Thursday, September 8, 2011

Pengalaman bertarawih 29 malam dan berbuka puasa 28 malam di masjid.

Salam semua.
Pengalaman bertarawih 29 hari dan berbuka puasa 28 hari di masjid, Hari yang ke 29 berbuka puasa di tempat Singgah Rehat Gurun, Kedah dalam perjalanan pulang ke kampung, semuanya memberi pengalaman yang sangat berarti sekali.Tidak sedikit pun menyangka bahawa pada tahun ini perjalanan berpuasa akan berubah sedemikian rupa, segalanya berjalan lancar dan memahat sejarah yang sangat manis d
an menyeronokkan.

Setiap tahun jam antara 3.00 - 4.30 petang berkira-kira dan berangan-angan bermacam juadah makanan untuk dibeli buat berbuka, jam itulah akan bertolak ke Pasar Ramadan atau ke restoran yang biasa menjadi persinggahan untuk mencari juadah yang berkenan di hati tetapi pada tahun ini penulis tidak
menjijakkan kaki ke Pasar Ramadan atau restoran yang dimaksudkan walaupun sekali , ada juga berangan-angan untuk makan sedap-sedap seperti masa lalu tetapi angan-angan itu dipadamkan begitu sahaja demi menjayakan niat untuk terus berbuka puasa di masjid. Berbuka puasa di masjid sudah tentulah berbuka dengan makanan yang dipilih mengikut selera orang lain, selera pembekal atau mengikut jadual pembekal makanan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.

Makanan yang biasa disediakan di rumah sendiri jauh lebih baik dan lebih sedap berbanding dengan makanan yang disediakan di masjid, apa pun alasan, berpuasa bukanlah untuk berbuka dengan makanan sedap dan lazat, berpuasa adalah kerana taat perintah Allah dengan berpandukan nasih
at-nasihat tertentu supaya ibadat puasa yang dilakukan mencapai tujuannya yang sebenar. Memakmurkan masjid pada bulan Ramadan tentulah lebih ganjarannya berbanding bulan-bulan yang lain.
Pada permulaan puasa penulis tidak dapat menjangka sampai bila akan berbuka di masjid, dari hari ke hari sebaik sahaja antara jam 5.30 - 6.00 petang akan bertolak ke masjid, sebaik sahaja sampai di masjid akan menyempurnakan solat sunat tahiyatul masjid dan seterusnya berniat iktikaf serta membaca al.Quran sehingga jam 6.30 petang, kemudian bergerak masuk ke ruang yang dise
diakan untuk berbuka puasa, biasanya ketika itu hidangan 90% siap disediakan atau dihidangkan, tamusaji masih melakukan kerja-kerja semakan dan menambah apa yang kekurangan atau tertinggal. Sebaik sahaja masuk ke dalam ruang ini penulis pun mengambil tempat dan duduk di situ, setelah membetulkan hidangan supaya jelas kelihatan oleh mereka yang sedang mencari-cari tempat, setiap hidangan diperuntukan untuk empat orang, jadi penulis menunggu lagi tiga orang, sambil menunggu lagi tiga orang itu dan juga menunggu waktu berbuka.
Sekali lagi penulis membuka al.Quran kecil yang dibawa khas atau membuka telefon bimbit yang telah sedia dimuat turun (download) dengan al.Quran ( semakin mudah ya ) dan membacanya sehingga hampir waktu berbuka( kira-kira sempat membaca doa).Demikianlah rutin setiap hari berbuka puasa di masjid, sebahagian besar hadirin yang lain juga berbuat demikian.

Cerita buruk pun ada, telah menjadi lumrah di dalam kumpulan ramai biasanya terdapat juga orang yang jahat dan nakal, pengunjung masjid pada ketika orang ramai dan sesak akan terdapat juga yang datang ke masjid dengan tujuan dan niat jahat, mencuri dan lain-lain,juga berlaku beberapa kes kehilangan wang atau dompet wang ....Pendek kata ada juga musang berbulu ayam.
Ada juga mereka yang pergi ke masjid setelah hidangan makanan siap sedia terhidang dan mengambilnya keluar dari ruang yang dikhaskan, tujuan dibawa keluar diragui, sebahagiannya sempat disekat atau dilarang berbuat demikian oleh petugas.
Ramai juga wanita muda tidak menutup aurat masuk ke dalam masjid walaupun berkerudung tetapi masih belum sempurna penutupannya di bahagian lain. Mereka ini dilihat telah pun berjinak-jinak dengan amal ibadat dan masjid, ruang untuk peningkatan penghayatan Islam telah terbuka luas di hadapan mereka, insya Allah kualitinya akan bertambah.

Ramai kekawan tidak mampu pergi berbuka di masjid kerana berlaku banyak karenah sebaik sahaja lepas berbuka, perut beragam dan sebagainya, memang betul situasi itu kerap berlaku selepas berbuka tetapi, kalau ada perancangan yang baik ketika berbuka, perkara itu dapat dielakkan, iaitu jangan makan terlalu banyak ketika berbuka, memadai minum segelas air dan makan 5 atau 7 biji buah kurma dan sedikit bubur lambuk. Cara ini angin yang sedia ada di dalam perut akan stabil dan tidak menunjukkan nakalnya itu, itulah amalan saya selama sebulan ketika berbuka puasa, membaca al.Quran mulai selepas solat Maghrib (sambungan dari Asar) sehinggalah masuk waktu Isyak dan seterusnya bersolat Isyak dan Tarawih, selepas balik ke rumah kira-kira jam 10.30 - 11.00 malam barulah makan berat. Amalan ini memang istiqamah sepanjang bulan Ramadan.



Sekian...wallahu aklam.










2 comments:

Anonymous said...

Salam tuan rumah,
Kami diantara pengunjung tetap MSASA sepanjang Ramadhan.Pengalaman hidup yg berharga pada kami(sekeluarga 8org).
Hinggakan mak di kampung merungut kami tak balik berbuka puasa di kampung.Disebabkan sayang meninggalkan aktiviti ibadah.Anak-anak gembira hingga ada yang kami tinggalkan disana tak balik rumah beberapa kali.Kami bersahur sekeluarga pun disana hinggalah menngosok baju sekolah anak,persiapan diri utk ke sekolah atau bekerja pun dari sana..Hanya Allah saja tau betapa terhiburnya kami dgn cara hidup selama lebih kurang sebulan.FYI tuan sebelum ini kami bukanlah golongan kaki masjid.Syukur pada allah kerana jemput kami sekeluarga jadi tetamu di rumahnya selama sebulan.Ucapan terimakasih pd Kerajaan N.selangar yg menganjurkan aktiviti ibadah sebegini diakhir-akhir zaman ini.

Leenoh said...

Wsalam.

Syabas dan tahniah, saya juga teruja dengan peluang tersebut dan berdoa agar tahun hadapan berpeluang lagi seumpama itu.

Juga berterima kasih kepada Kerajaan Selangor yang prihatin dalam hal ini.

Diharap orang yang berada tidak kedekut untuk menghulurkan derma kepada "Tabung Ihya Ramadan" untuk melancarkan program ini pada masa akan datang.