Semalam Sabtu 21.09.2013 saya bersama dengan isteri pergi ke bangunan PKNS kerana ada urusan peribadi, setelah selesai sarapan pagi kami pun pergilah melangsaikan urusan itu di bangunan Plaza Alam Central, siap sahaja urusan kami pun berjalan kaki balik ke kereta yang parkir di di bawah PKNS, dalam perjalanan balik itu ketika bertentangan dengan bangunan PKNS dan SACC tiba-tiba sebuah motorsikal berhenti di hadapan kami, lantas memandang kami, saya pun bertanya kenapa ?, dia menjawab, "minyak habis, duit lupa bawa, nampaknya terpaksalah tolak sampai Seksyen 7 ", lantas saya meragui kejadian ini, tidak tahu pula apa yang difikirkan oleh isteri, kami hanya melayannya sambil meneruskan perjalanan menuju ke PKNS manakala penunggang motorsikal itu menolak motorsikalnya perlahan-lahan menuju ke bawah pokok dan berhenti di situ, sedang dia menolak motorsikalnya itu dia beberapa kali beralih ke belakang melihat kami, saya pura-pura tidak melihat telatahnya itu.Akhirnya kami pun naik tangga PKNS dan terus masuk ke bahagian dalam dan menyusuri tepi dinding mencari lubang yang boleh melihat kelibat tersebut.
______________________________
Ruang untuk iklan
_____________________________________
Demikianlah berbagai cara dan kaedah penipuan yang digunakan manusia jahil zaman moden ini untuk memancing wang di dalam poket orang lain. Saya cepat terlintas mengenai tipu daya ini kerana sebelumnya pernah seorang sahabat yang tertipu dengan cara yang hampir sama iaitu penjahat berpura-pura motorsikalnya pancit dan tidak cukup wang untuk menukar atau menampung tayar yang baru, atas peri kemanusiaan sabahabat saya pun memberinya wang, dalam tempoh tertentu sahabat saya ini terjumpa pula penipu yang sama buat kali kedua dan mengadu perkara yang sama di tempat yang sama, kali ini penipu itu tidak bernasib baik kerana sahabat saya itu telah kenal wajah dan susuk badannya dan dia pula telah melupainya, mangsa sukar melupai jerat, jerat sukar mengena mangsa yang sama dua kali.
Dalam jarak yang agak jauh saya sempat mengambil gambarnya, demikianlah kisah jerat tersentak tetapi tidak mengena.
Sekian...والله أعلم.
Catatan.
Sebarkan kisah ini secara lisan atau "copy" masuk FB atau seumpamanya supaya rakan-rakan kita tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini.
Sebarkan kisah ini secara lisan atau "copy" masuk FB atau seumpamanya supaya rakan-rakan kita tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini.
No comments:
Post a Comment