Wednesday, February 13, 2013

IBU SEGALA DOA.



Ayat al.Quran ini dianggap ibu segala doa - terdapat tiga perkara yang amat penting di dalam doa ini,
iaitu ( hasanah di dunia, hasanah di akhirat dan permintaan supaya dijauhkan dari azab api neraka ).
Hasanah di dunia dan hasanah ( kebaikan dan kebajikan ) di akhirat itu sangat banyak kalau hendak dihuraikan, ianya mencakup segala hasanahnya sehingga tidak mampu disebutkan di sini.
 

Azab api neraka, setiap kali kita mengingatkannya kita akan rasa gerun dan takut, lantas kita berharap dan berdoa agar terlepas dari azab siksaan tersebut.
 

Ketika kita berdoa biasanya kita merayu kepada Allah dengan mencerakinkan satu persatu, meminta berbagai hasanah dan minta dijauhkan segala keburukan dengan disebut satu persatu kemudian ditamatkan dengan menyebut doa ini kerana semua yang diminta itu berada di dalam prasa kata @ ayat ini.
 

Kalau doa ini dibaca di awal atau di tengah kelihatan tidak sesuai kerana ianya telah terangkum semua aspek  dan bercampur aduk dengan cerakin sebelum dan selepas. Paling baik dibacanya di akhir doa.

Sekian...Wallahu aklam.
 

Thursday, February 7, 2013

Siaran langsung dari Masjidil Haram - Makkah al.Mukarramah.

Salam.
Bagi mereka yang baru balik dari menunaikan Fardu Haji pada tahun ini, juga yang telah lama mengerjakan Fardu Haji atau yang akan mengerjakan Haji tentunya ingin melihat perkembangan di sana, jika itulah keinginan anda mungkin dengan menonton siaran di bawah ini akan terubat sebahagian daripada keinginan tersebut.

Thursday, January 31, 2013

Dacing



Dacing adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan berat atau ringan sesuatu, sepatutnya  dalam situasi dan kadar yang betul dan tepat supaya kehidupan ini bersih dan adil, tetapi, kalau dacing atau alat timbang itu sentiasa berat sebelah atau beralun tugasnya akan menjadi berat sebelah dan tidak adil.

Cuba lihat dan baca serta fikirkan setiap ayat yang tertulis di dalam gambar di atas. Di antara ayat yang tertera di dalam imej itu ialah
_______________________
 " Mahu beri penjelasan berkaitan kekeliruan terhadap perjuangan PAS" dan satu lagi yang sukar dibaca " Sebagai umat Islam kita wajib sebarkan kebenaran dan sebagai negara demokrasi kerajaan perlu beri peluang kepada PAS untuk beri penjelasan kepada rakyat" - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
______________________
Kita seharusnya menjadi dacing sendiri dan  pertimbangkan hal ini dengan adil.
Anda fikirlah sendiri kerana aktiviti berfikir perkara baik itu ada pahalanya.

Sekian...Wallahu aklam.
 

Tuesday, January 22, 2013

Bertalaqqi dengan Sheikh Muhammad Abdul Khalil - Imam Masjid Qoba. Madinah.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
 
##############################

 
Artikel ini ingin mengambil kesempatan untuk menonjolkan seorang imam dari Madinah yang mengunjungi Shah Alam untuk sama-sama kita memakmurkan masjid yang kini masih berada di bandaraya Shah Alam ini.
Kehadiran beliau  bersama seorang lagi iaitu ( Sheikh Rayyan bilal Masjid Sheikh Muhammad Ayub mantan imam Masjid Nabawi) telah memberi peluang anak-anak muda duduk di hadapannya bertalaqqi al.Quran. Walau pun para imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tidak kurang kemahiran dan kebolehan mereka tetapi cara ini telah mewujudkan suatu motivasi tambahan  kepada anak-anak muda yang sedang dibimbing oleh ustaz-ustaz kita di sini.

Cara dan pendekatan seperti ini mungkin sekali sekala Sheikh Abdulkarim Omar al.Makki salah seorang imam masjid ini dan kawan-kawannya dapat meneruskan aktiviti tersebut. Melihat kepada ramai anak muda kita yang berani bangun dan pergi duduk di hadapan imam ini malam tadi adalah suatu tanda baik bagi jenerasi mereka.
Berikut adalah cabutan video yang dapat melanjutkan lagi cerita ini.


V1
.. 
V2
 V3
Sekian...Wallahu aklam.

Friday, January 18, 2013

Siaran langsung dari Masjidil Haram (video)

Beri laluan untuk iklan sebentar.

 ###########################

Sekian...Wallahu aklam.