Artikel
ringkas di bawah ini sebenarnya diambil dari facebook Lee Noh kerana
orang awam dan masyarakat maya khasnya facebook sering menyarankan
masyarakat kita bersatu, khasnya masyarakat Melayu,maka Lee Noh juga
mengemukakan pandangannya di facebook dan juga blognya.
_______________________________________
Laluan iklan
Lee
Noh berpendapat bersatu tidak semestinya baik untuk kita kerana orang
Yahudi lebih bersatu berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia -
bersatunya bangsa Yahudi hanya terbatas di dunia sahaja - tidak di akhirat
- Kalau orang Melayu mengambil langkah yang sama iaitu sekadar ingin
menyatukan bangsanya ahusahaja tanpa memikirkan hasanah di akhirat ( حسنة فى
الاخرة ), langkah seperti inilah yang dimaksudkan " Bersatu belum tentu
baik untuk kita" . Suatu ketika dahulu Abu Lahab, Abu Jahal, Abu Sufian dan lain-lainnya bersatu menentang Nabi Muhammad.s.a.w. kerana mereka ingin menerus dan mengekalkan budaya hidup lama mereka, akhirnya Nabi berhijrah ke Madinah dan berdakwah di sana, di Madinah Nabi diterima baik oleh orang ansar atau akhirnya mereka itu dikenali sebagai kaum al.Ansar. Bersatu yang ditaja oleh Abu Lahab itu bukanlah suatu kebaikan untuk mereka.
Kita kelihatan berpecah mungkin berpunca daripada perbezaan kefahaman atau pembawaan kita terhadap Islam, sekiranya kita bersungguh-sungguh ingin menghayati Islam, bukan sahaja Melayu sesama Melayu akan bersatu , malah semua bangsa yang menganut Islam akan bersatu, kita perlu kenal pasti dahulu penyakitnya sebelum merawat, kalau tidak kita akan memberi ubat yang salah kepada pesakit, mungkin akan menjadi lebih mudarat lagi atau sekurang-kurangnya penyakit yang kita rawati itu tidak akan sembuh.Kita sebenarnya tidak berpecah cuma sebahagian besar orang Melayu mendapat ilmu baru lantas mereka membuat anjakan.

Jika
bertindak seperti disarankan di bawah ini in syaa Allah akan membawa
manfaat yang besar kepada kita sama ada di dunia atau di akhirat.
Dipetik dari facebook.
Dipetik dari facebook.
BERSATU YANG DIMAKSUDKAN.
Bersatulah atas dasar ketaqwaan kepada Allah - Jadikanlah al.Quran dan al.Hadis sumber rujukan utama - tidak kenal maka tidak cinta - oleh itu kita seharusnya/sewajibnya bersungguh-sungguh mempelajari dan mengkaji kandungan keduanya - pelajarilah dari sumber itu sendiri mengikut tertib dan adabnya yang mana taliannya tidak terputus, malah bersambung sehingga titik permulaannya iaitu daripada Rasulullah.s.a.w.

Maksud ayat dari surah al.Hujurat (12-13 ).
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(12)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(13)
Sekian...Wallahu aklam.....والله اعلم
No comments:
Post a Comment