Tuesday, February 7, 2012

Peristiwa "BABI" diletakkan di dalam masjid berulang lagi.


Salam semua.

Aku seperti tidak lagi sensitif dengan peristiwa meletakkan sebahagian anggota babi di dalam masjid atau surau kerana terfikir bahawa mereka yang melakukan perbuatan honak dan buruk ini adalah mereka yang tidak pandai berfikir dan memerlukan bantuan nasihat khususnya dalam hal cara berfikir dan pembentukan sikap yang positif. Kalau aku sensitif dan marah akan menggembirakan mereka kerana itulah hajat asal mereka.

Aku juga merasakan respon tanpa sensitif dan emosi ini akan menggagalkan rancangan dan niat buruk mereka. Perbuatan meletakkan babi di masjid itu menggamit dan mengajak orang Islam supaya naik marah dan meluapkan emosi terhadap peristiwa yang kita tidak sukai itu, inilah agaknya hasrat dan niat mereka yang bersusah payah merancang dan terlibat dengan perbuatan honak itu, sekiranya kita mengambil sikap tidak emosi dan sensitif, maka gagal serta punahlah harapan mereka, kita buang dan bersihkan serta samak sahaja tempat atau lantai yang terlibat dengan najis mughallazah tersebut dan kita tanganinya dengan bijaksana dan penuh hikmah serta biarkan pihak polis membuat penyiasatan untuk menentukan siapakah atau pihak manakah yang berniat jahat itu.

Sekiranya orang Islam emosi dan melayan perasaan sensitif terhadap peristiwa ini, situasi dan sikap tersebut akan terperangkap di dalam jerat busuk mereka dan memberi kejayaan percuma kepada mereka ini.Kalau umat Islam tidak emosi dengan kejadian itu, maka gagal serta kecundanglah perancang jahat itu dan negara akan kekal di dalam keadaan aman dan damai.

Klik tajuk di bawah ini untuk pertimbangan seterusnya;

Anjing dan babi hukumnya najis.



Sekian...wallahu aklam.

1 comment:

Anonymous said...

Aku yakin kerja-kerja terkutuk ini dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan di sebelah sana. Penyokong PR dah boleh agak kerja sapa seburuk begini. Yakinlah puak-puak tu takde akal, cuma otak je yang ada., macam binatang lah katakan!