekkan Kerajaan Kelantan.

Salam semua.

Sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam saya terpanggil untuk meluahkan pandangan yang melibatkan agama dan bangsaku atas tujuan baik dan mahmudah, biarpun ada yang suka dan benci.

DUN Galas , Kelantan akan menghadapi pilihan raya sekali lagi berikutan ADUNnya Chek Hashim Sulaima meninggal dunia beberapa hari yang telah lalu, maka pengundi DUN berkenaan sekali lagi berpeluang menggunakan kuasa dihujung pensil mereka untuk menentukan penggantinya.

Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat akan segala perbuatan hamba-Nya dalam apa perkara sekali pun termasuk dalam hal pilihan raya oleh itu sewajarnyalah pengundi DUN Galas mengundi secara sedar bahawa Allah sedang melihat anda.

Pada hemat penulis Kerajaan Kelantan adalah sebuah kerajaan yang telah pun stabil dan sejahtera oleh itu perlu dikekalkan dan terus diberi kekuatan untuk terus memerintah dengan kuat dan tenang tanpa dirobekkan kekuatannya.

Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan anda menilai secara rasional berdasarkan keimanan yang sedia ada.

Fikir jangan tidak fikir......



> BERKEMPEN PILIHAN RAYA BUKAN SEPERTI MENYERTAI PERTANDINGAN BERPIDATO


2 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam dari srengenge,


syukur kerana ada kerajaan kelantan yang memberi contoh kepada kita.

Moga keimanan kita semua dapat membentuk apa yang dikehendakiNya dan keredhoanNya.

Wassalam.

Leenoh said...

Wa'alaikumussalam.

Betul.

Sekadar memberi pandangan sahaja, kalau tidak berminat nak ikut terpulanglah.
Tiada perkara yang tidak dinilai Allah, sebab tindakan perlu selari dan selaras dengan keimanan.
Terima kasih saudara srengenge.