Wednesday, February 15, 2012

Sejauh manakah kesabaran anak terhadap kerenah ibu bapa ketika ibu bapa sudah tua dan uzur?

Salam semua.

Dari ramai anak-anak yang dimiliki ibu bapa tidak semua dipilih oleh Allah untuk menjaga dan menguruskan ibu bapa, oleh itu ibu bapa juga janganlah pilih kasih di antara mereka, sama ada mereka itu terdiri daripada orang yang berjaya dan hebat, mereka itu belum tentu terpilih untuk memelihara kita ketika tua dan uzur nanti, mungkin yang kita pandang rendah itulah yang akan memelihara dan mengambil berat terhadap kehidupan kita di hujung usia nanti, hal ini banyak juga contoh yang dapat kita lihat dan saksikan............



Catatan:
Beberapa kali, malah berulang kali anak-anak bertanya sesuatu kepada ibu bapa ketika mereka kecil dilayan tanpa jemu dan marah, sebaliknya ibu bapa melayan mereka dengan penuh kasih sayang tetapi malangnya apabila ibu bapa telah tua dan uzur, mungkin ibu bapa telah lemah ingatan apabila ditanya oleh ibu bapa kepada anak berulangkali sama seperti perbuatan anak itu ketika ia kecil dahulu, kini anak tidak lagi sabar dan juga tidak melayannya dengan penuh kasih sayang malah disergahnya orang tua itu.

Walau pun video ini suatu lakonan sahaja tetapi mesejnya sangat mendalam dan menerjah masuk ke dalam sanubari kita ketika sedang menontonnya , lantas rasa kasih sayang kita terhadap ibu bapa terpanggil tetapi perasaan kasih sayang itu belum tentu dapat dikekalkan, wallahu aklam.


Sekian...Wallahu aklam.

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum uztaz... luruh pulak airmata kakak melihat adegan di vcd tu. Mujur juga Allah masih beri dia peluang utk sedar ketika si bapa masih hidup, kalau sedar setelah si bapa pergi utk selama-lamanya bagaimana?...