MASIH MAUDUK POLITIK.
Ungkapan ini adalah ungkapan keduniaan iaitu calon-calon parlimen @ Dewan Undangan Negeri yang menang di dalam pemilihan PRU:13 yang lalu diucapkan kepada mereka ucapan yang manis dan menggembirakan mereka seperti ucapan tahniah, syabas dan seumpamanya.
Manakala ucapan untuk akhirat adalah sesuatu yang amat menakutkan bagi mereka yang menang kerana mereka telah menerima suatu amanah yang amat besar dari Allah dan ditambah pula pengakuan semasa berkempen ingin melaksakan berbagai perkara untuk kebaikan rakyat.
Amanah itu akan bertukar menjadi api yang amat dahsyat bakarannya, sekiranya amanah itu tidak dilaksanakan @ diabaikan atau bertukar menjadi salah guna kuasa, rasuah dan seumpamanya, Maka sesuai untuknya diucapkan takziah sehinggalah semuanya itu dapat dielakkan.
Untuk calon-calon yang kalah diucapkan takziah, itu adalah bahasa dunia kerana mereka terlepas daripada kelebihan dunia seperti mana yang diperolehi oleh rakan-rakan mereka yang menang. Ungkapan akhiratnya ialah tahniah kerana mereka terlepas daripada tanggujawab yang mungkin mereka tidak mampu melaksanakannya dan terlepas juga daripan bahana api yang dahsyat bakarannya itu.

No comments:
Post a Comment