Tuesday, November 2, 2010

Manusia masa kini menjual politik melalui pembohongan dan propaganda semakin kurang larisnya .

Salam semua.

Masa kini menjual politik melalui pembohongan dan propaganda semakin kurang larisnya .

Semakin hari semakin dunia ini berubah, muka buminya berubah, cuaca bertukar kebiasaan, barang semakin mahal, air sungai semakin keruh, peniaga semakin tidak jujur, politikus semakin temberang, jalan raya semakin sesak , manusia semakin cerdik, berani dan jahat.

Manusia semakin cerdik .

Manusia kini semakin cerdik akalnya, jauh pandangannya dan banyak saluran maklumatnya, namun demikian politikus masih menabur propaganda mereka melalui berbagai saluran , umpama menabur padi yang bercampur pasir kepada ayam peliharaan, maka menerkamlah ayam lapar mematuknya, ayam kenyang akan memilih-milihnya antara pasir dengan padi makanan mereka dan ada yang mendiamkan diri sahaja tanpa apa-apa respon.

Dalam pada terdapat ramai yang cerdik dan pandai, yang jahil juga masih wujud , mereka ini akan dipergunakan dan mereka inilah juga akan terperangkap di dalam perangkap propaganda kerana mereka tidak mampu menilai sesuatu tanpa bantuan dan tidak mampu menyaring mana yang batil, biasanya situasi ini subur di dalam dada orang yang jahil, mereka kurang ilmu dan ketandusan iman, kurang menambahkan ilmu mereka di masjid atau di surau, minda terikat dengan kebendaan dan terlupa hakikat. Orang yang bijak memilih pemimpin melalui ilmu dan iman, mereka terselamat daripada perangkap propaganda. Propaganda akhirnya kurang laris.

Manusia semakin berani .

Pada zaman Sains dan Teknologi ini manusia semakin berani, termasuk orang Malaysia, keberanian itu tercetus kerana mereka semakin pandai dan cerdik, semakin berilmu dan yakin diri. Mereka berani mendepani siapa sahaja sama ada pemimpin kecil atau pemimpin tertinggi , mereka yang cintakan kebaikan tidak segan sila menyanggah perkara-perkara yang tidak betul dan salah, manakala yang jahat pula membuat berbagai fitnah dan tohmah terhadap mereka yang tidak disukainya, fenomena ini tidak semuanya jahat tetapi yang jahat itu sepatutnya dihentikan kerana perbuatan itu hanya sia-sia dan kiranya sering diamalkan akhirnya menjadi ikutan pula kepada generasi akan datang. Manusia sepatutnya berusaha menjana Kehidupan Bersih di dunia ini sekadar kemampuan masing-masing.

"Kepada anak-anakku dan sekalian anak muda pilihlah pemimpinmu dengan menggunakan akal dan imanmu, moga-moga kamu selamat dan aman di kemudian hari".

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Supermomof4kids said...

Berusaha menjana kehidupan yg lebih bersih, namun dimana-mana jua organisasi, kerajaan mahupun oppositions, pasti terdapat individu2 yg berniat jahat, menyebarkan propaganda, mengamalkan rasuah dll hanya krn ingin mencapai kepentingan peribadi..susahnya nak menilai mana satu pemimpin yg betul2 ingin berkhidmat memberi servis yg terbaik utk rakyat...

Leenoh said...

Ya..bersetuju...menjadikan kita semakin risau, bila ramai pasti akan wujud keadaan demikian, terpaksa memilih, seumpama memilih setandan pisang dengan mengutamakan tandan yang kurang mengandungi buah yang buruk.