Thursday, December 31, 2009

Sembang politik.

Salam semua.

Sembang politik bukan macam sembang bola.
Sokong politik bukan macam sokong bola.
Sokong politik kerana dasar yang dibawa.
Sembang politik kerana hala tuju negara.

Sokong politik biarlah berlandaskan agama.
Cakap politik bukan sekadar bangsa.
Bangsa tentulah penjaga pusaka.
Pusaka bangsa , agama dan negara.

Keadilan hajat semua bangsa.
Rasuah api yang membara.
Pengamal rasuah layak dipenjara.
Jangan diberi tempat di menara.

Orang baik menyokong yang jahat.
Pemimpin jahat nama terpahat.
Sukar rasuah hendak disekat.
Akhirnya akan menjadi adat.

Sokongan itu bukankah bersubahat.
Nanti dosanya sama-sama disukat.
Lama kelamaan akan menjadi berat.
Jangan sangka Allah tidak lihat.

Sekian.


2 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

"Subahat menambah kefasikan".
Maknanya:
Seseorang yang fasik bertambah kuat fasiknya apabila ramai penyokongnya bersubahat.

"Sesat lagi menyesatkan".
Maknanya:
Seseorang yang sesat, akan menyesatkan orang lain yang terpedaya dengan pengaruhnya.

Berlepas diri dari subahat dan pengaruh tidak baik adalah amalan Kehidupan Bersih.

Leenoh said...

Salam Zaidi.

Semoga Tahun 1431 dan esok 2010 di dalam tahun ini Allah akan memberi lebih banyak keberkatan kepada kita.

Kehidupan Bersih adalah doa dan harapan semua...he3